Tempurung Kepala Kucing Pecah Tetapi Masih Hidup

Lebih kurang jam 10 pagi tadi, PH terkesima sebentar apabila terbaca status dan gambar yang ditagkan kepada PH oleh seorang rakan Facebook PH iaitu Kak Jsue Hikmah...Hampir menitis air mata apabila terlihat gambar seekor kucing yang telah pecah tempurung kepalanya....Ini bukan gambar palsu walaupun di hati PH cuba mengiakannya...Lama PH tenung gambar tersebut...Jari kanan yang memegang 'mouse' keras kaku sehingga tidak boleh di'scroll' ke bawah...PH cuba untuk mengelak dari melihat gambar tersebut lama-lama tetapi tidak boleh...Dada PH terasa berdebar-debar kerana inilah kes pertama seumpamanya yang pernah PH lihat...Ternampak dengan jelas bagaimana kepalanya boleh berlubang sehingga menampakkan sebahagian dari otaknya...Yang menakjubkan, kucing ini masih hidup dan masih mampu untuk minum...Segalanya bermula seperti status Facebook di bawah :

YA ALLAH, KUCING BERADA DI SEKOLAH, KEPALA DIA BERLUBANG,DAH BERULAT..SAPA BOLEH BANTU..BAGI MAKANAN BASAH.DIA CUMA MINUM AIR..X THU KENAPA.? Mungkin..gaduh.mungkin kena ketuk..tempurung kepala dia pecah.....

 ·  · 10 hours ago via BlackBerry ·


Sementelah itu, PH kuatkan semangat dan fokus untuk melakukan tindakan seterusnya...PH diberita lokasi kucing ini di 29, Jalan suria 55, Bandar. Seri. Alam , Masai, Johor...Maka, setelah disiarkan semula di Kakimotong Fan Club tak sangka pula ramai yang berduyun-duyun menyatakan hasrat untuk membantu...Ada beberapa orang hamba Allah telah pergi ke sana tetapi malangnya tidak menjumpai kucing tersebut...

Justeru itu, misi menyelamat diteruskan oleh beberapa insan yang prihatin....PH telah membuat kenyataan di Facebook yang meminta agar sesiapa yang menjumpai kucing tersebut PH akan bantu dari segi kos dan rawatan kerana PH akan membuat satu derma kilat khas untuk kucing malang ini...Tetapi dengan syarat kucing ini harus dibawa ke klinik haiwan dulu untuk mengetahui sejauh mana parah lukanya dan untuk mendapatkan anggaran sebutharga...

Nota PH :

Jauh di lubuk hati PH, PH dapat rasakan bahawa kucing ini telah menjadi mangsa kekejaman manusia yang tidak bertanggungjawab...Kenapalah harus diseksa haiwan yang tidak berakal ini...Bagi PH, orang yang melakukan kejahatan inilah yang tidak berakal dan tidak layak digelarkan manusia kerana tarafnya lebih hina dari haiwan itu sendiri...Doakanlah semoga usaha mencari kucing ini akan menemui kejayaan...Sehingga entri ini ditulis, kucing ini masih belum ditemui...
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. Ya Allah, teruk luka ni.. Kita jauh kat Perak, kalau dekat kite akan turut sama2 turun padang mencari kucing malang ni. Semoga ditemui & berjaya dibawa ke klinik untuk rawatan.. Amin..

    ReplyDelete
  2. Ajal belum sampai lagi kucing ni...xtau la kesakitan ditanggug cmne tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular