Hidupkan Semula Aktiviti-Aktiviti Kehaiwanan Di Zoo-Zoo Kita...
Kalau dilihat pada masa sekarang, rata-rata manusia semuanya mengejar kemewahan....sebabnya, selagi kita bernama manusia harta benda dan nilai wang ringgit amat2lah berharga..malah, ianya seolah-olah lebih penting dari nilai nyawa kita sendiri mahupun nilai nyawa makhluk lain...adakalanya orang yang susah kemudiannya disusahkan lagi oleh orang-orang yang tamak...mereka yang tamak ni adalah hamba duit...
Kalau manusia sesama manusia sendiri sanggup membuli sesama sendiri, apatah lagi haiwan...Kera-kera di semak samun di rumah kita dah tiada tempat tinggal kerana tempat mereka diceroboh...orang yang menceroboh tempat tu mendakwa tempat tu mereka punya hanya kerana wang telah dibayar untuk mendapatkan tanah itu..
Yang sedihnya, kera-kera, ular dan sebagainya dianggap sebagai musuh walhal mereka tak mengganggu pun...apabila pemaju sesuatu taman perumahan mula mendirikan tapak projek, mereka sepatutnya coordinate dengan PERHILITAN atau badan2 seumpamanya...Oleh itu, haiwan2 liar juga dapat manfaatnya...mereka boleh dipindahkan ke zoo atau sebagainya daripada membiarkan mereka berpindah ke kawasan perumahan yang telah bertahun2 dibina...Sekiranya penghijrahan HARAM berlaku, maka haiwan2 ini bakal dianggap "MUSUH KETAT" walhal mereka sebenarnya dah tiada tempat tinggal...ini adalah amat2 tidak adil untuk mereka...
Pencinta haiwan tidak semestinya menyayangi kucing dan anjing semata-mata...kucing dan anjing hanyalah kecenderungan atau minat seseorang itu terhadap haiwan....Bagi PH, Steve Irwin adalah contoh pencinta haiwan yang terbaik....beliau tidak mengira apa jua jenis haiwan malahan serangga sekalipun...Semua haiwan beliau akan memuji
" Did u see it....? Isn't it wonderful....? I like those kind of shapes, their eyes and wings.."
Ayat ini merujuk kepada sejenis serangga hutan yang amat hodoh....
Masalahnya, zoo di Malaysia tiada sokongan yang padu...perbelanjaan kos menanggung makanan dan perubatan haiwan amatlah besar....Apakah mereka-mereka yang berpelajaran tinggi dalam bidang-bidang perniagaan tak nampak potensi pendapatan dalam sektor kehaiwanan ni....? Sebenarnya terdapat berjuta-juta rakyat Malaysia yang cintakan haiwan tetapi tiada penerapan yang serius yang dilakukan terhadap mereka...Beribu-ribu blog dan website mengenai haiwan di internet yang mempunyai pengikutnya sendiri....ini bermakna senario ini bergerak secara underground...ramai pencinta haiwan meluahkan pendapat dan kesedihan masing2 melalui blog2 dan laman sosial...Ini juga menunjukkan ramai prospek yang boleh menjana pendapatan dan membantu memulihkan ekonomi negara melalui program-program yang menarik...Di samping itu, sektor fotografi juga boleh meningkat...Boleh di"highlight" kan ke dalam pertandingan fotografi antarabangsa...Secara tak langsung ini akan memartabatkan bidang fotografi yang pada sangkaan ramai orang bidang tidak boleh mendatangkan pendapatan...Bidang ni semakin diminati pada zaman sekarang...
Seingat PH semasa kecil dulu ( sekitar tahun 1984 ), ada aktiviti mingguan berlaku di Zoo Negara...ada pertunjukkan sarkas anjing laut, ikan lumba, pameran harimau, gajah dan sebagainya...ketika itu Zoo Negara berada di tahap selesa ( barangkali ) kerana zoo itu "hidup" dengan kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu nak masuk...PH masih ingat suasana tu sampai sekarang....
Kesemua ini sebenarnya boleh menjana pendapatan yang lumayan kalau diteliti dengan baik...Program2 mingguan atau tahunan boleh dilakukan seperti MAHA dan ini sudah tentu akan menjana jutaan ringgit...Kesemuanya perlu dihidupkan semula...Pameran-pameran kucing / anjing oleh pihak-pihak swasta tak banyak membantu....ini adalah kerana masih terdapat beribu-ribu kucing jalanan masih tidak mendapat hak yang sewajarnya....Yang untung adalah penganjur itu sendiri...
Ramai pencinta haiwan yang membuat kerja-kerja amal secara sukarela untuk membantu haiwan tetapi hasilnya amat menghampakan....Tak dapat banyak sokongan dari masyarakat kerana tak banyak pengiklanan dan promosi di dada2 akhbar dan media...semua ini memerlukan kos yang amat besar...Kerajaan perlu mengambil berat tentang hal ini...
Kalau MAHA boleh melepasi sehingga lebih dari 20 juta pengunjung ( kalau tak silap ), bagaimana pula dengan pameran2 haiwan liar di zoo-zoo sekiranya ianya diteraskan secara bersepadu di seluruh negara secara serentak ( Macam DR Rozmey..heheh )...?
Sebagai contoh, pihak zoo boleh membuat satu "PENJENAMAAN HAIWAN"..Dulu kalau tak silap kat Sunway Lagoon ada seekor harimau yang dibeli dan diletakkan namanya "ZILA"...Jadi, Zila boleh dijadikan maskot tahunan dan buat ZOO ROAD TOUR ke satu Malaysia supaya semua orang boleh tengok dia ( walaupun dia tu hanya Harimau biasa jer ).....sebenarnya, ZILA dah jadi IKON dan kalau ada produk2 t-shirt, stiker dan sebagainya sudah semestinya ada sasaran pelanggan.. Ini sudah tentu menarik pengunjung dari luar negara dan di sekitar nusantara Asia ni....Buat sebagai aktiviti bulanan atau tahunan...Peluang pekerjaan juga akan semakin meningkat dan sektor veterinar akan semakin diminati...
PH rasa pengunjung lebih tertarik dengan program2 sebegini....dengan dana yang terkumpul, bolehlah diwujudkan tempat2 kucing terbiar dan bantuan dana boleh disalurkan ke SPCA atau pusat2 sepertinya...Dengan ini, barulah kita dapat menghargai kepentingan haiwan itu untuk terus hidup di samping dapat memelihara populasi haiwan2 yang terbiar....Di MAHA, orang dari Johor pun sanggup datang ke Serdang...Budak kecik tak faham apa itu MAHA, tapi mereka lebih suka tengok harimau, gajah, zirafah, tapir dan haiwan-haiwan liar yang lain...Jadi, pendapatan juga boleh dijana melalui prospek yang berumur 5 tahun...
Walau bagaimanapun,PH sebagai rakyat biasa hanya mampu meluahkan pendapat peribadi selain dari hanya mampu melihat bangkai-bangkai kucing dan anjing melintang di tengah jalan dan merempat di kedai-kedai mamak...Mendengar berita-berita kera dan anjing ditembak...tiada undang-undang spesifik terhadap pemelihara anjing dan kucing apatah lagi terhadap pemaju-pemaju perumahan...Sekiranya bangunan yang hendak dibina mempunyai habitat hidupan liar, mereka WAJIB membuat Coordination bersama-sama dengan PERHILITAN dan segala KOS mungkin akan ditanggung oleh pemaju yang berkenaan...Jangan ingat dah beli tanah boleh buat sesuka hati...Tindakan pemaju-pemaju yang tiada sensitiviti boleh mengundang kesusahan penduduk setempat...
Di kawasan rumah PH, pemelihara anjing hanya membela anjing untuk menjaga kawasan gudangnya tetapi tidak menjaganya dengan baik...anjing-anjing mereka dibiarkan berkeliaran di sekitar kawasan gudangnya dan akhirnya dapat "Pengawal Free" yang banyak iaitu anjing-anjing mereka mengawan dan membiak dengan banyaknya sehingga mengganggu pola penempatan orang2 Melayu...Ini adalah sesuatu yang tidak sihat....Tiada pihak yang nak ambil tindakan mahupun menggubal akta rang undang-undang kecil memelihara haiwan...
Perdana Menteri berkata, kerajaan mempunyai menteri-menteri yang cekap...tetapi, PH tak nampak di mana kecekapan menteri-menteri kabinet di dalam soal ini....Mereka cekap dalam bab lain...Yang tak ada kena-mengena dalam soal haiwan....Banyak wang boleh dijana dalam sektor kehaiwanan dan veterinar...Kalau tak pandai, belajar dari jiran sebelah atau jiran di nun sana..Kata Malaysia Boleh....? Kalau mereka BOLEH, Kenapa Kita Tak Boleh...?
P/S :
Pemimpin yang cekap adalah seorang khalifah yang bijak mengatur kehidupan manusia dan makhluk sekeliling...
HIDUPKAN SEMULA AKTIVITI KEHAIWANAN DI ZOO-ZOO KITA
setuju dgn PH, teringat satu ketika baca paper Zoo negara tidak mampu terima haiwan lagi kerana kos yang pengurusan yg tinggi...knp kita xdpt tiru org kat negara luar yea? nyawa haiwan sama nilainya dgn nyawa manusia..apakah..?
ReplyDeletehaa...cakap pasal zoo...kawan saya baru je nak cuba buat charity untuk zoo...iaitu CUci² Malaysia...lagi bagus untuk eratkan lagi hubungan manusia ngan haiwan...
ReplyDeleteYeay, Cuci-cuci Malaysia kembali. Program ke 3 ni, kita akan bersama2 menjadi volunteer di Zoo Negara.
Program Name : Madagascar 3 : Call of Zoo Negara
Date : 01/ 01/ 2011 (Saturday)
Venue : Zoo Negara
Time : 8.00am to 4.30pm. Berkumpul di depan zoo jam 7.30am
Fees : RM10 (for food n beverages)
Activities, to assist Zoo Keeper doing:
- feed the animals
- cleaning the places
- help plant trees (if needed)
Participation : Cuci2 Team and feel free to ajak kawan2, max 50 pax
Transport : Own transport
additional notes:
- untuk volunteer, tiket masuk adalah percuma
- min umur peserta is 16 tahun.
- Register, sila hubungi Sepat Kedah (Kak Syida) dan Nurul Jannah Abdul Razak.
- PALING PENTING. Jangan lewat. Kerana kelewatan akan menyebabkan request kita dibatalkan
Person to contact:
Zulkifly Amirudin - 0132691526
Sepat Kedah - 0132496897
Nurul Jannah - 0194028331
saya tak pasti akan pergi volunteer atau tidak memandangkan saya ada hal malam new year tu...kalau PH dan rakan² berminat boleh lah terus call Kawan saya En.Zul tu...^^'
Saya setuju 100% dengan Ph!!
ReplyDeletekalau lah rakyat Malaysia ni mcam negara2 luar tu kan bagus...mereka amat mengambil berat tentng haiwan2 ni...kalau x caye cube tengok Animal Cops channel 556 animals planet...herm..kecewa