Susulan Berita Terbaru Mengenai Si Wira, Kucing Yang Pecah Tempurung Kepalanya

Baru-baru ini, media Facebook dikejutkan dengan sebuah kisah pilu yang dialami oleh seekor kucing malang...PH pernah siarkan kisahnya sebelum ini 
( KLIK SINI ) di mana ianya mendapat liputan yang meluas di seluruh negara di media Facebook...Alhamdulillah dengan segala puji-pujian kepada Allah SWT, akhirnya kucing ini dapat juga diselamatkan oleh insan yang amat berhati mulia....
Kucing ini diberi nama Wira, sempena dengan semangatnya yang amat teguh untuk bertarung nyawa demi meneruskan kehidupan...Haiwan yang tidak berdosa ini juga tidak terlepas dari menerima ujian dari Yang Maha Esa, apatah lagi kita sebagai manusia yang berakal...Gambar ini diambil oleh para penyelamat yang menjumpainya di Masai, Johor sebelum dibawa ke klinik haiwan...Wira kini telah selamat berada di dalam jagaan Dr. Marlia...Syabas kerana prihatin...



Tuah sebeginilah yang selalu ditolak oleh kebanyakan manusia...Nampak jer kucing yang pelik, busuk dan hanyir langsung tak mahu ambil peduli...Si Wira ni walaupun sedang di dalam kesakitan, tetapi dia paksa juga dirinya untuk makan dan minum...PH juga diberitahu bahawa keadaan lukanya amat parah, berulat dan berbau busuk...Tetapi, itu bukanlah alasan untuk membiarkan kucing ini terbiar di tepi jalan...



Di sinilah di mana tempat Wira dijumpai...Masih terlihat dengan jelas mangkuk makanan Si Wira...


Seperti yang diharapkan, akhirnya berjaya juga Wira dibawa ke klinik haiwan...Sebak PH tengok keadaannya...Kesian sangat-sangat...Kalau manusia, mungkin ada ramai yang tolong...Tapi kalau haiwan sebegini terbaring kat tepi jalan, adakah sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan...??? Memang ada, tetapi mungkin tidak seperti yang diharapkan....Mungkin lebih ramai yang suka tolong tengok jer...


Sejurus selepas itu, rawatan pantas dijalankan oleh Dr Marlia terhadap Si Wira...


Ini adalah video yang dirakam oleh para penyelamat...Kasihan Si Wira, dia pasrah jer apa orang di sekeliling nak buat ke atas dia....


Menurut sumber, luka Si Wira memang parah, berulat dan bernanah dengan banyak sekali....


Tak sangka, walaupun dalam keadaan sakit Si Wira ni masih mahu makan...Baguslah, biar gendut perut tu....Bagi PH, kalau kucing yang sakit teruk macamana sekalipun tapi kalau mereka nak makan itu menandakan ia mempunyai peluang yang cerah untuk hidup...


Kini, Wira telah mempunyai laman peminatnya sendiri ( Fan Page ) di Facebook iaitu Wira Fans Club ( KLIK SINI )....

Nota PH :

Alhamdulillah dan ucapan terima kasih PH ucapkan kepada mereka yang terlibat di dalam misi menyelamatkan Si Wira ini sama ada secara langsung ataupun tidak....Tiada apa yang dapat menggembirakan hati semua orang melainkan apabila melihat Si Wira mendapat penjagaan yang sewajarnya...

Dalam pada itu, PH berasa agak kecewa kerana gambar Si Wira yang PH siarkan di KAKIMOTONG FAN CLUB telah dilaporkan kepada FB Team sebagai "Abusived Photo " dan Page KAKIMOTONG FAN CLUB juga telah menerima tempiasnya kerana telah diberi amaran oleh FB TEAM sebagai "Abusived Page"....Profil Facebook PH juga telah dimatikan buat sementara waktu....PH juga diberi amaran bertulis yang mengatakan bahawa sekiranya berlaku sekali lagi, page KAKIMOTONG FAN CLUB akan digantung terus oleh FB TEAM tanpa ada prejudis...
Untuk makluman, gambar ini telah mendapat banyak HIT dan kalau tak silap ada 500 lebih SHARE dan hampir 1000 LIKE...


Tetapi tidak mengapalah....Takde FB pun PH masih boleh hidup...PH tetap mendoakan semoga mereka yang cuba mensabotaj PH ( jika ada ) akan hidup bahagia di dunia dan di akhirat...
AMINNN....

Sebarkanlah berita gembira mengenai Si Wira ini kepada rakan-rakan anda yang mana telah turut bersama-sama SHARE kan gambar Si Wira tempohari, biar mereka tahu berita terkini mengenainya...

Steady Semua...!!!!
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. alhamdulillah..wira dah beransur sembuh...baca entri dan tgk photo disini...sgt2 sedih tgk keadaan dia...terima kasih kat semua yg membantu wira..hnya Tuhan yg mampu membalas jasa baik kalian...syabas semua

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...mmg tertunggu2 update ttg WIra nie sbb jarang sgt buka FB..Semoga lukanya cepat sembuh & ada insan berhati mulia yg sanggup adopt Wira..chaiiiyokkkk WIRA

    ReplyDelete
  3. biasa la PH.. bila kita cuba melakukan benda yg baik memang byk dugaan.. apapun tahniah kpd semua penyelamat WIRA yang prihatin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular