4 Ekor Anak Kucing Dibuang Tanpa Ibunya

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Entah bila agaknya nak berakhir siri pembuangan kucing di Malaysia ni...Manusia ni memang tidak pernah serik akan kesalahan yang dilakukannya...Apabila rezeki tersekat pandai pula nak mengeluh bagai...Apabila seseorang manusia itu melakukan kemungkaran ( termasuklah membuang kucing ) maka tidak mustahil akan ada ujian besar yang menimpa mereka...Kalau tidak berlaku di dunia, ianya akan ditunda sehingga ke hari akhirat kelak...

Pada dua hari yang lepas ( 8 Februari 2013 ) PH singgah makan di Restoran Jamek Maju di Pekan Semenyih...Kesemua staf di restoran ini bagaikan keluarga kedua PH kerana mereka sangat baik dan peramah....Mereka juga terkejut apabila mengetahui nasib yang menimpa Si Jamek ( KLIK SINI )....Pada lewat petang itu, PH dimaklumkan oleh pemilik restoran ini iaitu Encik Hashim bahawa beliau ternampak ada sebuah van telah meletakkan sebuah kotak di tengah-tengah jalan berhampiran dengan restoran beliau lalu terus beredar dengan pantas...Beberapa saat kemudian beliau terdengar ada bunyi-bunyian kucing dari dalam kotak tersebut...Kini sedarlah beliau bahawa pemandu van tersebut telah membuang kucing...Di tengah-tengah jalanraya yang sibuk itu ada sebuah kereta yang nyaris melanggar kotak tersebut dan dengan pantas beliau berlari ke arah kereta tersebut lalu menahan kereta tersebut dari melanggarnya...Apabila melihat kandungan di dalam kotak tersebut, sangkaan beliau adalah tepat sekali...Ada empat ekor anak kucing tanpa ibu telah ditinggalkan begitu sahaja oleh pemandu van itu tadi...Dengan keehsanan beliau, kesemua kucing tersebut telah ditempatkan di dalam peti ais buruk di belakang restoran beliau...



"Abang, tadi saya jumpa anak kucing ada orang buang...Saya nampak itu pemandu tapi tak sempat nak kejar...So saya letakkan dalam peti ais ni takut dia lari nanti kena langgar...Itu akak ( tukang masak ) sudah taruk makanan dalam itu peti ais...Saya tak taulah dia makan ke tak..."

"Owh ye ke..??? Takperlah bang...Biar saya tolong abang bawak balik itu kucing...Terima kasih sebab tolong selamatkan kucing tu..." ujar PH pada Encik Hashim secara ringkas memandangkan PH melihat beliau sedang sibuk melayani pelanggan yang datang tidak putus-putus...

Keadaan keempat-empat ekor anak kucing itu sangat menyedihkan....Yang paling PH kesal sekali kucing ini dibuang tanpa ibunya...PH pun tak tahulah di mana letaknya akal orang yang membuang kucing ni...Kat tengah-tengah jalan pulak tu...Aduh laaa....PH ambil gambar ni secara senyap-senyap sebab mereka semua tengah tidur...



Bila PH panggil ajer, mereka terjaga dan mengiau dengan kuat sekali....Alahai comel-comel dan gemuk-gemuk semuanya....



Seperti kebiasaan, PH akan merakamkan detik-detik keadaan setiap kucing-kucing jalanan yang PH jumpa di tempat asalnya sebagai diari kehidupan PH sendiri....Sila klik video di bawah untuk PLAY...



Ini pula detik-detik bagaimana PH mengalihkan kucing-kucing ini ke dalam kotak untuk dibawa pulang ke rumah...



Kemudian pada petang itu juga PH iklankan kucing-kucing malang ini ke dalam Facebook Kakimotong Fan Club bagi mencari pihak yang boleh menjadi keluarga angkat kucing ini...Alhamdulillah, pada hari yang sama ada seorang individu yang sudi menjadi keluarga angkat kucing-kucing malang ini...Beliau adalah Puan Ida Noryani Alias ( nama Facebook )...Insyaallah dalam minggu depan beliau akan datang ke rumah PH untuk mengambil kucing-kucing ini...



Nota PH :

Sikap sebeginilah yang PH selalu war-warkan di dalam blog dan Facebook...Kalau ternampak kucing yang memerlukan bantuan, bantulah ia...Kalau tak dapat bawa balik, tempatkanlah ia di tempat yang selamat dan kemudian FOLLOW UP....Ambil gambar dan berikan maklumat spesifik di Facebook untuk meminta bantuan...Banyak page-page pencinta haiwan di Facebook yang boleh membantu untuk menyebarkan maklumat...Kalau sampai malam takde orang nak ambil, belikanlah sangkar untuk mereka dan jagalah mereka buat sementara waktu...Sangkar yang kecil tu pun dalam RM50 jer...Tak rugi kalau kita sama-sama membantu haiwan yang selalu menjadi mangsa keadaan manusia yang rakus...Segala perbuatan kita itu pasti akan ada natijah yang baik untuk saham kita di dunia dan di akhirat kelak...Itu semua adalah ujian yang Allah turunkan di hadapan mata kita untuk menguji sejauh mana keehsanan kita terhadap makhluk ciptaanNya...


Kepada Encik Hashim dan Encik Mostapha, PH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah mengambil inisiatif untuk menyelamatkan kesemua anak kucing tersebut...Beliau tidak mampu untuk memelihara mereka memandangkan sibuk dengan perniagaan tetapi sekurang-kurangnya beliau telah berusaha dan berikhtiar....PH doakan agar perniagaan beliau maju jaya...Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan buat kalian semua yer...

Comments

  1. Alhamdulillah...mudah2an kesedaran msykt kita pd kebajikan haiwan mkin meningkat.

    ReplyDelete
  2. Sayapun baru jumpa anak kucung tanpa ibu, sebaya yg papa hero nilah, org buang, dah iklan di KTAJ tp takde pun yg sudi

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedih sgt sy smpi xsggp nk bace smpi habis.sy pnh alami situasi mcm ni.tmpt sy kje(hospital) ni mmg byk kcg terbiar.sy mmg bg kcg2 ni mkn wpun dry food je & kdg2 bg mknn yg sy mkn.tp yg sedihnya bile ade pihak yg x sng dgn tindakan sy.dorg tgkp kcg2 ni dan buang tah di mana.baru2 ni 2 ekor kitten terpisah dr ibunya.sy sebak setiap kali terdgr ibunya memanggil ank2nya yg ntah ape nasib mereka

    ReplyDelete
  4. Jangan kata manusia x abis2 buang kucing.. Manusia yg buang bayi pun pun x abis2... Huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular