Bersedekahlah Sebagai Seorang Hamba Yang Merdeka

Kasihan....Itulah ungkapan pertama kalau PH terjumpa insan yang bernasib malang, begitu juga dengan haiwan....Bila tengok mereka, terus PH lihat pada diri sendiri...Berjaket kulit, ada jam G-Shock, kasut sport Nike, seluar jeans Tommy siap dengan beg laptop HP....jauh panggang dari api...Itulah yang membuatkan PH lebih bersemangat untuk berkongsi kisah-kisah makhluk yang kureeengg ni....Kalau ada orang buta datang ke meja PH, PH bagi ajer....Kalau sepuluh orang yang datang pun PH bagi jugak....Bukanlah nak tunjuk bagus atau sebagainya....Semenjak kes Si Burn dan kes mat motor yang 'pow' RM10 kat PH, PH takut untuk menolak orang yang datang meminta sedekah...Mat motor yang macam penagih dadah tu siap doakan agar PH dapat anak kembar....Samada kebetulan atau sebagainya, itu adalah rahsia Allah...Akal kita ni terbatas untuk memikirkannya....


Kucing-kucing ni bukannya nak banyak dari kita...Mereka cuma mahukan tiga perkara, iaitu makan minum, tempat tidur yang selamat dan kasih sayang....Kasih sayang itu molek sekiranya digabungkan dengan kasih sayang dari empunya tubuh yang bernama manusia.....Kalau ada rezeki, tak salah kalau kita berkongsi dengan mereka.....Itu lebih baik dari menendang dan menyepak mereka...Apa yang kita dapat...? Bala lagi ade la kot...


Menyelongkar rumah sampah, makan tikus dalam longkang dan sebagainya amatlah menjijikkan bagi kita...Kerana apa...? Kerana kita mempunyai akal yang waras, mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk...Tapi haiwan ini bertindak mengikut nafsu dan naluri....Asalkan sampah tersebut masih boleh dimakan, selagi itulah mereka akan makan....Barangkali mereka juga ada berasa jijik untuk makan sampah tetapi hanya itulah pilihan makanan yang mereka ada....Sebab itulah ramai umat manusia ni pandang jijik kat haiwan-haiwan jalanan ni....Geli katanya....Mereka tidak mahu mengakui kehebatan haiwan-haiwan jalanan ini yang tiada pada mereka....


Kucing jantan ini cantik sangat...Badannya gempal berisi dan bulunya separa panjang....Tapi dia kurang jinak..Bila didekat dia lari tapi bila diumpan makanan dia datang....



Sedap agaknya kata kucing ni dalam hati...Tertib betul dia makan....Dijilatnya makanan basah itu satu persatu mengikut lawan arah jam...Maknanya dia jilat ke arah kanan...Tu simbol Bismillah bagi kucing agaknya...Lepas habis setengah bulatan dijilat, baru dia gigit bahagian atas makanan basah tu...PH belek dan perhati dengan teliti....Makanan basah itu terhakis sedikit demi sedikit...Cantik jer....


Anda saksikanlah sendiri video ini...Walaupun badannya menggigil kelaparan tetapi kucing ini makan dengan begitu tertib sekali...


Tak mengapalah....PH yakin kucing ini pandai membawa diri...Dia pun dah dewasa dan mempunyai tubuh yang sihat pada zahirnya...Papa doakan semoga kamu selamat sehinggalah ada orang yang nak adopt kamu...Kalau anda rasa-rasa nak adopt kucing ni, boleh maklumkan kepada PH...Nanti PH akan berusaha untuk menangkapnya...


Nota PH :
Apa-apa pun, biarlah apa orang nak kata pada kita yang selalu bagi kucing makan kat tepi-tepi jalan ni...Mungkin benda-benda macam ni baru bagi mereka.....Yang penting, kita lakukan sahaja....Lakukannya kerana Allah Taala....Kalau kita seorang 'businessman' atau 'businesswoman', janganlah kita bersedekah sebagai seorang pedagang ( mengharapkan balasan untung )....Kalau kita seorang yang kurang berkemampuan, janganlah bersedekah sebagai seorang hamba ( berkira ), tetapi hendaklah kita bersedekah sebagai seorang hamba Allah yang MERDEKA iaitu ikhlas bersedekah tak kira kepada sesiapa pun dengan tanpa mengharapkan sebarang balasan....Barulah steady...Rezeki kita tu Allah dah sediakan untuk kita...Jangan risau hokayyy...!!! :)
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. Bila baca post ni, terus teringat perkara semalam. 'Kawan' mak ayah saya larang saya beri makan kepada kucing jalanan. Mentang-mentang kaya, nak pandang hina terhadap si comel jalanan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular