Hargailah Saat Manis Kita Dengan Si Comel Kerana.....

Dari kecil sehinggalah dewasa ini, kucing-kucing yang kita pelihara selalunya datang dan pergi....Pak Tam pun sekali-sekala ada balik ke rumah....Alhamdulillah dia masih ingat kat PH lagi...Tapi kalau dia tak ingat pun, PH cuma mampu tersenyum dari jauh...Sekurang-kurangnya dia sudah memilih jalan hidupnya sendiri...Bila ternampak kelibatnya yang muncul sekali sekala, teringat pula masa saat mula-mula PH berjumpa dengannya di sebuah restoran dulu ....Perasaan puas dan gembira tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...Mungkin ada yang tidak faham perasaan ini, tetapi tidak mengapalah....Sesungguhnya Allah sahaja yang memahami setiap perasaan hamba-hambanya...Kita ni semua ( termasuklah kucing-kucing yang terbuang ini ) adalah makhluk ciptaan Yang Maha Esa....Setiap kucing yang kita selamatkan sebenarnya membawa tuah....Ada yang mengakuinya, ada yang tidak....Salah satu rukun iman ialah percaya kepada Qada dan Qadar, iaitu terima dan percaya akan ketentuan Ilahi yang ghaib, dan sudah pastinya kita tak dapat nak jangka kehadirannya...


Semalam PH menerima hadiah dari seorang rakan Facebook...Hadiah tersebut khas untuk si comel- si comel PH...Di dalam keadaan kekalutan menangani masalah duniawi, tidak sangka pula masih ada rezeki yang datang menjengah....Si comel PH pun nampak begitu gembira sekali... 


Kucing atau anjing peliharaan kita ni sebenarnya pandai berterima kasih kepada kita, cuma kita jer yang tak nampak...Ada seorang fan Kakimotong Fan Club memberitahu yang ibunya ada berkata kalau kita bagi kucing / anjing terbiar tu makan, mereka akan makan sambil memandang ke arah kita dulu sebagai tanda terima kasih...Samada benar atau tidak, hanya Allah sahaja yang tahu isi hati mereka...Tak penting untuk kita mengetahuinya, tetapi yang penting kita lakukan sahaja....


Hero adalah seekor kucing yang istimewa...Setiap malam PH tidak akan lepaskan peluang untuk bermanja dengannya walaupun seminit...Kepada dia juga PH luahkan perasaan sedih, terutama masa PH masih bujang dulu...PH hidup berdua sahaja dengan Hero selama beberapa bulan sebelum berkahwin dengan MH....Dia memang seekor kucing yang berdikari dan tabah....


Si comel-si comel PH ini jugalah tempat PH melepaskan penat dan tekanan...Cabaran hidup semakin meningkat tatkala hidup ini sedang menuju pengakhirannya...PH selalu fikirkan, kalaulah PH dikafankan pada usia yang muda ini, bagaimana agaknya keadaan mereka...? Adakah mereka akan ingat kat PH lagi.....? Begitu juga dengan anak dan isteri PH....Apakah yang akan terjadi kepada mereka...?Kesimpulannya, sementara hayat ini masih ada PH akan gunakan peluang ini sebaik-baiknya....Persediaan mesti dilakukan setiap masa...Sayang dan cinta adalah tonggak utama PH untuk meneruskan kehidupan yang amat mencabar ini....Tanpanya, kita tidak mungkin dapat hidup dengan baik....PH cukup hairan akan mereka yang selalu mendera haiwan...Tak kasihan ke melihat mata sayu haiwan yang mereka pukul...?


Si Cutie memang selalu dekat dengan Hero...Selalu juga tidur berdua...Allah menciptakan sekalian makhluk di bumi dengan berpasang-pasangan....Langit berpasangan dengan bumi, bulan berpasangan dengan bintang...Adakah kucing-kucing  ini juga merupakan pasangan kita....? Jawapannya biarlah diri kita yang jawab sendiri...Kalau kita cerita kat orang, bukan semua yang akan faham sebab zaman sekarang ni ramai yang telah dibutakan hatinya...Allah tidak membutakannya, tetapi mereka yang membutakan hati mereka sendiri....


Dengan medium internet, PH lakukannya sahaja sebagai testimoni...Mungkin ada yang rasa pelik, ada yang rasa gembira dan ada yang rasa bercampur baur....Tak mengapa, masing-masing punyai hati, kan...? Kena ingat, selalu-selalulah beritahu waris-waris kita yang masih kecil agar sayangkan mereka-mereka di jalanan ini...Agak sukar untuk kita banteras kekejaman haiwan secara drastik di generasi ini kerana sudah pastinya banyak pendapat-pendapat yang menafikan hak haiwan jalanan...Justeru itu, kita kena lakukannya secara berperingkat-peringkat...Pada generasi inilah kita boleh melahirkan semula modal insan yang berkualiti untuk generasi yang akan datang....
Di sini juga, PH ingin menyeru kepada sesiapa sahaja yang membaca entri ini agar berfikir sejenak tentang asal-usul kita....Bila-bila masa sahaja kita ni akan dikafankan...maka, apabila dikafankan dan diwangikan dengan kapur barus nanti, hanya 3 perkara sahaja yang akan mengikut kita selepas itu...Rasa-rasanya semua orang tahu 3 perkara tu kan...?
Kalau kita bantu haiwan terbuang ini, ianya juga adalah merupakan satu amalan jariah....Segala perbuatan kita akan dihisab....Jadi, lakukannya sahaja walaupun tak mampu nak adopt mereka...Berikan mereka sedikit makanan dan doa...Barulah steady...


Ciptalah satu diari kehidupan supaya waris-waris kita akan mengenali siapa keturunannya....Masa ini berlalu begitu pantas, jangan biarkan ia berlalu kosong tetapi abadikanlah ia...Biarlah waris-waris kita nanti mengikut apa yang nenek moyang mereka buat...Insyaallah, kekejaman haiwan dapat dibanteras juga nanti dengan adanya generasi baru yang membaca kisah-kisah kebaikan nenek moyangnya suatu masa dulu yang amat menyayangi haiwan....Tak kira samada di Facebook ataupun di blog, hanya lakukan sahaja....


P/S:
Sabda Rasulullah : "Orang yang bijak dan cerdik adalah orang yang selalu mengingati saat kematiannya..."

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. Betul tu Ph.. apa jua kita buat kena Ikhlas.. baru sempurna.. kalau org mempertikaikan keikhlasan kita ,biarkan mereka.. jangan dihiraukan dan dikisahkan.. janji kita happy apa yang kita buat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular