Mereka Tidak Akan Faham Kerana Mereka Tidak Pernah Melakukannya

Seringkali kita terjumpa kucing-kucing dan anjing-anjing di jalanan...Dan setiap kali terjumpa mereka, kita teringat kat Papa Hero 
( cewaahhhhh...)...hehehehe...Alaa, sekali sekala gurau-gurau la kan...? kan....? Kat dalam blog pun boleh gurau apa? Ingat kat Facebook je boleh?
Ramai yang tanya macamana kesihatan Hero...Hero ok sihat walafiat...MH jaga diet dia sekarang tak nak bagi terlalu gendut....Macam hari tu, asyik makan ajer pastu berat badan dia naik...Nak panjat tangga pun dah tak boleh dah...Asyik baring jer....Dr Cham pun menasihatkan agar PH menjaga pemakanannya agar Hero tak obesiti sebab nanti dikhuatiri memudaratkan tulang belakangnya....Takut pulak PH dengar....


Hero ni pun ada masa-masa hepi, ada masa-masa sedih...Ada juga masa-masa marah....Macam kita juga kan....? Sebenarnya perasaan kucing ni sama dengan manusia ( bagi PH lah ) cuma yang membezakannya adalah keikhlasan...Ramai manusia kat mulut cakap setia sehingga ke akhir hayat tapi kat hati macam was-was jer kan...? hehehehe...Kalau takde, baguslah....Itulah yang diharapkan...Tapi kalau haiwan macam kucing ni dia lain....Apa yang dia rasa, itulah yang akan diluahkannya tanpa kompromi...Sebab itulah kadang-kadang bila kucing ni marah dengan tuan-tuan dia pun habis kena gigit....Kalau dia sayang kat kita, dia pasti akan sayang sampai ke akhir hayatnya....Manusia pun ada bersifat sebegini tetapi zaman sekarang ni PH tak tahulah nak cakap apa dah....Ada ke takde lagi spesis macam ni...hehehe



Walaupun ditendang, mereka tetap menunggu orang yang ditendang tu membalingkan secebis ikan...Dia tahu yang dia perlu makan untuk menyusukan anak-anaknya....Siapalah yang selalu simbah-simbah kucing ni dengan air panas yer....Rasa macam nak sumbat botol mineral kat dalam mulut dia....



Baru-baru ni Si Belang mengalami kecederaan serius...Rusuknya terpusing dan beralih dari tempat asal....Menurut vet yang merawatnya, kecederaan sebegini biasanya terjatuh dari tempat tinggi ataupun ditendang dengan kuat...



Salah seorang rakan KAKIMOTONG FAN CLUB telah sanggup berkorban wang untuk memikul amanah ini...Beliau adalah insan yang terpilih...Insan terpilih ini bernama Kak Rita Masudah...



Update yang terkini, Si Belang sudah boleh berjalan selepas beratus-ratus wang telah dihabiskan...Kak Rita masih mahu berusaha untuk berikhtiar bagi menampung kos rawatan Si Belang ini....Walaupun duit banyak telah habis, tapi selepas ini mudah-mudahan apa yang Kak Rita beri beliau akan dapat balik lebih dari apa yang telah dikorbankan...Itulah yang PH doakan....Inilah tuah yang selalu ditolak oleh manusia....


Ada seorang lagi rakan KAKIMOTONG FAN CLUB iaitu Ery Meow yang telah menyelamatkan Si Yatimah 
( KLIK SINI )... Lama juga beliau mencari orang yang sanggup untuk memelihara Si Yatimah...Tetapi berkat kesabaran beliau yang amat tinggi, alhamdulillah si comel ini dapat juga tuan baru yang amat penyayang, iaitu Puan Shira...Yang lebih mengejutkan lagi, beliau sanggup menghantar Si Yatimah ni hingga ke Seremban untuk berjumpa dengan Puan Shira....Subhanallah....!!! Apa yang PH boleh katakan di sini ialah WELL DONE & EXCELLENT...!!!! Semoga ianya akan menjadi teladan bagi insan yang lain....


Baru-baru ini, Cik Zainab Dealova ( rakan KAKIMOTONG FAN CLUB ) juga telah datang ke rumah PH untuk mengambil seekor kucing yang telah PH kutip...Tetapi tiada pula gambarnya kerana PH tiada ke rumah ketika beliau datang....MH yang ada di rumah ketika itu....Tak lupa juga kepada Cik Mia Amber 
( rakan KAKIMOTONG FAN CLUB ) yang telah memelihara Agnes 

Baru-baru ini Puan Zetty Syazana dan suaminya Encik Saiful juga telah datang ke rumah PH untuk memelihara si somel yang PH kutip di tepi jalan ( KLIK SINI )


Si comel ini ditemui terbiar seorang diri oleh Kak Norhatika Johari ( rakan KAKIMOTONG FAN CLUB )...Nak menitis air mata PH melihatkan gambar si comel malang ini....Dia mengiau tidak henti-henti kerana lapar susu....Kesian dia kecil-kecil dah tak beribu...


Alhamdulillah, seorang lagi rakan KAKIMOTONG FAN CLUB iaitu Kak Noor Maizan telah berani memikul amanah ini untuk menjaga si kecil ini...Beliau mempunyai ibu kucing susuan yang boleh ditumpangkan...SYABAS kepada kalian semua....!!!!


Si Donut ini sekarang ada bersama PH....Rasanya PH tak perlu nak terangkan lagi bagaimana daifnya keadaan si comel malang ini ( KLIK SINI )


Dalam minggu lepas sahaja, sepuluh ekor kucing baru telah PH foster dan kini sedang menunggu tuan yang baru...

Nota PH :
Mungkin perbuatan sebegini dipandang enteng oleh segelintir orang...Hmmm, apa yang PH boleh katakan mereka takkan faham kerana hanya mereka yang pernah melakukannya sahaja yang akan faham...

"Aku minta kepada Allah mahukan bunga Ros, tapi Allah beri pokok kaktus yang berduri...Aku minta rama-rama cantik tapi Allah beri ulat bulu...Namun aku pasrah dan terima seadanya...Akhirnya, setelah sekian lama pokok kaktus yang berduri itu mengeluarkan bunga yang sangat cantik, malah lebih cantik dari bunga Ros yang aku minta...Ulat bulu hodoh yang aku pelihara telah menjadi kepompong lalu menjelmalah ia sebagai seekor rama-rama yang amat cantik....Terima kasih Ya Allah..."

Kalau tak faham, buat-buatlah faham yer :)

Comments

Entri Popular