Perkembangan Terbaru Si Adik dan Si Uteh, Anak Kucing Yang Dibuang Di Dalam Kotak Arak...

 Mungkin di hari yang indah esok adalah hari yang terakhir PH dapat bersama denganmu....Betapa indahnya alam ciptaanNya...namun, kita masih tak menyedarinya...bukannya tak mahu mengingati langsung, tetapi oleh sebab terlalu memikirkan urusan duniawi yang tak kekal menyebabkan kita terlupa kepadaNya...Kisah Si Asik dan Si Uteh amat menginsafkan saya....hati yang keras ini menjadi lebur tatkala melihat makhluk yang indah itu menjadi sebegitu daif...walhal, sebagai manusia kitalah yang patut menjaga mereka....bukan membuang mereka sesuka hati...kalau nak buang sekalipun, lihatlah dulu keadaannya.....
Subhanallah....Indahnya langit Ciptaan Allah SWT....bagaimana pula indahnya Allah itu pula yer...?

Adakah mereka sihat..? Adakah mereka sudah putus susu...? Adakah mereka ini patut dipisahkan...? Ala, binatang...., apa yang mereka tau.....Itulah perkataan lazim yang dikeluarkan oleh masyarakat kita.....begitu mundur sekali mentaliti masyarakat yang berbilang kaum di zaman milennium ni...kalau di negara Barat, mereka akan berasa amat malu kalau berkata-kata sedemikian....sebab mereka lebih menghargai haiwan...sebab itulah tertubuhnya bermacam-macam pasukan beruniform hanya untuk membela nasib haiwan jalanan.....bagi mereka, memang haiwan ni tak tahu apa, tapi sebagai manusia, kitalah yang perlu ambil tahu tentang mereka....sebab ini adalah soal HAK...tak kira apa spesis haiwan sekalipun, mereka BERHAK untuk hidup.....


Kucing-kucing jalanan yang Papa Hero bela semuanya adalah pengubat hati...di kala PH sedang berkusut fikiran, merekalah yang menjadi tempat PH bermain2...tak dapat banyak, sedikit masalah dapat terubat juga....


Mereka juga mempunyai nafsu makan seperti kita...mereka juga mahu berpasangan.....mereka juga berperasaan takut seperti kita....apa bezanya mereka dengan kita? Tak ada beza pun...melainkan bentuk fizikal dan akal...manusia zaman sekarang berfikir dengan otak, bukan dengan akal....haiwan berhati manusia, tapi jumlah manusia berhati haiwan amat ramai...

Kisah Si Adik ni, baru saya perasan malam tadi...rasanya dia tak buta....sebab dia boleh nampak arah pergerakan tangan PH apabila diacah....


Rasa gembira PH tak dapat diluahkan dengan kata-kata apabila melihat Si Adik ni nak bergurau...ini satu perkembangan positif...dia sihat dari segi mentalnya...


Rasa gembira hanya Allah jer yang tahu bila lihat dia dan Si Uteh dapat makan lauk sedap dengan lahap sekali....kesian kucing2 jalanan kat luar sana...hidup merempat..



Sampai terangkat piring tu...



Rasa gembira juga bila melihat mereka sihat dan bersih sesudah dimandikan....

Lepas dititik dengan ubat mata pada hari pertama dia dibawa pulang ke rumah, kelihatan mata Si Uteh ni ada perubahan positif....


Saya masih tak pasti keadaan kesihatan mata Si Adek...tapi saya pasti dia tak buta....


Bagi anda yang belum tahu pangkal ceritanya Si Adik ni, KLIK SINI

P/S :
Hentikan Penderaan Terhadap Haiwan / Stop Animal Abuse
Kita tak sedar bahawa kita diamanahkan untuk menjaga mereka.....


dan didiklah anak-anak anda dari kecil supaya menyayangi haiwan supaya bila mereka dewasa nanti, mereka akan menyambung perjuangan kita membela nasib haiwan-haiwan terbiar....


Comments

  1. alhamdulillah papameow nak bela dorang.
    moga rezeki u guys bertambah.

    PS: yeay ada harapan cik marie pg ziarah adik n uteh..errr kan PM?

    ReplyDelete
  2. Sayu hati melihat anak-anak berdua ini. Apakah dosa mereka?. Alhamdulillah, PH terpilih utk ditemukan dgn mereka..

    ReplyDelete
  3. dunia bukan warisan nenek moyang...

    tapi pinjaman dari generasi masa hadapan~

    ReplyDelete
  4. huhuhu, sronok tgk adek & utih dh lebih cergas dr mule2 PH jmp diowang.... hanya ALLAH yg dpt balas segala kebaikan yg tlah PH & family lakukan....
    tuk PM lak, smoga kehadiran ADEk & UTIH sedikit sebanyak dpt hiburkan hati PM...

    ReplyDelete
  5. harap uteh n adik bertambah sihat hari kehari..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...dak2 tuh dh ok..
    sedey jek tgk..tp dlm2 sedeh tuh hepi sbb dowang jumpe org cm ph

    ReplyDelete
  7. apa yg PH buat itu adalah langkah pertama utk menyelamatkan mereka, jika tiada siapa yg prihatin nak membawa mereka pulang tentu belum tahu lagi nasib mereka, terima kasih PH

    terima kasih juga kpd papa meow, smoga mereka yg sering melindungi haiwan terbiar ini akan sentiasa dilindungi oleh-Nya

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.
    semoga papa meow dapat menjaga dia dengan baik.
    windu sama papa meow ;(

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...nasib mereka sudah terbela....byk lg yg masih meraih simpati manusia spt kite....moga Allah melindungi mereka....

    ReplyDelete
  10. PH kitorg ada kucing mata sebelahnya xda. Org lain buang kat umah saya. Bpk saya yg plg syg pdnya. Lbh syg dr anak2 sndri. Mkn kibbles, nasi ikan mmg mewah dia sma 3 lgi kucing lain sumenya buangan org. Sume kucing2 tu mmg sihat sgt. Kucing mata satu ni mmg byk buat kes membuang dia smpi saya berkali2 nak buang tp bila pk sape la yg sudi membela kucing mcmni klu saya buang. Bila skrg ni saya rasa berdosa fikiran mcmtu prnh melintas dlm akal saya ni. Lgipun saya x mau la putus sedara dgn bpk saya sb angkara saya tu huhu...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah...sihat dorang..gembira tengok kucing 2 selamat kt rmh PH..TQ PH selamatkan dorang..terharu~

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular