Lagi 16 Ekor Kucing Berjaya Dikeluarkan Dari Pusat Kurungan Haiwan Pihak Berkuasa
Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Dihormati....
Semalam ( 7 Februari 2013 ) adalah merupakan batch yang ke-12 berturut-turut NGO Team HERO ( Pertubuhan Aktivis Haiwan ) telah mengeluarkan 16 kucing-kucing yang ditangkap di sekitar Kuala Lumpur dari Pusat Kurungan Haiwan DBKL Setapak ....Alhamdulillah, meskipun impaknya mungkin kecil bagi sebilangan orang tetapi bagi Team HERO tiada apa yang lebih menggembirakan selain dari melihat kucing-kucing yang menjadi mangsa keadaan mendapat kembali hak mereka untuk hidup di atas muka bumi ini....Jutaan terima kasih juga kepada pihak pengurusan tertinggi Jabatan Kesihatan DBKL kerana sudi menjadikan usaha kami sebagai salah satu langkah untuk mendidik masyarakat yang seringkali meletakkan masalahnya ke atas bahu orang lain....Untuk makluman, pihak DBKL juga telah memberi jaminan bahawa tiada lagi pelupusan kucing ( di bawah Akta Kacau Ganggu ) akan dilakukan...Usahlah kita fokus kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas, tetapi sebaliknya kita perlu fokus kepada sikap tidak bertanggungjawab orang yang suka membuang kucing merata-rata...Jangan hanya lihat perkara yang tersurat sahaja, tetapi lihatlah yang perkara yang tersirat sekali MENGAPA keadaan menjadi sedemikian rupa...Ayah PH pun seorang pesara DBKL tau...
Pada petang itu hujan turun dengan separuh lebat...PH dan Saudara Firdaus ( Uncle Angah ) yang menjalankan misi pada hari itu selain dari MH dan si kembar....Balik jer jemput si kembar dari sekolah di Semenyih PH terus ke Setapak...Keadaan kereta yang dah macam tin sardin ni adalah pemandangan biasa bagi Team HERO...Kereta Dr. Azlan lagi dahsyat sampai senget sebelah absorber kereta dia....hehehehehe...
Sampai jer di rumah PH cepat-cepat PH talakan kipas ke arah mereka biar kurang stress...PH tersenyum lebar bila melihat sebilangan besar mereka makan dengan lahap dan minum dengan gelojoh....Ini bukan bermaksud pusat kurungan haiwan tu tak bagi makan, tapi oleh sebab mereka berhimpit-himpit di dalam sangkar dan panas barangkali...Maklumlah, Team HERO takde lori nak bawak mereka....Keadaan pusat kurungan haiwan DBKL pun sangat memuaskan...Tempat tu bersih selain makanan dan minuman pun ada disediakan....Tiada apa yang perlu dirisaukan....
Ini adalah di antara si tecit kegemaran PH...Dulu matanya berselepet dengan taik mata tapi sekarang matanya dah bulat sebab PH dah bersihkan dan bagi ubat mata....Hobinya suka gigit seluar PH bila dikeluarkan dari sangkar...Setiap hari, PH akan cuci mata mereka yang selepet dengan taik mata, berikan antibiotik, ubat cacing, ubat mata, Lysine dan Vitamin B Complex ( penambah selera makan )...PH melakukannya dua kali sehari tapi ubat cacing beri sekali jer....Setiap sesi pemberian ubat dan pembersihan tempat tinggal sementara mereka memakan masa minimum satu jam...paling lama tiga jam sebab nak cuci sangkar...Bekas makanan perlu diperiksa dengan kerap kerana bimbang ada kucing yang kencing dan berak kat dalam bekas makanan tu....
Namun begitu, ada beberapa ekor kucing yang terpaksa PH asingkan...Ini adalah berikutan dikhuatiri mereka dijangkiti virus yang merbahaya seperti Parvo....Kalau lebih dari seminggu mereka masih hidup, kemungkinan besar mereka bukan dijangkiti oleh virus berkenaan...Mungkin disebabkan bakteria sahaja...Mereka semua telah kehilangan ibu....Doakanlah semoga mereka sihat yer...Ketiga-tiga ekor kucing kat dalam sangkar ni PH dah bagi makan ubat...
Ni namanya Si Abang...Dah dua bulan dia tinggal di rumah PH...PH pun tak ingat dia ni kucing DBKL batch yang keberapa...Si Abang ni jalan pun menyeret jer...Kaki belakang sebelah kanannya mungkin lumpuh....Dulu muka dia hodoh sangat...taik mata dan hingus berselepet di keseluruhan mukanya...Matanya langsung tak boleh dibuka....Alhamdulillah sekarang Si Abang ni dah hensem semula....Selera makan pun 'azab' ( pinjam ayat Dr. Zul ) hehehehe...PH rasa Si Abang ni dibuang oleh pemiliknya sebab asyik kencing merata-rata...Inilah akibatnya kalau kucing jantan tidak dimandulkan...Membuang kucing tidak menghalalkan dosa yer...
