Kucing gemuk 'diserang' sotong kurita ( Video )


Mesti ada yang pelik dengan tajuk entri ni kan...?? Encik meow memang macam ni...Pantang nampak benda yang tak kena di mata mesti dia nak godek...Kucing ni mempunyai satu kelaku yang adakalanya mencuit hati iaitu suka meneroka ataupun dengan bahasa mudah suka menyibuk...Kita nak pergi jamban dia pun nak ke jamban...Kita nak masak dia pun nak masak...Kita nak mandi dia pun nak mandi...Pendek kata apa yang kita buat dia pon nak buat sama...Bijak kan...???

Bak kata UAI, Allah jadikan kucing tu sesuai dengan kehidupan manusia...Betapa bijaknya Allah SWT...Tapi sayangnya ada juga manusia yang sanggup menggadaikan balasan akhirat dengan menganiaya mereka, bahkan ada yang sanggup meracuni mereka demi menurut nafsu nafsi yang serakah...


Dalam kes baru-baru ini, seekor kucing telah menyelamatkan seorang bayi dari mati kesejukan...Insiden berlaku di Rusia ( baca sini )....


Tengok....!!! Allah hantar kucing jer bayi dah selamat...Secara fakta, mungkin ada yang berpendapat ianya berlaku secara kebetulan...Namun bagi PH, Allah jualah yang mengatur segala-galanya...

Oklah, dah ke laut PH membebel ni...Saksikan video bagaimana seekor kucing terkejut apabila seekor sotong kurita menerkam mukanya...Banyak kali PH ulang video ni...Kesian ada lawak pun ada....Video ni dipetik dari akaun Instagram dari luar negara..Entahape nama PH tak ingat pulak...



PH pun ada upload video ni ke Instagram PH iaitu @haireypapahero ( Jemput FOLLOW yer )


Comments

Entri Popular