Mawar Indah Yang Setangkai, Akhirnya Menjadi Sejambak Mawar Idaman
PH ada beberapa ekor kucing baru yang PH tak cerita dengan kalian semua...Jadi, terlanjur ada masa yang terluang ni, PH update mengenai mereka....Baru-baru ini MH terjumpa Si Donut ni kat Dengkil ( KLIK SINI )...MH bagi nama dia donut sebab masa jumpa dia MH tengah makan kuih donut yang manis dan gebu...Kesian betul, kecik-kecik dah takde mak...Kalau kita tak tolong, siapa lagi yang nak tolong mereka....Kalau orang OKU, masing-masing ada persatuan yang boleh membantu...Kalau orang miskin, ada subsidi dan bantuan dan dana yang akan diberikan oleh kerajaan...Tapi kalau haiwan comel yang merempat macam ni siapa yang nak tolong kalau bukan diri kita sendiri....? Kan? Kan?
"Feel" dan "Passion" membela kucing yang dikutip ni amat best.....Dari segi zahir memang mereka ni menjijikkan, tetapi kalau diselami betul-betul kita sebenarnya sedang berhadapan dengan sebuah permata yang amat bernilai...Kita sedang berhadapan dengan tuah...Bukan Hang Tuah yang itu....
Si Donut ni barangkali dibuang, boleh jadi juga tersesat.....Yang lucunya, Abang Iyo pernah kena tampar masa nak menumpang makan RC Kitten dengan Si Donut ni...Adeehhhh senak perut mak...Kesian Iyo....
Dah banyak kali PH letak Si Donut ni kat atas katil dan sofa tidur kucing tapi dia tak mahu juga...Dia nak juga tidur kat atas lantai...PH dapat rasakan yang Si Donut ni dah biasa tidur di atas lantai yang keras....Kesian betul...Lama betul dia tidur tak bangun-bangun....
Bila PH bangun dari tidur, PH terus jenguk dia yang sedang tidur di bawah sisi katil PH...Dia terjaga....Matanya dah dibersihkan pada malam sebelumnya tetapi matanya kembali menjadi berair dan kemudian kering....MH selalu lapkan matanya dengan air suam....Kesian betul Si Donut ni...Tabah....
Ni gambar masa pagi PH tengah bersiap-siap nak pergi kerja....MH dah bagi dia makan awal-awal...Kenyangla tu...Abang-abang dan kakak-kakaknya makan kemudian....Sibuk jer nak kacau adik baru dia makan....
Yang ini Si Bulan, ada seekor lagi namanya Bintang...PH jumpa dia tengah mengiau di tepi tangga di sebuah deretan rumah kedai...Budak-budak kecik ni pemalu la puleekkkk....adehhhh
Masa PH nak pergi makan malam di Restoran Sri Leena, PH terdengar suara anak kucing mengiau....Kesian betul bunyinya macam nak ketakutan...Saksikan video ini tapi visual kurang memuaskan...
Tanpa berfikir panjang, PH angkut jer bawak balik....Perkara membersihkan najis tu belakang kira asalkan mereka ini dibawa ke tempat yang lebih selamat...Kalau kita rasa ianya menjadi masalah, maka masalahlah yang akan timbul....Yang penting, mereka selamat dari ancaman manusia keji dan menjadi mangsa gigitan anjing liar...
Si Bintang ni pandai pula cari katil PH lepas dilepaskan begitu sahaja di dalam rumah...Diam jer dia...Tu baru lepas makan tu....
Adiknya Si Bulan ni agak takut sikit tapi manja...Badan dia kecil sedikit dari Si Bintang...PH tak pasti jantina mereka sebab kecil sangat....
Malam itu juga PH buatkan iklan untuk sesiapa yang nak adopt mereka....Tiga hari telah berlalu, namun belum ada sesiapa yang nak adopt mereka lagi...PH tak putus asa...PH & MH menelefon rakan-rakan FB yang terdekat....
Akhirnya, usaha PH & MH membuahkan hasil..Salah seorang rakan FB terdekat PH iaitu Pn Shira Ghazali bersetuju untuk memelihara Si Bulan dan Si Bintang ni...Alahai bestnya mereka dapat tuan yang baru....Beliau juga turut memelihara Si Yatimah yang diselamatkan oleh Cik Ery Meow ( KLIK SINI )...Ini gambar budak-budak comel ni sebelum bertemu dengan tuan barunya...Ke mana sahaja mesti berdua...Makan pun berdua...Tidur pun berdua...Bayangkanlah kalau mereka dipisahkan...Sedih plak PH membayangkannya...adehhh...
Tepat jam 9.30 malam, Pn Shira dan suaminya datang ke Restoran Sri Leena tempat di mana PH menjumpai budak kecik dua ekor ni....Gambar di bawah ni cerita orang perempuan, PH tak masuk campur....hehehehe
Tak dapat PH nak ceritakan di sini betapa gembiranya di hati apabila dapat menemukan kedua beradik ini kepada tuan yang baru...
Kepada Si Bulan dan Si Bintang, Papa akan sentiasa rindukan kamu berdua....Jangan nakal-nakal di rumah baru yer...Jangan segan makan banyak-banyak...Biar gendut asalkan Mommy kamu senang hati....
Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab....Mia pun mesti tumpang gembira dengan kedua beradik tu.....Mia dah pandai bergaul dengan kucing-kucing kampung yang PH bela....Syabas Mia....Dia baik sangat-sangat dan bersopan santun, lebih-lebih lagi di depan Abang Iyo kesayangannya....
Setelah letih menjilat bulu Mia yang panjang berjela tu, Abang Iyo tidur sampai berkeroh sampai Angry Bird datang pun tak sedar....
Memang PH dedahkan anak-anak PH di dalam perihal membantu haiwan...Sekarang mungkin dia tak ingat sebab dia kecil lagi, tapi apabila mereka terbaca entri ini bila dewasa kelak mereka pasti akan dapat mengingatinya semula apa yang telah dibuatnya semasa kecil dulu....
Mata mereka yang bersinar sudah cukup membuatkan PH tidur dengan lena....Hanya selangkah sahaja lagi yang diperlukan untuk PH membantu rakan-rakan Iyo dan Motet yang merempat di luar sana....
Selagi masih ada hayat, pergunakanlah sisa masa yang ada ni untuk berbakti...Pertolongan antara sesama manusia juga janganlah dilupakan...Kalau ada manusia yang kita bantu, biarlah ianya menjadi rahsia di antara kita dengan Allah SWT....Bagi PH, perihal membantu kucing-kucing ini cerita lain...PH dan rakan-rakan seperjuangan sedang berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni dan modal insan yang menyayangi haiwan....
Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat...Walau bagaimanapun, buat baik tu biarlah berpada-pada dan jangan sekali-kali kita melukai hati orang lain...PH berpesan untuk diri PH sendiri juga....Kesilapan yang lalu jangan dikenang lagi....Kalau nak menangis, menangislah selagi boleh...Kalau nak marah, marahlah selagi daya tetapi janganlah dibiarkan berpanjangan...Kelak nanti membutakan hati dan seterusnya menjauhkan kita dari Yang Maha Esa....
Jadikanlah kesilapan kita yang terdahulu sebagai pengajaran untuk kita melakukannya dengan lebih baik.....Semailah kasih sayang, janganlah disemai kebencian....Itu virus Trojan Masyarakat namanya tu....
Nota PH :
Setiap hari, PH berdepan dengan pelbagai risiko kematian di tempat kerja...Dan dengan itu juga setiap kali PH menulis entri, PH selalu membayangkan bahawa setiap entri blog yang PH karang itu adalah entri PH yang terakhir....Itulah formula sebenar penulisan PH dalam blog Kakimotong ataupun di dalam Majalah Mastika.....
PH beli ke Mia tu? :0
ReplyDeleteYaya,
ReplyDeleteIni cerita bagaimana Mia boleh ada di rumah PH...
p/s : PH tak pernah beli kucing..Dan tidak akan beli... :)
Ini ceritanya :
ReplyDeletehttp://kakimotong.blogspot.com/2011/10/selamat-datang-mia-dan-gholam.html
Cantiknya dorang semua! Tahniah PH! Semoga Tuhan merahmati PH sekeluarga!
ReplyDelete