Ke Mana Hala Tuju Veterinar Di Malaysia, Tuan...?

PH ada melawat web portal utama Jabatan Perkhidmatan Veterinar ( KLIK SINI )...PH agak berbangga kerana negara kita mempunyai struktur pengurusan veterinar yang kukuh dan penyelidikan yang berterusan di bawah naungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani...Syabas atas usaha mereka kerana melahirkan modal-modal insan yang berpengetahuan tentang susuk tubuh haiwan secara lebih khusus...Ilmu pengetahuan di dalam bidang veterinar amatlah diperlukan pada masa sekarang...Berikut adalah misi dan visi jabatan ini :

Visi
  • Pihak berkuasa veterinar yang kompeten berkhidmat untuk industri haiwan demi kesejahteraan manusia
     
Misi
  • Menyediakan perkhidmatan veterinar yang berkualiti bagi menjamin kepentingan kesihatan awam dan industri haiwan yang mapan demi kesejahteraan manusia
     
Objektif
  • Memperkasa dan mengekalkan status kesihatan haiwan yang diyakini lagi kondusif untuk industri haiwan
  • Mempastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit zoonotik dan penghasilan makanan berasaskan haiwan yang bersih dan selamat
  • Menggalakkan pengeluaran ternakan mapan dan industri tambah nilai
  • Meneroka, membangun dan menggalakkan penggunaan teknologi dan sumber secara optimum dalam industri berasaskan haiwan
  • Menganjurkan amalan kebajikan haiwan dalam semua aspek pemeliharaan dan sistem pengeluaran

( gambar hiasan )

Berikut pula adalah fungsi jabatan ini ditubuhkan :

AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969
PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN 
(NO 2) 2004 
seperti 
WARTA KERAJAAN Jilid 48, no. 13 bertarikh 24 Jun 2004 
menyenaraikan tanggungjawab
JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

  • Mengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik.
  • Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.
  • Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan.
  • Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin.
  • Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan.
  • Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam veterinar.
  • Penyelidikan penyakit haiwan, dan sumber  genetik haiwan.
  • Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan.

( gambar hiasan )

Berikut adalah Piagam Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Veterinar ini :

Kami berazam untuk menghayati moto jabatan "Tugas kami berbakti kepada anda", dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami, dengan

  • Sentiasa membantu dan melayani dengan penuh mesra serta bertanggungjawab segala pertanyaan dan kemusykilan yang diajukan oleh pelanggan-pelanggan secepat mungkin
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada cadangan projek ternakan yang dirujuk dalam tempoh 14 hari
  • Memberi data dan maklumat industri ternakan serta perundangan yang berkaitan setepat mungkin dalam hari yang sama dipohon bagi maklumat sediaada dan 7 hari bagi maklumat yang baru
  • Melayan dan menjawab semua aduan dan pertanyaan rasmi dalam tempoh tidak lebih daripada 14 hari dari tarikh terima aduan tersebut
  • Memastikan pelaksanaan piagam pelanggan disemua peringkat Jabatan


Berikut adalah salah satu objektif JPV ini ditubuhkan iaitu latihan penternakan


Objektif



Menyediakan peluang latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan veterinar bagi sekurang-kurangnya 600 kakitangan Jabatan Perkhidmatan Haiwan setahun;

  • Meningkatkan keberkesanan latihan melalui kursus yang relevan dengan mencapai sekurang-kurangnya 80% pelanggan berada pada tahap Puas Hati berdasarkan pada Borang Penilaian Kursus bagi keseluruhan kursus sepanjang tahun;
  • Membina sikap dan etika kerja yang positif dan berkualiti dikalangan kakitangan jabatan yang dilatih dengan menyediakan sekurang-kurangnya satu (1) kursus berbentuk motivasi dalam setahun;
  • Menjalankan sekurang-kurangnya satu (1) kajian pengurusan setahun bagi menghasilkan artikel  dan diterbitkan dalam buletin jabatan; dan
  • Menyediakan sekurang – kurangnya 4 bahan rujukan baru (jurnal dsb) setiap bulan sebagai usaha berterusan mengemaskinikan maklumat dan ilmu pengurusan veterinar.

    Fungsi
  • Menyediakan infrastruktur dan kemudahan latihan pengurusan veterinar dan penternakan;
  • Melaksanakan kursus pengurusan bidang perkhidmatan veterinar dan keusahawanan untuk anggota jabatan;
  • Menyediakan sumber untuk keperluan latihan;
  • Menjadi pusat rujukan, perundingan dan lain-lain yang berkaitan pengurusan veterinar dan industri haiwan; dan
  • Mengadakan jalinan kerjasama bagi tujuan pengumpulan dan penyebaran maklumat berkaitan dengan teknologi veterinar dan industri haiwan.
Maklumat lanjut sila hubungi:

Km. 17.6 Jalan Cheras 
43000 Kajang 
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-87360411 
Faks: 03-87373832
(u/p: Dr. Norazian bt. Abdul Hamid)


Berikut pula adalah penyelidikan yang dilakukan :

Aktiviti dalam bidang Penyakit berfokus kepada:
  • Kajian epidemiologi penyakit ternakan dan zoonotik
  • Pembangunan dan penghasilan vaksin
  • Pembangunan dan penghasilan kit-kit diagnostik dan bahan biologik
  • Khidmat perundingan dan pemindahan teknologi
Pusat rujukan nasional dan serantau bagi penyakit Perkhidmatan diagnostik
  • Projek-projek yang kini diusahakan di bawah Dana Sains Pertanian adalah:Genetically Engineered Live Attenuated Bacterial Vaccines (Local Isolates) of Brucella Melitensis in Sheep and Goat. (Grant No. 05-03-07-SF1001)
  • Establishment of reverse genetic system to generate a bivalent avian influenza and Newcastle disease virus vaccine  (Grant No.  05-03-07-SF1004)
  • Development of rapid test kit to detect melamine adulteration in milk & feedstuff (Grant No. 05-03-17-SF1004)
  • Development and establishment of pen-site test kit for diagnosis of Trypanosoma evansi inflection in deer (Grant No. 05-03-07-SF1006)
  • Development and Production of Recombinant 3ABC Non Structural Protein (NSP) of Malaysian Foot and Mouth Disease Virus (FMDV) (Grant No. 05-05-17-SF1008)
  • Novel Approaches for worm control-Screening of Potential Plants with Anthelmintic Activity Against Helminths of Goats (Grant No. 05-05-17-SF1009)
  • Development of Recombinant Foot and Mouth Disease (FMD) Vaccine for Cattle (Grant No. 05-05-17-SF1012)

GAMBAR KAJIAN PENYAKIT


Terus terang PH beritahu kat sini yang satu apa pun PH tak faham tentang penyelidikan yang disenaraikan di atas...hu hu hu...Memangla, dah bukan bidang PH kan...? Dalam pada itu, PH agak tertanya-tanya mengenai apa yang terjadi dengan haiwan-haiwan yang terbiar seperti kucing, anjing dan tak kurang juga haiwan-haiwan liar yang terbiar seperti monyet dan kera yang dikatakan sering mengganggu ketenteraman setempat...?

PH ada melawat laman portal kerajaan negeri Selangor iaitu Gerbang Selangor untuk mendapatkan info mengenai mendapatkan lesen anjing ( KLIK SINI )...PH cukup takut dan risau apabila membaca mengenai syarat permohonan lesen anjing...Yang paling seram PH baca ialah :

m)      Apabila pihak berkuasa membuat kempen memusnah anjing liar, harap jangan memberi perlindungan kepada anjing-anjing liar tersebut.

Konteks 1 dari kacamata PH :
hmm...Dari mata kasar mereka kelihatan seolah-olah berhak melakukan apa sahaja ( dari segi undang-undang ) ke atas anjing-anjing liar yang mereka nak tangkap sebab itu dah tugas mereka...Tetapi, pada PH mereka tak berhak nak menghalang sesiapa sahaja yang nak menghalang anjing-anjing liar yang nak ditangkap..Ini adalah kerana tiada penguatkuasaan yang kukuh terhadap pemelihara anjing yang tidak berlesen itu sendiri...Tiada badan-badan yang melakukan bancian di setiap daerah... ( kalau nak pilihanraya banyak pula pembanci )..Contoh yang nyata adalah di kawasan rumah PH sendiri ( Semenyih )..PH rasa kalau nak dihimpunkan kesemua anjing-anjing liar boleh mencecah sehingga 100 ekor...Ada pemilik anjing yang memelihara anjing sehingga mencecah 5 ekor sekaligus...Lepas tu lepaskan anjing mereka merata-rata...Yang menjadi persoalannya, bagaimana jumlah sebanyak ini diperolehi...?

Puncanya ialah tiada kesedaran sivik dari rumah dan tiada pula pihak yang memberi kesedaran mereka...Seumur hidup PH, belum pernah lagi PH menerima apa-apa flyers, risalah-risalah ataupun iklan di media cetak mengenai kesedaran mengenai pengkasian haiwan peliharaan...Yang paling teruk, ada juga pemilik anjing yang tak tahu bagaimana dan di mana nak melesenkan anjing-anjing mereka...Siapakah yang harus dipersalahkan dalam soal ini...?

Konteks 2 dari kacamata PH :
Rang undang-undang untuk perjanjian jual beli rumah perlu digubal sedikit...Di dalam perjanjian tersebut, kebanyakan pembeli rumah akan menemui ayat lebih kurang begini :

1 ) Tidak dibenarkan memelihara apa-apa haiwan di kawasan rumah 
( contoh )

hmmm...Nampak macam ada sesuatu yang tak kena kan...? Ni nak salahkan siapa pula...? PH sendiri pun ada bela kucing tapi kesemuanya kucing jalanan yang PH selamatkan akibat tiada pengawalan populasi dari orang yang membela mereka...Kalau nak salahkan majlis tak buat banci pun tak boleh juga...Memang confirm ramai pembanci majlis yang kena halau sebab majoritinya ada membela haiwan...Memang banyak la kucing rumah yang ditangkap termasuk Iyo...PH cadangkan agar ayat bertulisan merah di atas mungkin sesuai di ganti dengan :

1 ) Tidak dibenarkan membela kucing melebihi _ ekor ( kalau rumah flat mungkin 2 ekor jer..kalau rumah teres mungkin 5 ekor jer..Terpulang kepada majlis )..Kalau bela anjing di flat, mungkin boleh bela tetapi mengikut saiz..kalau flat kecil, bolehla bela chihuahua...Janganla kau bela Rottweiler pulak yer...Ni contoh jer...

Konteks 3 dari kacamata PH :
Nak dijadikan cerita untuk mengaitkan entri ini dengan artikel Jabatan Perkhidmatan Veterinar di atas, memang nampak gah apabila ramai modal insan diwujudkan dalam bidang veterinar...Tetapi, bagi PH ianya tak ke mana...Yang ke mana ialah graduan / individu yang dilatih mudah dapat kerja dalam bidang veterinar profesional selain dari kemajuan di dalam bidang penyelidikan haiwan-haiwan ternakan dan zoonotik...Haiwan yang terbiar menjadi bertambah terbiar dan daif....Ilmu yang dicurahkan kepada mereka hanyalah untuk penyelidikan dan melatih mereka menjadi pelatih kepada orang lain ( barangkali )...Tak lebih dari itu...Tak tahulah kot-kot ada yang dah jadi menteri...Ataupun mungkin jabatan veterinar tak terlibat / tak mahu ambil tahu langsung perihal kucing-kucing dan anjing terbiar...Untuk selamatkan haiwan terbiar, semuanya mengharapkan NGO pencinta haiwan dan pihak perseorangan...NGO ini pula ada yang dianggap sebagai pengemis kerana menjual barang-barang lusuh hanya kerana semata-mata untuk mengisi tabung dana mereka..Ianya adalah khas untuk menampung haiwan-haiwan terbiar yang telah mereka selamatkan...PH betul-betul hormat NGO sebegini....Tetapi sampai bila Tuan...? Jauh di lubuk hati PH, teringin PH jumpa sesiapa yang berwajib untuk mengutarakan semua ini tetapi PH ni orang biasa jer...Jadi, blog inilah platform PH untuk meluahkan apa yang terbuku di hati...Kesian betul kat haiwan-haiwan terbiar di luar sana...Projek berjuta-juta, tapi sekangkang kera pusat perlindungan haiwan di setiap daerah pun tak mampu nak bagi...Malu la Tuan....

Konteks 4 dari kacamata PH :
Kalau MAHA Agriculture 2010 boleh dilaksanakan dengan jayanya sehingga menarik lebih 20 juta pengunjung ( kalau tak silap ), kenapa tak buat event kehaiwanan...? PH pernah buat entri mengenai Karnival Kehaiwanan ini satu ketika dulu ( KLIK SINI )...Ianya juga boleh menyumbang dan meningkatkan pendapatan negara kita...Sekarang zoo pun dah tak ada duit....aduhai...Teruk betul...Kesian gajah...

Apa-apapun, PH bukanlah nak hentam kromo jabatan-jabatan kerajaan ni...Kerajaan di bumi ini adalah kerajaan manusia...Tak salah kalau sering memperingati sesama manusia....Entri di atas adalah bersifat pandangan peribadi PH sahaja...Bukan untuk merendah-rendahkan usaha mereka yang bertungkus-lumus di dalam kerjaya veterinar...Mungkin jabatan ini perlu membuat koordinasi dengan pihak majlis perbandaran...Kan bagus tu...Istiqamah sikit...PH buat entri ini bukan juga untuk menambahkan kerja polis mahupun PERHILITAN...Sebagai sebuah negara maju, kita tidak boleh terlepas pandang terhadap kesemua permasalahan ini...

P/S :
Meningkatkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran pengurusan 600 kakitangan jabatan veterinar setahun bagi PH tak membawa erti apa-apa sebab itu di dalam dunia mereka sahaja...Kalau meningkatkan 600 pusat perlindungan haiwan baru PH ternganga bangga...
Dan siapa sebenarnya yang patut ambil tahu mengenai haiwan jalanan ni...?


Enhanced by Zemanta

Comments

  1. hmm..ni yang patut di bincangkan sebenarnye...Supaya orang tahu...binatang kene ada akta jugak..

    ReplyDelete
  2. dunia ni seolah2 milik manusia sahaja.. di beri kepentingan kepada makhluk yg memberi keuntungan. Sedang Tuhan menjadikan bumi untuk semua hidupan berkongsi apa yg di beri

    ReplyDelete
  3. PH.. malaysia masih negara membangun.. bukan negara maju.. tu pasal mentaliti sesetengah rakyat dan pemimpinnya belum 'terbuka' dlm hal perlindungan dan hak asai sesama haiwan...

    ReplyDelete
  4. idea yg baik... bro, ada perbezaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar & Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

    veterinar lebih kepada haiwan ternakan, yg lain bidang kuasa perkhidmatan haiwan...

    ReplyDelete
  5. bapak:jabatan perkhidmatan haiwan adalah nama lama...dan ditukar kepada jabatan perkhidmatan veterinar....dlm pe yg dibincangkan disini...bagi sy la...peranan jabatan vetrinar x menang tangan dlam mengendalikan kes2..veterinar x cukup kakitangan yg berpengalaman dan peralatan yg cukup untuk menlakukan semua benda...pengkasian pun hanya di sesetengah kklinik kesyangan veterinar saja yg menjalankan operation ni...di daerah2 masih blum diwujudkan spenuhnya...ini kerana kemahiran dan peralatan yg x mencukupi..mungkin yg kt luar sne anggap veterinar adalah jabatan yg goyang kaki...hakikatnya jabatan ni la yg paling sibuk...pengalaman saya bercakap dgn va terbabit mengatakan klu boleh rawatan haiwan kesayangan ingin diberi sepenuhnya kepada swasta..kerana peranan veterinar ini etrallu byk...dan sering la veterinar di anak tirikan..sbb 2 la..kadg2 de yg kekurangan peralatan dan tenaga profesional..ini just pendapat peribadi...klu de pe nk tnye sal veterinar ni...sila la ke blog saya....
    http://www.nurfuzie.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. eintan :

    Bagi PH, alasan tak cukup itu dan ini dah lebih dari 10 tahun PH dah dgr...sudah2 lah tu yer...Bagi PH lagi, Veterinar memerlukan sokongan dari kita semua utk MEMAKSA kerajaan mempergunakan wang rakyat ke arah yang lebih baik...Veterinar kelihatan bersalah kerana tiada orang yang nak ambil peduli akan ketirisan yang ada...Sebab itulah alasan serba tak cukup akan kekal walaupun 100 tahun akan datang...

    Kalau semuanya diswastakan, rakyat mmg tak mampu sbb ianya akan dimonopoli oleh org yg lebih mementingkan keuntungan dari kebajikan...

    Kebajikan rakyat sepatutnya diswastakan ke...?

    Di laman2 web veterinar mengatakan mereka 'rekrut' lebih dari 600 org setahun...hmmm...result langsung takde...Adakah maklumat di laman web tersebut palsu...? Atau sengaja nak bagi nampak gempak...? R&D sains bagus, tetapi R&D utk FieldWork ke mana halanya...? Sebab tu lah banyak majlis perbandaran ambil jalan mudah untuk mengambil nyawa anjing liar dgn cara yg paling tidak beretika...Mereka tiada R&D utk mengatasi cara2 menangkap anjing2 liar ni...

    ReplyDelete
  7. 2 x dpt nk kata la...jabatan kerajaan kan...mmg benda ni dh lama di utarakan...bila veterinar uat pengkasian...dta la plak memo dri jabatan agama yg mengatakan kasi 2 berdosa...tp benda ni depend pada tuan empunya haiwan kesayangan tersebut..cik en masih baru dlm bidang veterinar ni...walaupun baru cik en dah nampak kelemahan2 yg ada...yela..stakat va g17 pe kuasa kita..suara kita jarang didengar...cube papa hero selidik hal ini..jgn berpandu pada web saja...kdg2 web tidak memainkan peranan yg sepatutnya...tp keluhan va yg bawah2 ni slalu cik en dengar...so..benda ni perlu kerjasama semua pihak..2 yg penting...

    ReplyDelete
  8. betul tu cik eintan...PH setuju...kat sinilah yg menjadi dilema..sabun taharah pun sama...PH hairan ada negeri yang mengiktiraf ianya boleh dipakai utk samak dan ada yang tak mengiktiraf sabun tu...

    Tetapi selagi perkara ini tidak dibawa ke Parlimen, masalah ini takkan selesai...

    TQ atas pendapat awak...mmg ada asasnya...

    ReplyDelete
  9. yes2..its correct..benda ni klu x dibawa ke parlimen...mmg susah..so far skrg muncul plak pasal kucing jadian ni...siankan tgk kucing2 ni...tp PH...betul ke yg kucing kena penjara 2 ahli sihir??

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular