Andai Aku Masih Berkarya Lagi....
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Walaupun pada hari ini masih ada terdapat sebilangan masyarakat dan pihak berkuasa yang memandang enteng terhadap perihal keehsanan terhadap haiwan, namun begitu ianya bukanlah halangan bagi sesetengah individu dan NGO yang masih bersungguh-sungguh memperjuangkan hak dan pembelaan terhadap haiwan...Semuanya adalah kerana ianya adalah sebahagian dari tuntutan agama dan insani... Tidak kira apa agama yang dianuti, kesemuanya mengajar ke arah kebaikan....Ada sesetengah agama yang begitu memandang mulia terhadap haiwan sehingga memujanya...Ini adalah kerana haiwan tersebut dipandang kerana keistimewaannya yang tidak terdapat pada manusia...
Pada hari ini, syiar Islam semakin berkembang di seantero dunia walaupun masih lagi diinjak-injak...Sebagai umat Islam, di antara ajaran Islam yang wajib kita patuhi ialah menjaga kebajikan haiwan tidak kira apa alasan sekalipun..Islam tidak mengajar penganutnya mendera haiwan, memukul dan membaling anjing dengan batu serta sesuka hati menghumban mereka dari atas bangunan...Sekiranya ini berlaku, ketahuilah bahawa laporan kepada pihak polis boleh dilakukan kerana ini adalah merupakan satu acara jenayah di bawah Seksyen 429 Kanun Keseksaan di mana hukuman yang menanti jika disabitkan kesalahan ialah penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali....Namun yang demikian, perkara ini masih lagi berlaku sehingga kini akibat sikap tidak berani sesetengah individu atau saksi untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa...Kepada pihak berkuasa pula, pemimpin yang tertinggi wajib melakukan sesuatu untuk menyiasat dan membanterasnya walau apa jua alasan sekalipun sekiranya ada aduan dan bukti yang kukuh diajukan serta disabitkan kesalahan...
Semakin hari, semakin ramai manusia yang mengambil pilihan untuk menyelamatkan haiwan-haiwan yang tidak bernasib baik terutamanya kucing dan anjing...Ini adalah satu petanda yang positif dan bakal mendatangkan manfaat untuk generasi yang akan datang..Para ibubapa sudah mula berminat untuk mengajar anak-anak mereka bagaimana untuk menyantuni haiwan...Para guru sudah mula menerapkan nilai-nilai positif dan menggerakkan risalah-risalah pencinta haiwan kepada anak muridnya....Sebahagian penguasa tempatan juga sudah mula melakukan gerak kerja untuk membantu golongan-golongan yang gigih memperjuangkan nasib haiwan terbiar...Kita sememangnya tidak akan boleh melihat kesannya pada masa sekarang, tetapi PH amat optimis di mana kesannya akan timbul di generasi yang akan datang nanti....Anak-anak kita akan menjadi lebih baik budi pekertinya, masyarakat akan menjadi lebih penyayang dan modal insan di sektor kehaiwanan dan veterinari akan dilihat lebih profesional...PH sangat yakin bahawa sekiranya kita bersatupadu meneruskan perjuangan ini, sektor ini bakal mendapat permintaan yang sangat tinggi dan bakal meningkatkan ekonomi negara dan mempertingkatkan bidang penyelidikan sains dan teknologi perubatan veterinar ( R&D )...Manalah tahu satu hari nanti rakyat Malaysia akan menjadi orang yang pertama dapat mencipta penawar bagi virus-virus kucing berbahaya yang sehingga kini tiada ubatnya....
Taman-taman haiwan yang diwujudkan juga bakal menarik minat pelancong tempatan dan luar negara....Siapalah tahu ianya mungkin akan menonjolkan nama Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai ramai komuniti pencinta haiwan...Sekiranya ada promosi yang bersepadu, tidak mustahil akan ada aktivis haiwan dari serata dunia yang akan datang menziarah Malaysia untuk melihat sendiri dan mempelajari bagaimana rakyat Malaysia mengendalikan taman-taman yang menempatkan haiwan-haiwan yang terbiar dengan cara yang unik dan tersendiri...Maklumlah, orang tua-tua kita mempunyai banyak rahsia dan petua yang mungkin sangat berguna untuk dimanfaatkan di seluruh dunia...Manalah tahu kan...??? Yang penting, kita semua perlu bersatu padu untuk mendukung perjuangan ini...Pihak penguasa tempatan perlu bersama-sama rakyat untuk dijadikan sebagai penggerak utama dan pendorong....PH rasa, ini sangat mendatangkan kesan terhadap kredibiliti terhadap pemimpin di sesebuah negeri dan akan meningkatkan lagi rasa sayang dan kepercayaan dari rakyat kepada mereka kerana telah menzahirkan apa yang rakyat mahukan...Rakyat sangat mendambakan sesuatu perlu dilakukan bagi memperkasakan Akta Binatang 1953 dan mewujudkan taman-taman haiwan bagi menempatkan haiwan-haiwan yang terbiar....
Si pendera haiwan yang rakus juga akan menjadi semakin takut kepada kedaulatan undang-undang sekiranya 'enforcement' yang konsisten dapat dilakukan memandangkan rakyat kini telah bersetuju sebulat suara untuk membanteras kekejaman terhadap haiwan yang semakin berleluasa sekarang....PH sendiri telah melihat perkembangan yang sangat positif dari Facebook Kakimotong Fan Club dan di halaman Facebook pencinta haiwan yang lain di mana ramai pelayar internet dari Jerman, Australia, United Kingdom, Perancis, Amerika dan Rusia telah memuji sikap rakyat Malaysia yang bersatupadu membantu haiwan-haiwan yang sakit yang telah diiklankan di Facebook...Ketahuilah bahawa perkara sebegini tidak banyak berlaku di negara mereka kerana rakyat di sana lebih gemar menyalurkan sumbangan kewangan secara terus kepada NGO aktivis haiwan yang berkaitan dan melihat NGO tersebut yang melakukan gerak kerja berbanding mereka sendiri yang melakukannya...Syabas rakyat Malaysia kerana usaha ini sedikit sebanyak telah membuka mata mereka dan memberikan idea bagaimana untuk mendapatkan bantuan yang pantas melalui Facebook...Rakyat dari luar negara kini telah sedar bahawa kini sebutir mutiara yang baru di dalam komuniti pencinta haiwan di dunia iaitu negara MALAYSIA....Pihak penguasa tempatan dan kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan seharusnya mengambil peluang ini untuk memartabatkan lagi nama Malaysia di serata dunia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum yang bersatupadu di dalam perihal menyelamatkan haiwan....
Lupakan sejenak tentang segala perkara-perkara yang negatif kerana jika kita fokus ke arah itu ianya tidak akan membawa apa-apa keuntungan melainkan kemusnahan semata-mata...Ironinya, sebagai individu yang berperibadi tinggi kita perlu ketepikan semua itu demi menjadi pembesar suara kepada makhluk yang tidak mampu bersuara....Mereka sangat mengharapkan kita untuk menjadikan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik walaupun pada hakikatnya ianya bukanlah suatu kehidupan yang sempurna....Kehidupan ini adalah lakonan semata-mata, justeru itu sebagai khalifah kita perlu 'melakonkannya' dengan sebaik mungkin diiringi dengan usaha dan ikhtiar yang ikhlas dan mantap dari segi pelaksanaan dengan berlandaskan kalimah Lillahi Taala....In Shaa Allah negara akan menjadi lebih makmur, tenteram dan berkebajikan...Senario ini akan membuatkan rakyat akan lebih bahagia kerana mereka ada aktiviti yang bermanfaat di hujung minggu untuk mengubah hobi menyayangi haiwan sebagai satu tanggungjawab pula....Permuafakatan di antara kaum yang berbilang bangsa dan agama juga akan menjadi lebih utuh dek kerana mempunyai minat yang sama....Inilah yang rakyat Malaysia mahukan...!!!!
Nota PH :
Bukanlah harta dan kemewahan yang PH inginkan...Apa yang PH ada sekarang ni pun dah lebih dari apa yang ada walaupun pada hakikatnya masih ada banyak lagi yang kurang...Haiwan mengajar PH erti kesyukuran...Menegakkan kalimah Ya Rabbi dan menjaga kebajikan haiwan adalah di antara satu tamparan hebat bagi PH di dalam meneruskan perjuangan hidup ini...Mengajak sesama insan untuk bersama-sama melayari bahtera perjuangan ini seringkali disalahertikan oleh mereka yang ego dan berfikiran negatif...Akan tetapi, dek kerana kejayaan demi kejayaan yang telah ditempa oleh PH dan rakan-rakan adalah bukti bahawa Allah SWT telah bersama-sama dengan kami di dalam perjuangan ini...PH amat bersyukur kepadaNya kerana masih memberi kekuatan hati untuk terus berkarya disamping melaksanakan tugas sebagai seorang anak, bapa, suami dan menjalankan gerak kerja membantu haiwan-haiwan yang memerlukan....Ketahuilah bahawa cabarannya bukanlah pada haiwan yang sakit, tetapi pada sesama manusia itu sendiri yang selalu mencari salah orang lain walhal diri sendiri tidak pernah melakukan apa-apa...Menggunakan wang sebagai 'hantaran' untuk menjulang nama bukanlah sesuatu yang diperlukan di dalam perjuangan ini....Terlebih dahulu, apa yang diperlukan ialah ehsan sesama manusia...
Haiwan mengajar PH untuk menjadi lebih berani di dalam membuat sebarang keputusan...Haiwan juga mengajar PH bagaimana untuk membuat keputusan yang tepat....KepadaMu Ya Allah, berikanlah kepada diri ini akan ilham-ilham dan idea untuk terus berkarya demi untuk meneruskan perjuangan ini sebelum diri ini menutup mata buat selama-lamanya...Sesungguhnya, setiap karya yang dihasilkan dari sekujur tubuh yang kerdil ini tidak lain tidak bukan adalah kerana Lillahi Taala...Hakikat pahit maungnya biarlah PH simpan sebagai pengalaman hidup....Sesungguhnya perjuangan diri ini bukanlah untuk mencari perbezaan, tetapi adalah untuk mencari persamaan...
Setiap zaman dan juga tempat...
Mestilah wujud pembela umat...
Penyebar ilmu dan pembawa rahmat...
Tetap berjaya walaupun cuba disekat...
Kepada Allah SWT syukur dipanjat...
Memilih kita sebaik umat...
Sebagai penyebar ilmu dan pembawa rahmat...
Semoga hidup kita membawa berkat....
Comments
Post a Comment