Abam Jojo Kepsi - 'Guard Dog' Yang Banyak Berjasa
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Akhir-akhir ini, banyak betul kerja yang PH perlu selesaikan...Baik kerja-kerja di Cat Village dan juga kerja-kerja menyiapkan lukisan pelan...Itulah untungnya kalau kita dapat menguasai lebih dari tiga kemahiran...Semua tu adalah ilmu yang perlu didalami...Bukannya, untuk kita juga kan...?? Sekurang-kurangnya kalau orang bertanya kita boleh jawab...Nak tanya pasal Muzik...?? Kereta...?? Komputer..?? IT..?? Soal jawab agama...??? Bawak datang...!!! Cewahh...Tu dah riak namanya tu...Kalau kita dapat sesuatu ilmu tu, eloklah diamalkan agar boleh digunakan pada bila-bila masa...Janganlah bila kita dah 'terer' kita mula memperlekehkan orang lain dan mula menunjuk-nunjuk...Tak elok tu...Bukankah lebih baik kalau kita kongsikan ilmu yang kita pelajari tu kepada orang lain, kan...?? Tapi 'make sure' ilmu yang kita sampaikan tu betul sebab kalau si polan tu menyebarkan ilmu kita yang 'tersalah' sampai tu, dosanya dibawa sampai ke mati..Itulah pesanan dari seorang imam masa di sidang Jumaat yang lalu....
Okaylah...Untuk menghiasi ruang entri pada kali ini, PH nak ceritakan serba sedikit tentang bagaimana Abam Jojo menjaga adik-adik DBKL di Cat Village...Kalau dia nampak kucing-kucing DBKL dekat dengan pagar masuk tu, dia mulalah menempel kat sana konon-konon nak bagitau :
|
|
|
|
|
V
"Jangan mimpi hang nak dekat kat pagar tu..."
Kadang-kadang PH pun kompius...Abam Jojo ni jaga kucing ke jaga pagar...???
Di pagar sebelah luar pula, ada Si Kumbang ( hitam ) dan Si Epok yang berkawal...Kedua-duanya adalah milik Pak Din, jiran kebun sebelah PH...Kalau ada kucing menjengah-jengah kat pagar, dia menyalak-nyalak supaya kucing tu tak keluar...Beliau menjaga mereka berdua semenjak mereka puppy lagi...Mereka berdua dikutip di tepi jalan...Pada asalnya, Pak Din ni takut anjing tetapi memandangkan dia sangat kasihan melihat kedua beradik ini kehilangan ibu, maka dibawanya balik ke kebun...Tapi bila dah lama-lama, dia rasa bahagia apabila melihat kedua beradik ini bahagia...Last2 dia pelihara Si Kumbang dan Si Epok ni di kebunnya...Begitulah kisah Pak Din dengan kedua-dua ekor anjing kesayangannya...
Si Kumbang dengan Si Epok memang tak gaduh dengan kucing...Tapi kalau dia ternampak kucing dari Cat Village dia menyalak sebab baunya lain, tak sama dengan bau sahabatnya di bawah ni...Secara tak langsung, mereka ni kira Guard Dog luar Cat Village juga...Kalau dia dengan Si Epok datang ke Cat Village, biasanya MH akan bagi dia makan ayam pastu cakap kat dia :
"Kalau nampak kucing selalu kawan2 dengan derang tau...Tak mau gado2..."
Yang pasti, ayam tu sebenarnya Abam Jojo punya...Kalau Abam Jojo tahu mesti dia marah...hehehehe
Kalau adik-adik DBKL tengah makan, Abam Jojo pun jaga juga...Jadi pengawas gitu...Konon-konon tak nak adik-adik dia tercekik kibble...
Kalau kucing-kucing kecik PH atau MH bagi makan kat atas meja...Mereka takut dengan susuk tubuh Abam Jojo yang bagak tu...Biasalah tu, kucing kecik ni memang kita kena jaga elok-elok lebih-lebih lagi bab kesihatannya...
Kalau ada adik-adik Abam Jojo yang bau musyuk, dia marah juga...Bukan marah apa pun, Abam Jojo tak suka tengok adik-adiknya kotor dan busuk...Kalau dia sendiri yang busuk takper...Gitu ler agaknya yer....PH pun kadang-kadang tak faham...Laa ni baru PH nak belajar sama-sama dengan depa untuk melihat bagaimana cara mereka berinteraksi....Alhamdulillah, setakat ini cara PH latih Abam Jojo untuk menjaga kucing-kucing DBKL di Cat Village berhasil...Kalau nak dicerita macamana PH latih Abam Jojo, panjang PH nak taip kat sini...Cuba kalian klik sini ( LINK )
Bila Abam Jojo dah menjalankan tugas dengan baik, PH pun memainkan peranan untuk menggembirakannya pula...PH main baling-baling bola jauh-jauh lepas tu dia akan gigit bola tu dan kembalikannya kepada PH...Tapi kadang-kadang dia tak pulangkan bola tu...Bila PH datang ke arahnya ( nak ambil bola ), dia bawak lari pulak bola tu...Owh...!!! Abam Jojo nak ajak PH main ragbi rupanya....Tapi yang hairannya kenapa mesti ajak PH main ragbi kat pasir...??? Saje la tu nak ajak PH berguling kat pasir sekali...Jangan harap la Jojo Kepsi ooiii...
Bila Abam Jojo sudah mula berkawal, adik-adik DBKL pun lepak kat bawah pokok yang rendang lagi redup...Tak berani derang nak pergi menjengah pagar tu...Si Deandra agak susah sikit PH nak latih sebab dia tersangat manja dengan PH...Dia budak lagi dan belum tahu erti tanggungjawabnya di Cat Village...Lagipun dia dah lama berada di jalanan ( LINK ) dan mungkin belum faham kenapa dia ditempatkan di sini...Setakat ini PH hanya membawa dia bersiar-siar supaya dia kenal tempat main, tempat tidur dan perimeter pergerakannya...PH bawa dia bersiar-siar tanpa menggunakan tali anjing ( leash )...
Lapang rasa dada ini bila dapat melihat kucing-kucing yang ditangkap dan hampir dilupuskan oleh pihak berkuasa ini mencium-cium tanah lepas tu mengunyah rumput...Mereka kini sudah berhijrah dari habitat hutan batu ke habitat suasana hutan yang sebenar...Di sini mereka menghirup udara yang nyaman tiada gangguan...Mereka bebas untuk melakukan apa yang mereka suka...Di dalam kehidupan kita pun kadangkala kita kena berhijrah demi suasana hidup yang lebih baik...
Kesian tengok budak-budak DBKL ni...Entah sape-sapelah tuan dia agaknya...Secara zahirnya, memang mereka nampak seperti tidak bertuan...Tetapi kita kena ingat bahawa kucing-kucing yang ada di jalanan ni tidak turun dari langit apatah lagi keluar dari perut muka bumi...Kalau tak ada orang yang membuang induk mereka di jalanan masakan mereka semua boleh membiak di tepi kaki lima, kan...??
Walaupun mereka ni telah diselamatkan dari dilupuskan dan dibebaskan di Cat Village ini ( LINK ), mereka sebenarnya masih perlu diberi kasih sayang agar mereka kuat untuk mengharungi badai hidup...Bukan setakat main lepas gitu ajer...Bila kita selalu belai-belai dia, dia sendiri akan datang kat kita walaupun di kala kita tidak bersedia...Time PH nak buat pangkin kucing time tu lah dia datang menepek...Dia suka bau PH agaknya...Kalau seseekor kucing tu duduk di riba atau di mana-mana bahagian badan kita, kalau ekornya melingkari badan itu tandanya dia suka dan rasa selamat kat kita...Masa gambar ni diambil, PH tengah menggergaji kayu nak buat pangkin besar untuk kucing...MH ambil gambar kandid dari belakang PH pun tak sedar...
Ini adalah di antara rumah banglo kucing yang tidak seberapa yang telah siap dibina oleh PH sendiri...PH kutip kayu kayan dan perabot-perabot yang orang buang kat tepi jalan...Kayu cantik yang dibeli PH gunakan untuk membuat rumah banglo kucing yang lebih besar...Sayang kalau nak dipotong pendek-pendek...Kalau kayu panjang boleh buat alang atap...
Sambil membuat kerja, sambil tu PH memikirkan perancangan hidup yang seterusnya...Hidup ini perlu merancang...Kalau kita tak rancang, hidup kita akan terumbang-ambing jadinya...Tetapi, kadangkala perancangan kita tu tidak sama dengan perancangan dari Yang Maha Kuasa...Bab tu kita kena terima Qada dan Qadar...Kebanyakan halangan yang PH tempuh selama ini adalah berpunca dari sikap segelintir manusia itu sendiri...PH pun malas nak layan sebab kalau dilayan apa kerja pun tak jadi...Usah takut kalau ada orang nak jatuhkan kita kalau kita ni buat benda yang betul...Di kala ini, tawakal jer kepada Allah SWT...Itulah yang sebaiknya kerana Dialah Maha Perancang dan hanya Dialah yang layak menghukum...
Sesungguhnya tiada yang mustahil di dalam dunia ini asalkan kita sama-sama tekun dan bekerja keras di dalam mencapai matlamat masing-masing...Puncak gunung mana yang tidak dipanjat manusia dan jurang lautan yang mana yang tidak pernah di redah...?? Asalkan kita rancang dan buat dengan betul In Shaa Allah semuanya akan menjadi kenyataan...Kalau kita percaya atau tidak percaya samada kita boleh berjaya atau tidak, kedua-duanya adalah benar...
Kita kena percaya bahawa Allah SWT menciptakan sesuatu dengan tidak sia-sia...Apa yang diciptaNya di atas muka bumi ini ada fungsinya waima babi sekalipun...Cuma, kita perlu bersabar dengan kerenah haiwan...Takde maknanya kita nak buang kucing yang pernah kita sayangi dulu hanya kerana amarah...Orang yang tidak sabar ni selalunya ada ego yang tinggi...Apabila kita tidak bersabar atau marah, ianya ibarat seperti batu hitam yang sangat besar dan hodoh lagi berat...Tetapi kalau kita bersabar, batu hitam tersebut akan berubah menjadi sebiji buah kurma yang sangat manis, enak dimakan serta mendatangkan khasiat pada tubuh badan....Bermula dengan mensyukuri kerana diciptakan sebagai seorang manusia yang sempurna, kemudian gunakan akal pemberianNya sebaik mungkin demi menjana sesuatu yang bermanfaat baik pada diri sendiri ataupun kepada makhluk lain...Yang paling penting, jangan ada penyakit hati iaitu hasad dan dengki...
Kalau nak tengok video macamana Abam Jojo berguling-guling kat pasir kebun, sila klik sini ( LINK )
Nota PH :
Kini PH lebih mengerti mengapa Abam Jojo dipertemukan dengan PH sejak 3 tahun lalu...Jasanya terlalu banyak kepada kami sekeluarga...Tetapi, dalam pada itu syariat juga tidak PH lupakan...PH berurusan dengan Abam Jojo apabila perlu sahaja...Cara untuk mengendalikannya perlu beradab dan mengikut tertib sesuai dengan ajaran Islam yang kita anuti...Pak Din kata lidah Abam Jojo hitam petanda dia adalah seekor anjing yang bertuah...
Kepada Abam Jojo Kepsi, Papa nak ucapkan jutaan terima kasih sebab banyak tolong Papa...Papa harap kamu gembira selama tinggal dengan Papa dan Mama... Selagi Papa dan Mama ada, In Shaa Allah kami akan menjaga kamu sebaik yang mungkin kerana Papa tahu suatu hari nanti salah seorang di antara kita akan 'pergi' buat selama-lamanya tanpa sempat meninggalkan pesan...
Terharu la bce kisah abam jojo ni... Tringat anjing nenek bela dlu. Nenek bela utk jga rumah dn kebun.. Al-maklumla, tinggal dalam hutan, jauh dari org. Ble nenek pegi memancing ke, menoreh ke, anjing yg brnama Mickey tu mst ikot skali. Pendek kata, mne je org tua tu pergi dy mesti ikot..
ReplyDeleteTouching n speechless.....
ReplyDelete