Kisah Si Jojo Dengan Musuhnya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca yang budiman...
Sejak akhir-akhir ini, tingkahlaku Jojo agak berubah...Dia menjadi agak agresif di luar tetapi selalu menundukkan kepalanya apabila berada dekat dengan PH...PH perasan ianya berlaku baru-baru ini dan tingkahlaku Jojo seolah-oleh ingin memberitahu PH bahawa ada bahaya sedang menanti...Sungguhpun Si Jojo ni hanyalah seekor anjing jalanan, tetapi dia mempunyai keistimewaannya yang tidak terdapat pada manusia...
Setiap kali PH membawa Si Jojo berjalan, dia akan mendengus garang...Sebelum ini dia tidak pernah berperangai sedemikian...Namun, sebagai manusia biasa, PH redakan sahaja apa yang berlaku...PH yakin Si Jojo ingin 'protect' PH dari sebarang bahaya...
Si Jojo tiba-tiba menarik PH dengan kuat ke satu arah yang PH jarang lalui...Sebelum ini, dia hanya ikut arah yang PH bawa sahaja....Tetapi kali ini terasa lain sangat...Dia memaksa PH melalui jalan di belakang rumah...Maka, PH ikut sahaja ke mana arah yang dia nak pergi...
Tiba di satu selekoh, Si Jojo mengeluarkan satu bunyi yang tidak pernah PH dengar sebelum ini...Dia menderam dengan kuat serta mendengus tanpa henti...Ditariknya PH ke arah yang dia ingin pergi....PH pun turutkan sahaja sebab ingin mengetahui apa yang membuatkannya begitu marah...
Kemudian Si Jojo berhenti sambil menegakkan kepalanya...Ekornya tegak tidak bergerak langsung...Ini menandakan bahawa ada 'musuh' sedang menuju ke arahnya....Ketika ini, suara Jojo menjadi begitu garang sekali...Dia langsung tidak menyalak selain dari menderam dengan tidak putus-putus...Barulah PH faham kenapa Si Jojo ni marah sangat...
Rupa-rupanya, ada seekor anjing yang sangat besar dari Jojo...Barulah PH faham...Anjing inilah yang pernah menyerang Jojo satu ketika dulu sehingga kakinya tercedera...Anjing ini memang selalu membuat provokasi di hadapan rumah PH kerana ingin merebut makanan Jojo yang PH letakkan di luar pintu pagar rumah...
Anjing yang besar itu tidak berani mendekati Jojo sebab PH ada...PH perhatikan sahaja gelagat Si Jojo ni...Dia berhenti mendengus secara tiba-tiba dan dia mula melibas-libaskan ekornya...Mungkin dia menunjukkan tanda hormat kepada PH kerana telah memberikan isyarat menyuruhnya berhenti...
Akhirnya Si Jojo berjaya mententeramkan dirinya setelah PH berjaya memujuk...Anjing yang besar itu hanya memerhati dari jauh dan kemudian terus berlari ke tempat lain...Sehingga kini, PH sudah jarang nampak anjing besar itu berlegar-legar di hadapan rumah...Mungkin dia sudah bertaubat tidak mahu mencuri makanan Jojo lagi...
"Sudah-sudahlah tu Jojo...Biar orang buat kita, jangan kita buat orang...Allah tu kan ada..."
Nota PH :
Si Jojo juga tidak terlepas dari mempunyai 'musuh'...Musuh yang pernah mencederakannya kini tidak berani lagi lalu di hadapan rumah dan 'mencuri' makanannya...Sehingga kini, Si Jojo sudah tidak menderam lagi...Dia menjadi semakin riang dan ceria...
Sebagai manusia, kita mungkin tidak menyedari ada api di dalam sekam di dalam apa jua urusan yang kita lakukan...Di dalam urusan persahabatan, ianya juga tidak terkecuali...Kita juga kadangkala tidak menyedari ada percakapan dan tingkahlaku kita mungkin mengundang rasa kurang senang kepada orang lain...Kalau kita ikhlas ingin berkawan, terimalah apa jua kelemahannya...Kalau boleh, tegurlah dengan cara yang berhemah...Akan tetapi, walaupun kita pernah menegur mereka ini tidak bermakna kita tidak boleh ditegur oleh orang yang pernah kita tegur...Inilah namanya bertolak ansur, masing-masing menerima kelemahan diri...Kalau kita berniat untuk menjauhkan diri dari orang yang menegur kita, simpanlah aib dan kelemahan mereka yang kita telah nampak satu ketika dulu...Ini adalah pesanan Rasulullah SAW...Sebagai umat Baginda yang terakhir, kita wajib mengikut apa jua saranan Baginda...
Jangan sangka Allah akan sentiasa memperkenankan doa-doa kita agar mendatangkan musibah dan kemudaratan kepada orang lain sekiranya berlaku sebarang persengketaan...Pada zaman sekarang, ramai orang telah mempergunakan Allah sebagai 'pembunuh upahan'...
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri yang mengubahnya...Apabila nasib sesesorang itu berubah, itu adalah petanda bahawa ada rahmat yang Allah telah berikan kepadanya...Ambillah iktibar untuk dicontohi, bukannya menjadi pendengki dan penghasut...Mereka yang memusuhi dan menjadi pendengki kepada orang-orang yang telah diperkenankan doanya adalah orang yang memusuhi rezeki Allah...
Kembalilah kepada agama dan ke pangkal jalan...Percayalah bahawa rezeki itu akan datang sekiranya kita benar-benar yakin dan berusaha untuk memperolehinya...
"Ya Allah...!!! Hanya kepada Engkaulah zat yang aku meminta perlindungan dan hanya kepada Engkaulah aku memohon limpahan rahmat demi meneruskan perjuangan hidup ini...Amin..."
Kecemerlangan itu ada pada diri semua insan, tetapi tidak semua insan dapat mengilhamkannya dengan cara yang berhemah dan direstui oleh Allah SWT...Hanya mereka yang celik hatinya dapat merasai nikmatNya...
:)
ReplyDelete:)
ReplyDeleteIni kisahnya..
ReplyDelete