Krishnan - 'Ini bukan tuntutan agama Hindu. Ini lebih kepada AMALAN atau BUDAYA SETEMPAT'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua para pembaca sekalian...

Semalam PH telah membuat satu entri mengenai sebuah festival pembunuhan haiwan seperti lembu, kerbau dan kambing secara besar-besaran di Nepal yang mana telah ramai blogger menulis tentangnya konon ianya berkait rapat dengan tragedi gempa bumi di Nepal...Ada blogger yang berkata ianya adalah balasan dari Tuhan dan ada juga yang berpendapat ianya adalah secara kebetulan...

Tidak dinafikan dalam agama Islam sendiri ada penganutnya yang tidak betul...Menjalankan tarekat-tarekat serta ajaran sesat, Syiah dan sebagainya...Pendek kata, ia menyimpang dari ajaran yang sebenar...Ini juga tidak terkecuali berlaku di dalam agama lain...Ada para penganutnya yang taksub dan jauh menyimpang dari ajaran agama yang sebenar...

Alhamdulillah entri PH semalam telah mendapat respon dari seorang kawan kita yang berbangsa India...Beliau menggunakan nama akaun FB Krishnan Kalimuthoo...Penjelasan dari saudara Krishnan amatlah PH tunggu-tunggu...Ye lah kan, semua orang tahu tiada agama yang menganjurkan penganutnya berlaku jahat serta kejam...Kalau ada, itu bukan agama tetapi budaya atau kepercayaan nenek moyang dan sebagainya...




Berikut adalah komen penjelasan dari Saudara Krishnan :

"Kepada penulis saudara/saudari PH .... Sebenarnya dalam agama Hindu TIADA pun tuntutan sebegini. Malah agama HIndu mempromosi gaya hidup Vegetarian supaya seorang penganut Hindu tidak perlu membunuh atau mencabut nyawa mahluk yg lain untuk mengisi perutnya samada lapar atau pun tidak. Ritual sebegini hanyalah amalan setempat yg sebenarnya dilakukan oleh mereka yg mengikut sesuatu upacara secara membabi buta hanya kerana generasi sebelumnya melakukan sedemikian atas nama agama. Kalaulah benar agama Hindu menuntut perkara sebegini maka ianya akan berlaku dimana mana jua tempat yg di huni oleh penganut Hindu. Ingin saya tegaskan lagi ..INI BUKAN TUNTUTAN AGAMA HINDU. Ini lebih kepada AMALAN atau BUDAYA SETEMPAT. Samalah juga seperti perayaan Thaipusam di negara kita...ianya sudah jauh terpesong dari matlamat asal atau tuntutan asal. TIDAK PERNAH dalam agama Hindu menuntut supaya umatnya "MENYIKSA" diri dengan tusukan benda benda tajam..atau sebatan cemeti...dan sebagainya atas nama agama Hindu. Puak puak ini sebenarnya langsung tiada pengetahuan asas tentang sesuatu upacara keagamaan. Mereka hanya mengikut TREND dan mengubahsuai mengikut keadaan semasa. Saya amat kecewa dgn tindakan segelintir umat ini yang mencerminkan seolah olah agama Hindu ini amat GANAS dan primitif. Harap penjelasan saya dapat memberi sedikit sebanyak pencerahan terhadap pembaca lain tentang keadaan yg berlaku di Nepal."



Nota PH :

Tiada manusia yang sempurna di dunia ni...Benar kata Saudara Krishnan, Islam juga menempuh bermacam tekanan dari masyarakat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa...Malah sejak dari zaman sebelum Nabi Muhammad pun Islam menerima pelbagai ancaman dari orang-orang munafik dan kaum-kaum yang murtad...

PH memang menunggu respon yang sebegini demi membetulkan semula apa yang tidak betul memandangkan ramai penulis blog telah menyiarkan artikel ini termasuklah blogger dari luar negara...

Semoga dengan pencerahan dari beliau dapat membetulkan semula persepsi masyarakat beragama Hindu di mana-mana negara di pelusuk dunia bahawa agama mereka tidak mengajarkan sedemian rupa...Baginda Rasulullah SAW juga melarang umatnya dari mencela agama yang lain...

Namun perihal agama yang tertua di muka bumi ini adalah agama Hindu mungkin ada berlainan pendapat bagi sesetengah pihak...PH ada mengikuti beberapa majlis-majlis ilmu dan pernah diceritakan mengenai agama tertua di dunia...Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul yang terakhir membawa risalah dan ajaran Islam...Islam telah bertapak sebelum Baginda lahir lagi...Malah Islam telah bertapak di dunia ini sejak manusia pertama telah menginjakkan kaki di muka bumi ini iaitu Nabi Adam...PH menulis bab ini sebagai seorang hamba Allah...Ye lah, lain agama lain kepercayaan...kan..?? Kita ni hidup berbilang kaum dan agama...

Firman Allah SWT :

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al-Baqarah: 30)

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesung­guhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.' Mereka berkata: 'Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menum­pahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ?' Tuhan berfirman: 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" (QS. al-Baqarah: 30)

Comments

  1. sebab tu saya tak rasa ritual macam ni adalah melibatkan ritual keagamaan. Ritual ni lebih kepada adat yang di reka manusia sebab apapun agama tak ada mengajar manusia jadi kejam

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular