15 Ekor Kucing Yang Hampir Dilupuskan Berjaya Diselamatkan

Assalamualaikum dan Salam Muhibah Buat Para Pembaca Sekalian Alam...

Fuh...!!!! Dah lama PH tak update blog...Rasanya dah hampir sebulan lamanya blog ni terbiar seperti kucing terbiar...Nasib baik belum bersawang lagi, kan...??? Untuk entri kali ini PH nak bercerita sedikit tentang apa yang berlaku masa PH, Uncle Angah dan Nizam pergi ke DBKL baru-baru ini....

Pada tanggal 23 Jun 2013 bersamaan dengan hari Ahad, tepat jam 8 pagi kami bertiga bertolak menuju ke DBKL Setapak untuk mengeluarkan kucing-kucing yang telah ditangkap...Uncle Angah dan Nizam keletihan sehingga terlelap di dalam kereta...Mereka baru sahaja selesai menjalankan tugas di tempat kerja...Namun begitu, dek kerana komited dengan tanggungjawab sosial terhadap kucing yang teraniaya mereka sanggup turun padang juga...Ini semua adalah dengan izin dari Allah SWT yang memberikan kekuatan dan kudrat kepada kami semua...Hari tu PH yang memandu kereta Uncle Angah...



Lebih kurang jam 9 pagi, kami tiba di Setapak dan singgah di warung mamak dulu untuk sarapan pagi...PH memandu perlahan pada hari tu sebab mengantuk tak cukup tidur...Badan pun sakit-sakit...


Lebih kurang jam 10 pagi, kami semua telah memulakan tugas mengeluarkan kucing-kucing dari sangkar...Sebanyak 15 ekor kucing telah menunggu masa untuk Check In ke Kakimotong Cat Village...Kasihan betul...Banyak betul orang buang kucing sekarang ni...Lepas tu tak pasal-pasal mereka ditangkap oleh pihak berkuasa sebab kena repot dikatakan mengganggu ketenteraman awam...Bagi PH, orang yang membuang kucing ini adalah si pelaku kejam yang sebenar-benarnya....Pihak berkuasa hanya menjalankan tugas mengikut perundangan akta PBT yang sedia ada...



 Hampir satu jam kami berada di sana...Alhamdulillah semuanya dah selesai...Walaupun penat tetapi hati kami puas dan lega kerana dapat mengeluarkan mereka semua...


PH dan Uncle Angah bergambar kenangan bersama kucing yang dikeluarkan...Tetapi tugas kami belum selesai lagi...Kucing-kucing yang berjaya dikeluarkan pada hari itu akan dibawa ke perkampungan kucing Kakimotong Cat Village...


Sebelum memulakan perjalanan pulang pulang, kami sempat bergambar kenangan bersama...Masa pulang pun PH yang pandu kereta...


Semasa di dalam pemanduan pulang, PH terperasan Angah terlelap di kerusi belakang...PH tahu dia sangat letih dan kurang tidur...Namun begitu semangatnya cukup kuat demi kucing-kucing yang bernasib malang...


Kucing-kucing yang dikeluarkan pada hari itu juga kelihatan seperti sedang letih...Mereka terlalu letih akibat dikurung sebegitu lama barangkali...PH tahu tahap stress kucing-kucing ini masih berada di tahap yang tinggi...Bau hamis di dalam kereta usah dicakaplah, namun kesemuanya telah kami tempuh bersama dengan tekun dan sabar...Kalau kita sama-sama pikul berat yang ditanggung, In Shaa Allah ianya akan menjadi ringan...Inilah namanya berkat...


Kami tiba di sana lebih kurang jam 12 tengahari...Sempat juga singgah Mc Donald sebab itu jer yang ada masa kat Hi Way..Uncle Angah belanja ( terima kasih Ngah )... Sambil makan tu anak-anak bulus yang sedia ada mula nak mengecek burger....


 Ni namanya Si Abang..Dia adalah kucing yang pertama menjejakkan kaki ke Cat Village ini...Masa baru sampai, badan dia kurus sangat, lepas tu demam dan selesema...Ada kurap di mukanya...Alhamdulillah sekarang dia dah sihat dan cergas...Walaupun muka dia nampak ganas, tapi dia sangat manja dengan orang, terutamanya dengan PH....hehehehe


Kucing-kucing yang baru dikeluarkan tadi sudah tidak sabar untuk dilepaskan...Kesian apabila PH mendengar suara mereka mengiau merayu-rayu...


PH biarkan sekejap mereka di cahaya matahari yang terik tetapi redup biar bulu mereka kering sedikit...Angin berlalu sepoi-sepoi bahasa diiringi dengan bunyi kambing mengembek dan air sungai berhampiran yang mengalir....


Semasa PH dan Angah sedang sibuk melepaskan kucing-kucing yang berada di dalam sangkar hitam, Nizam pula sedang sibuk membebaskan kucing-kucing yang berada di dalam sangkar mudah allih pula ( mobile carrier )


Kesian budak-budak ni...Masih lagi terlalu kecil untuk menempuh alam dunia yang penuh pancaroba ini...Kebanyakan mereka kelihatan sangat kurus...MH pula menggalas tugas untuk menjaga kesemua perihal kebajikan mereka dengan membersihkan dan memberi mereka makan secukupnya...


Kami semua berasa sangat teruja apabila dapat mengembalikan hak mereka walaupun mereka ni hanyalah kucing...Kucing juga mempunyai perasaan dan bernyawa seperti kita...Ketika ini, mereka kelihatan keliru, lapar dan menggigil...Tapi Alhamdulillah mereka sangat berselera untuk makan...


Beginilah saat mereka dilepaskan semula ke Kakimotong Cat Village...Klik untuk main video...


Anda boleh melihat banyak lagi video dan lihatlah sendiri bagaimana mereka kembali memperolehi hak mereka ( link

Nota PH :

Alhamdulillah, kami telah berjaya melaksanakan tanggungjawab sosial ini buat minggu yang ke-33 berturut-turut...Ianya mungkin tampak mudah bagi sesetengah orang, tetapi cubalah lakukannya...Kalau tiada sikap sabar dan istiqamah, tidak mungkin ianya akan berjaya dilakukan...

PH dan Team HERO sangat berharap agar sekalian masyarakat akan menjadi seorang yang lebih menghargai nyawa pemberian Allah SWT walaupun ianya adalah nyawa seekor anak kucing...Berikanlah pertolongan dan bantuan kepada mereka mengikut kadar yang semampunya...Kalian PASTI BOLEH...!!!


Untuk mencari salah orang lain memang mudah...Tiada siapa yang mampu menilai keikhlasan hati orang lain kerana sesungguhnya nilai sesebuah keikhlasan itu hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya...Dan kami juga tidak mampu memuaskan hati semua orang...

Team HERO bertekad akan meneruskan usaha ini disamping mendidik masyarakat agar sama-sama membanteras gejala pembuangan kucing yang semakin tinggi angkanya saban hari...Kami hanya mampu melakukannya secara sederhana...

Bawa-bawalah muhasabah diri kalau kita terasa seperti ingin berbuat demikian ( membuang kucing )...Mungkin tiada orang yang melihat perbuatan kita, tetapi Allah sentiasa melihatnya...Segala apa yang kita buat di atas dunia ini pasti akan ada balasannya di akhirat nanti walaupun hanya sebesar zarah...Dunia adalah jambatan untuk akhirat, yakni kehidupan yang kekal abadi...

( Klik Untuk Main Video )


Selagi ada hayat, PH dan Team HERO akan cuba berusaha sedaya upaya mengikut kemampuan yang sedia ada di dalam usaha mendidik masyarakat...Dengan kudrat pemberian Ilahi, doakanlah agar segala usaha kami bakal mendatangkan natijah yang baik demi membela nasib haiwan yang selalu menjadi mangsa kecuaian manusia...Sama-samalah kita berganding bahu berusaha melahirkan modal insan yang menyayangi haiwan...In Shaa Allah, negara kita pasti akan lebih aman dan makmur walaupun selepas kita pejamkan mata buat selama-lamanya nanti...Kami tidak akan mampu melakukannya sendirian, melainkan bantuan serta doa-doa tulus dari kalian semua....PH tahu ramai di antara kalian yang sangat arif dan aktif menyelamatkan kucing-kucing jalanan...Teruskanlah usaha murni itu yer...

In Shaa Allah semua amal jariah kita pasti akan diperhitungkan di hari pembalasan kelak...Dalam pada itu, didiklah anak-anak kita agar menyayangi haiwan...Merekalah penyambung perjuangan kita untuk generasi yang akan datang....

Salam Sayang dari Team HERO buat semua....

Steady Semua...!!!!

Comments

  1. Nanti kalau dah terlampau ramai.kat Cat Village PH nak buat macam mana? Tak xuba cari adopter ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing2 DBKL memang for adoption, sila tgk entry yg lepas2 yer

      Delete
  2. Sy trut gembira bdk2 ni dselmtkn oleh team hero....kecian sgt tgk bdk2 bulus ni d perlakukan cm 2...d buang merata2 dgn klparan ny...:-(
    Tahniah PH n team HERO

    ReplyDelete
  3. Sslam PH..nekcik ada 6 ekor kucing dewasa dsn 6 ekor babies..bru 2 minggu...nekvik kna kurung jugak mereka dlm kandang 2 tinhkat sbb diorang suka msin kst jalanraya...diorang mskan friskies...minyak ikan..ubat cacing dan suntikn imunisasi...kami sekeluarga mmg suka kucing..masaalahnya dah terlalu ramai dan kawasan tanah langsung tak ada. ..ibu ni pulak setiap 3 bulan mula nak mengawan..ibu ni kacokan parsi dan anak anak pun kacukan pelbagai...makan minum mereka ok takde hal..masaalahnya takde kawasan....boleh PH bagi cafangan nsk bust macam mana...mmg mcm tak sanggup nak berpisah dan pisahkn mereka...diorang ni da mcm family jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. nekcik kenalah mandulkan kucing2 dewasa agar populasi mereka terkawal

      Delete
  4. Neuter la kucing2 tu nekcik.lagi lama dibiarkan lagi bertambah2 la kucing kt rumah nekcik tu

    ReplyDelete
  5. bilalah di kuantan nak ada tempat perlindungan kcg mcm ni, supaya terbela nasib2 kucing jalanan. Semuga papa hero dan kekawan dimurah rezeki, diberkati, dilindungi dan semua yg baik baiklah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular