Kisah sedih seekor anjing mengejar ambulan yang membawa tuannya sedang sakit tenat ( Video )



Kisah benar ini dilaporkan berlaku di Brazil di mana seorang lelaki terkena serangan epilepsi dan pengsan...Lelaki tersebut kemudiannya dibawa menaiki ambulan menuju ke hospital...Ketika di dalam perjalanan, ada seekor anjing bersusuk tubuh kecil mengejar ambulan mereka...paramedik pada mulanya tidak mengetahui anjing ini milik lelaki tersebut sehinggalah mereka menyedari anjing tersebut berterusan mengejar ambulan yang dinaiki oleh mereka. Oleh kerana simpati dengan anjing itu, ambulan diberhentikan dan anjing itu dibawa masuk ke dalam untuk menemani tuannya...



Apabila tiba di hospital, anjing ini dilihat duduk berhampiran dengan katil pengusung untuk menemani tuannya.



Lihat video :





Nota PH : 

Subhanallah...Sebak dada PH tengok video ni...Harap tuan dia sihat supaya dapat tonton balik video ni...



Inilah bukti kesetiaan seekor anjing terhadap tuannya...Balik ni nak babap muntut Abam Jojo Kepsi...

Comments

Entri Popular