Baru-baru ni jer PH dengar dia mengiau...Sebelum ni PH ingat dia bisu...Alhamdulillah, kesihatannya nampak semakin baik sekarang....Bila dia dah ok sepenuhnya, in shaa Allah PH akan bawa dia jumpa doktor untuk mendapatkan suntikan vaksin....Suka PH bila melihat dia minum dengan hepi....
Ini pula seekor kucing malang yang PH bawa pulang dua hari yang lepas...PH jumpa dia di sudut gerai makan di hadapan gedung pakaian Ten Ten Semenyih....Dia terpaksa bernafas dengan penuh susah payah akibat rongga pernafasannya tersumbat teruk...Nampaknya dia terkena flu yang kronik....Badannya kurus kering dan nampaknya dia nyahhidrat ( kurang air di dalam badan )...Hmm apalagi, angkut jugalah bawak balik....
Selepas mukanya dibersihkan dan diberikan antibiotik, kucing ini sudah nampak berseri sikit riak wajahnya walaupun masih sugul...PH berikannya air yang disapu dengan Minyak Magnetic Aura ( KLIK SINI ) sebanyak yang mungkin secara paksa dengan menggunakan picagari...Tak susah pun sebab dia ni masih lemah....Prosesnya perlu dilakukan secara perlahan-lahan kerana dikhuatiri kucing akan tersedak dan air masuk ke dalam paru-paru...Sehingga entri ini ditaip, kucing ini sudah boleh minum sendiri....Apa yang perlu pada kita hanyalah tetapkan matlamat dan fokus untuk berusaha menyembuhkannya...Dan lagi satu, tak boleh ada sifat geli geleman...Redah jer...Kalau PH nak cepat, PH kaut taik kucing pakai tangan kiri jer pastu basuh dengan Dettol...huhuhuhu
Nota PH :
Untuk apakah PH menyiarkan cerita-cerita sebegini...??? Kalau PH terangkan sekalipun, lain orang lain tafsirannya....Kalau positif seseorang itu, maka positiflah tafsirannya...Begitu juga jika sebaliknya,...Ada jer nak cari salah, kan...?? Sudah-sudahlah tu....Jadi, sebagai seorang insan yang matang PH rasa kalian semua tahu apa moral of the story untuk entri kali ini....
Selagi ada kudrat, berbaktilah selagi ada nyawa....Kalau berbakti kepada sesama manusia, ada benda yang boleh dicerita dan ada yang tidak boleh...Kenapa ada benda yang tak boleh dicerita plak yer...?? Kerana itu adalah rahsia kita dengan Allah SWT yakni saham kita di akhirat kelak...kalau cerita lebih-lebih takut hilang pula pahalanya nanti...
Kalau berbakti dengan haiwan ianya wajar diceritakan sebagai testimoni untuk kita contohi bersama demi menjadi suara kepada haiwan yang tidak mampu bersuara...PH hanya mencari persamaan, bukan mencari perbezaan...PH tahu ada di kalangan pembaca yang lebih pakar dari PH...Jadi, apa salahnya jika dikongsikan bersama...?? Kan..?? Kan...?? Kalau manusia susah, mereka boleh bersuara kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ahli politik....Kalau haiwan nakkan hak mereka, kepada siapa mereka nak bersuara selain dari kita....Kan..??
Jom LIKE Page NGO Pertubuhan Aktivis Haiwan ( KLIK SINI )
Teruskan usaha PH....CERITAKAN APA SAJA YG TELAH PH LAKUKAN UTK KUCING2 TERBIAR INI AGAR DAPAT DICONTOHI DAN DIJADIKAN IKUTAN...pada sy tak salah langsung...saper x suka x perlu lah nk jengok page nie....cari lah page yg diaorg suka sbb PAGE INI DIBUAT AGAR DAPAT MEMBELA NASIB HAIWAN2 TERBIAR DAN YANG AMAT MEMERLUKAN PERTOLONGAN KITA....gaya penulisan saudara PH telah byk memberikan MOTIVASI & SEMANGAT pada saya agar lebih SENSITIF dgn nasib kucing2 jalanan di tmpt sy....STEADY BRO....!!!!!
ReplyDeletekesian tgok kucing2 tu. semoga ia baik2 saja dibawh penjgaan team ini. :)
ReplyDeletememberi kehidupan kpd haiwan, amalan muliaaa.... ida jugk seorg pencinta kucing..... dh like...
ReplyDeleteUsaha yg ikhlas akan dirahmati Allah...
ReplyDeleteUsaha yg ikhlas akan dirahmati Allah...
ReplyDeleteassalamualaikum..sayu melihat keadaan kucing2 yg diselamatkan..semuga Allah memberikan ganjaran buat PH & rakan2 atas usaha murni yg dijlnkan..saya adalah sorg pesakit overlap SLE & memelihara 3 ekor kucing..walaupun sering on-off dgn penyakit tapi saya tidak sampai hati utk melepaskan @ membuang kucing yg telah dijaga hampiur 10 tahun (kucing parsi)..pernah terfikir utk membuangnya dulu.. kerana bila penyakit on tgn saya sakit (bengkak) & sukar utk mencuci sangkarnya.. tapi saya menangis sendiri..takut dia tidak blh hidup sendiri.. :( tahniah buat PH & rakan2..
ReplyDelete