Salam Terakhir Dari Si Cumie dan Si Bunga Buat Semua...
Hari ini adalah hari yang menyedihkan bagi PH..Cumie dan Bunga telah pergi meninggalkan dunia ini...Cumie mengalami masalah kecacingan dan penyakit sampar kucing yang kronik manakala Si Bunga telah menghidap penyakit sampar kucing....Inilah lumrah yang perlu ditempuh kalau kita memelihara kucing yang dikutip....Ada kucing yang kita kutip telah sedia ada virus di dalam sistem pertahanan tubuhnya...Setelah diberi pil ubat cacing dengan dos 1/8 ( seperti yang disyorkan oleh vet ) , Si Cumie telah membuang najis dengan begitu banyak sekali...Najisnya berwarna kuning dan terdapat cacing-cacing kecil dan besar keluar bersama najisnya....Selepas itu, MH memberhentikan pemberian ubat cacing buat sementara memandang Si Cumie berak-berak sehingga badannya kurus....Bila diberhentikan ubat, najisnya kembali normal tetapi cacingnya masih lagi banyak dan ditambah lagi dengan demamnya yang semakin teruk....Ianya berlaku dalam masa 2-3 hari sahaja, tetapi kesannya amat dahsyat...Kesian PH tengok mereka...Sehingga ke satu tahap, Si Cumie dan Si Bunga sudah berjalan terhuyung-hayang...Berdasarkan 30 tahun PH memelihara kucing, kes-kes penyakit kucing sebegini memang sukar diselamatkan....Peluangnya amat tipis...
Si Bunga pun sama...Semalam PH tengok elok jer dia main-main dengan Hector, tapi bila malamnya badannya menjadi amat kurus secara mendadak manakala terdapat najisnya yang cirit di merata-rata....PH tak sampai hati nak metakkannya di dalam sangkar kerana Si Bunga terkial-kial ingin membuka sangkar itu...Bila melihatkan keadaan itu, PH lepaskan dia di dalam bilik PH...PH biarkan sahaja ke mana dia nak pergi...Yang amat menyedihkan, SI Bunga dah tak mampu nak berjalan...Dia hanya mengesot dan sekali-sekala badannya terkejung seperti terkena sawan....Waktu kejadian ialah pada jam 1.30 pagi, begitu juga dengan Si Cumie....
Sehingga jam 7 pagi, PH menemankan mereka berdua...Biarpun ianya seolah-olah tidak logik, tetapi itulah yang PH lakukan....MH dah puas mengalirkan air mata....Akhirnya tepat jam 7.12 pagi 6 Februari 2012 mereka berdua mati serentak....Air mata PH dah kering masa tu....
Hero dan Oranje suram jer pagi tu....PH tahu Hero juga sedih manakala Si Oranje tidak tahu apa-apa...Oranje ni PH baru kutip dia 2 hari lepas
Pukul 9 pagi PH memulakan kerja-kerja menggali kubur mereka...Masa menggali, ada lebih kurang 10 ekor lipan ditemui...
PH kebumikan Si Cumie dan Si Bunga dikebumikan di dalam satu liang lahad....Memang sayu betul terasa pagi tadi....PH nak update di blog siang tadi tetapi hati PH betul-betul runsing....Baru malam ni PH ok sikit untuk update blog ni...
Nota PH :
Inilah risiko yang perlu ditempuh kalau kita mengutip kucing-kucing di tepi jalan...Vaksin pun kadangkala tidak banyak membantu....Virus ini akan bertindak 'Full Swing' apabila tiba masanya...Pada saat itu tiba, kita perlu bersiap sedia...Kalau beginilah pengakhiran kucing kesayangan yang kutip, tempuhlah dengan seribu ketabahan....
Tiada lagi si kaki terkulai bermain-main dengan ku...
Tiada lagi si manja yang selalu tidur di kaki ini...
Tiada lagi segalanya...
Selamat Tinggal Sayangku...Papa amat sayangkan kamu berdua...
Akhirnya kamu berdua pergi jua, begitu pantas sekali..
Kalau nak tengok macamana Si Cumie bermain dengan lampu laser, KLIK SINI
seidhnya..terigt dekat si buta saye.. :'(....walaupun hanya anak kucing yang mendatang, tapi syg sye kat dia sgt2 tinggi..
ReplyDeletehttp://hariygsanaddindah.blogspot.com/2012/02/selamat-tinggal-sayang-tamat-sudah.html