Pangkin Buluh Untuk Si Comel

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Alhamdullillah, syukur sangat ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya banyak aktiviti dari beberapa pihak yang menyelamatkan haiwan jalanan terutamanya kucing telah berlangsung dengan begitu jaya sekali...Ini adalah petanda bahawa tahap kesedaran menghargai nyawa kucing telah meningkat...Tidak mengapa kalau kita tidak mampu untuk berjuang demi haiwan, tetapi sekurang-kurangnya bantulah mereka yang bertungkus lumus memelihara hak mereka...

Bulan lepas adalah bulan mencari buluh...PH cadang nak buat pangkin buluh untuk si kembar duduk berteduh...Alang-alang tu boleh juga dibuat tempat kucing-kucing bermain di Cat Village yang sedang dibangunkan secara perlahan-perlahan mengikut kudrat dan kemampuan yang PH ada...Dah lama PH tak redah hutan...Hutan belukar yang PH redah tu memang tebal...Macam-macam bunyi ada...Tapi yang bestnya suasananya dingin dan sejuk walaupun matahari terik...


Dengan berbekalkan sebilah parang tebas PH pun masuk ke dalam hutan yang jauhnya lebih kurang 200 meter dari jalan besar...Nak kata takut tu, ada juga sebab dah lama tak redah hutan, kan..?? Tapi takpelah...PH redah jer...Nak cantas batang buluh tu pun bukannya perkara mudah...Kena tengok dulu keadaan sekeliling...Biasanya tempat yang banyak buluh ni menjadi tempat teduhan ular dan dikatakan sering menjadi tempat tinggal orang halus ataupun orang bunian...Sebelum masuk ke tempat ini, PH baca surah Al-Fatihah dan ayat kursi 7 kali disertai dengan niat yang baik ketika melangkah masuk...PH serahkan segala-galanya kepada Allah SWT...PH percaya kalau niat kita baik In Shaa Allah tak akan jadi perkara buruk...


Ni gambar muka tengah penat...MH dan si kembar sedang mengemas Cat Village...


Inilah hasil carian buluh pada hari itu...Anggaran buluh yang paling panjang yang berjaya PH tebang ialah 15 meter...Buluh yang di dalam gambar bawah ni PH dah kerat dua supaya senang nak dimasukkan ke dalam kereta...


Macam ni lah rupa kereta PH selepas dimasukkan buluh...


Ini pula di bahagian belakang but kereta...Masa ambil gambar ni, PH dah sampai semula ke Cat Village...Banyak kali PH terpaksa berhenti sebab ada beberapa batang buluh yang terjatuh kat tengah jalan sebab tali PH terlupa nak bawak...Kesemua buluh ini perlu dibiarkan selama beberapa hari kerana ketika ini buluh-buluh muda masih lembut...


Masa balik ke Cat Village tu, si kembar tengah berseronok bermain-main dengan skuter mainannya...Hilang kejap rasa penat dan sakit tangan apabila melihat mereka bergelak ketawa...


Inilah hasilnya...Dapat juga Uncle Angah dan Nizam duduk-duduk kat pangkin buluh tu...Pangkin tu takdelah cantik, tapi bolehlah kalau takat nak duduk-duduk tu...Nak baring pun boleh tau...


Yang paling penting, budak-budak DBKL boleh melepak kat atas dan bawah pangkin buluh tu...Rasa gembira dapat melihat mereka tidur di atas pangkin buluh buatan PH sendiri...


Beberapa hari selepas itu, PH pergi ke tebing sungai untuk mencantas batang tebu liar untuk dibuat pengikat jaring dan rangka atap daun rumbia...In Shaa Allah nanti PH upload gambarnya lagi...Alhamdulillah, PH berjaya juga buat sorang-sorang...Rasa macam tak percaya jer...Memang tersangatlah penat tapi hati puas...Banyak benda PH dapat belajar dari buluh...Terbayang kesusahan orang zaman dahulu kala membuat rumah dari buluh...Nanti nak masuk hutan lagi nak carik buluh banyak-banyak untuk kucing-kucing DBKL yang akan masuk lagi...

Badan PH pun dah berbelang-belang macam nyamuk Aedes..Cer tengok kat gambar bawah ni...Bahagian lengan bawah dan atas siku ada dua kaler...hehehe...Baru-baru ni masa nak cari batang tebu liar PH kena sengat lipan tanah kat tumit kaki...Besarnya lipan tu sama saiz dengan jari hantu dan berwarna merah seakan-akan hitam...Pedihnya tidak terkira...Dengan serta-merta PH sapukan tanah yang PH berpijak tu ke luka sengatan...Itulah pesan seorang rakan PH yang pernah bertugas sebagai renjer hutan...Lepas tu PH sapukan minyak gamat...Alhamdulillah sekarang dah sembuh tetapi bekas  luka sengatan tidak hilang..


Nota PH :

Bagi PH, menyelamatkan haiwan adalah ibarat sebuah medan perang...Jika kita meninggalkan mereka separuh jalan, itu adalah ibarat seorang askar yang lari dari medan perang...Di situlah terletaknya maruah seorang pejuang...

Comments

  1. Comel nye pangkin tue..papa hero mengingatkan kmk rumah pusak yg dbina oleh bpk kmk pun...rumah pusak ya ada di kebun...cdak nya smua ada di sia..di rumah bpk kmk byk gilak pusak bab ya la tpaksa ningkah dikebun..ada juak pusak liar ambk dpasar..cian nanga cdak nya miaw2 minta ckit ehsan dari makhluk yg bnama manusia...ada stengah manusia xduli kehadiran cdaknya......sedih..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular