Bagaimana Agaknya Perasaan Mengutip Kucing Yang Terbuang...?
Kes 1
Baru-baru banyak juga kucing-kucing terbuang yang PH dan MH berjaya rehomekan....Dengan kuasa internet, segala-galanya seolah-olah tidak mustahil lagi....Si Oranje ni PH jumpa ketika sedang menyorok di bawah kereta...Dari jauh PH dah nampak dia....Sekejap berlari ke sana, sekejap berlari ke sini...Tempatnya berhampiran dengan Restoran Sri Leena...Mamat tecit ni tak jinak dengan orang...Macam biasa, PH gunakan makanan biskut kucing sebagai umpan....Bila dia datang dekat, PH biar dia makan dulu seketul dua...Tapi kesian betul PH tengok mamat tecit ni...Lapar sampai ke tahap menggigil...Ye lah, dia kan budak lagi...Sepatutnya pada masa ni dia sedang bermain-main dengan adik-beradiknya di samping ibu yang tersayang...Tapi bila mengenangkan keadaannya, kecik-kecik dah takde ibu...Lalu PH mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah....
Kalian tontonlah dan nilai sendiri betapa laparnya mamat tecit ni....Agaknya dah berapa lama dia tak kenyang susu ibu...
Ketika membawanya pulang, soal membersihkan najis atau sebagainya adalah perkara kesembilan....Mamat tecit ni memang dah tak berdaya dah....Dia terlalu muda untuk hidup merempat di luar sana....PH pun mengiklankannya ke dalam Page Facebook Kakimotong Fan Club untuk mencari adopter yang serius untuk memeliahara mamat tecit ni...PH namakannya Oranje....Alhamdulillah, tak sampai 24 jam PH telah mendapat seorang adopter iaitu Cik Paracetamol ( nama FB ) ataupun nama betulnya Cik Nurul...Beliau datang ke rumah PH diiringi oleh ibu dan saudara perempuannya
( adeehhh terlupa pula namanya )....Cik Paracetamol, nanti tolong pm PH nama mereka ya...hehehe...
Kebetulan mereka memang mencari seekor anak kucing untuk djadikan kawan kucing tecit mereka di rumah....Syukurlah, Oranje dah pun bertukar nama iaitu Oyen...Semoga Oyen bahagia di samping tuan yang baru...Terima kasih kerana sanggup datang dari Ampang ke Semenyih semata-mata untuk memberikan kehidupan yang baru kepada Oyen.....Steady kay...!!!!
Si Oyen sempat juga tidur berbantalkan Abang Iyo sebelum menerima tuan yang baru...Dah banyak kali PH tengok Si Oyen dan Iyo macam ni...
Kes 2
Si Mimie ni PH jumpa dia di Restoran Sri Leena juga...Restoran ini menjadi tempat tumpuan orang membuang kucing memandangkan pemilik restoran ini amat bermurah hati...Bukan sahaja kucing, bahkan pengemis pun dia sponsor makan...Steady Abang Anuar....
Terus terang PH katakan di sini yang PH belum pernah lagi jumpa Si Mimie ni kat sini...Rasanya dia baru sahaja dibuang...Bila PH angkat badannya untuk didukung, rupa-rupanya Si Mimie ni mengandung...Jadi, PH beranggapan bahawa Si Mimie ni dibuang kerana bunting...hmmmm
Bagi PH pula, membela kucing jantan dan kucing betina tiada bezanya...Kucing jantan pancut sana-sini manakala kucing betina beranak....Jawapan penyelesaian yang PH nampak di sini ialah KLIK SINI....Si Mimie ni terlalu baik...Dia ni baka Siam...Sesampainya di rumah, dia tahu nak cari port tidur, iaitu di atas sofa empuk....Ini menguatkan lagi teori PH bahawa Si Mimie ni dulu memang pernah bertuan...Alahai kesian betul...Sayang kat Mimie....Matanya cantik berwarna biru laut...
Seperti biasa, pada malamnya PH pun mengiklankan Si Mimie melalui platform Facebook Kakimotong Fan Club....Tak sampai beberapa minit, PH mendapat respon yang amat positif...
Ramai betul yang berminat untuk memelihara Si Mimie walaupun dia bunting...PH tahu famili KMFC memang steady....Tetapi, orang yang pertama menghantar pm ke inbox PH ialah Saudara Fazli ( nama Facebook Keigo Masaki )....Akhirnya, beliau bersetuju untuk berjumpa di tempat kerja PH di Putrajaya...Maka, Si Mimie pun PH bawa ke tempat kerja....
Ibarat sirih pulang ke gagang, Si Mimie dapat juga bertemu dengan tuan barunya....Untuk pengetahuan, Saudara Fazli juga adalah seorang yang selalu menyelamatkan kucing-kucing yang terbuang...PH difahamkan di rumah beliau ada lebih 11 ekor kucing yang dikutip....Syabas Fazli...!!!! Semoga teladan ini dapat menjadi ikutan kepada mereka yang lain...
Kes 3
Pada beberapa hari lepas, PH minum di sebuah restoran mamak di Bandar Teknologi Kajang di Semenyih iaitu di Restoran Mehraj....Sementara menunggu rakan PH datang, macam biasa PH open table kat budak-budak ni....Kucing yang PH nak cerita kali ni ialah kucing yang di sebelah kiri tu....Apabila rakan PH tiba, dia duduk di meja lain pula kerana tidak mahu mengganggu kucing-kucing yang sedang makan ni....Untuk meneruskan agenda, PH terpaksa bertukar meja....Maka tinggallah kucing-kucing tadi di meja yang yang pertama...
Tiba-tiba datang pula dua orang wanita dan duduk di meja yang pertama tadi...Tatkala kucing tersebut tengah menjamu selera, wanita tersebut menendang kucing oren yang sebelah kiri tu dengan kuat sekali sehingga terpelanting sejauh dua meter...Kejadian tu berlaku betul-betul depan mata PH...Setelah diberi sepatah dua kata, wanita tersebut beredar dari meja tersebut...Mungkin malu akibat ditegur oleh PH....
Akhirnya, PH membuat keputusan untuk membawa Yoyo pulang ke rumah..Umurnya lebih kurang 4 bulan...Kecik lagi mamat ni....
Bila diletakkan ke dalam kereta, port cermin belakang memang menjadi mangsa...Habis rebeh tirai langsir tu...Tapi takpelah, benda pun boleh diganti kalau rosak...Nyawa mana ada ganti lagi....
Sampai sahaja di rumah, PH bukakan sangkar tu biar dia keluar sendiri...Dia akan keluar bila berasa selamat....Tapi Si poppy ni plak yang mengada....hehehehe
Sehingga kini, Si Yoyo ni ada kat rumah PH....Untuk permulaan, dia masih lagi takut-takut dengan kucing PH yang lain...Tapi oklah tu, sekurang-kurangnya dia dah berada di tempat yang selamat...Kalau ada sesiapa yang nak adopt Si Yoyo ni, sila hubungi PH...
Nota PH :
Jangan ada double standard terhadap kucing jantan dengan kucing betina...Allah menciptakan setiap makhluk dengan berpasang-pasangan...Justeru itu, kitalah yang kena bijak menguruskan mereka...Jangan ambil jalan mudah kerana itu melambangkan sikap kita sebenarnya....
Dan apakah perasaan anda selepas membaca entri ini...? Kalau tersenyum, oklah tu :)
suke2!!! klo sy ada umah sndiri nanti sy nk adopt dari PH, leh x?? skrg x leh lg, sbb mak saya x suka ngn kucing; smpai sy glar "Disaster Queen of Cats"...hehehe...mana x nye, mak saya duduk dlm umah, herm....smpai k sudah la kucing 2 x mo msuk...klo mak sy duk luar umah (myapu k atau ambil sayur2 kt kebun) masa 2 la dia berani nk masuk...kuat betul 'aura' mak saya tu...dia ok ngn kucing, cuma klo kucing2 nie berak, marah la mak...sy ok je, tp mak la bising bebel2. so sy nk tunggu ada rumah sndiri, dpt la adopt byk2...
ReplyDelete