Kisah Si Intan Payung, Anak Kucing Patah Tulang Belakang Terjatuh Dari Tingkat Tiga

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Alhamdulillah, dapat juga PH update blog pada malam yang penuh dengan ujian ini...Tapi biarlah PH dan MH sahaja yang mengetahuinya...Sesungguhnya sesuatu ujian itu tidak akan datang melainkan kerana Allah SWT sayangkan kita...Sebagai hambaNya kita kenalah selalu bersangka baik dan menempuhnya dengan berlapang dada...PH rasa, hanya rakan FB PH sahaja yang tahu apakah ujian yang PH hadapi kini...

Bukan kita sahaja yang menerima ujian dari Allah, bahkan haiwan juga...Ujian yang diturunkan kepada mereka adalah untuk menilai sejauh mana keehsanan kita sebagai seorang insan...Beruntunglah kepada mereka yang berani mengambil tanggungjawab di dalam apa jua aspek dan norma sebuah kehidupan...Allah dah janji akan memberikan imbalan yang baik kepada insan yang berbuat baik...Kalau bukan hari ini, mungkin esok..kalau bukan esok, mungkin tahun depan...Kalau bukan tahun depan, mungkin rezeki anak cucu kita nanti...

Di dalam entri kali ini, PH ingin mengucapkan syabas kepada beberapa orang individu yang mempunyai etika yang PH maksudkan di atas...Individu-individu tersebut ialah Intan Annaquiyah, Aisyah Shams dan Pn Zarina A. Hamid...

Kisahnya bermula pada 21 September 2013 apabila PH menerima Personal Message dari Aisyah Shams dan kemudian PH iklankan di wall Facebook Kakimotong Fan Club seperti yang selalu PH buat sebelum ini...Kucing yang diberi nama Si Gusty ini dikatakan terjatuh dari tingkat 3 sebuah bangunan asrama di Uitm Seri Iskandar, Perak...Si Gusty mengalami kecederaan dalaman yang sangat serius...


Di antara kecederaan yang dialami ialah patah tulang belakang dan sekaligus menjejaskan sistem perkumuhannya...Si Gusty dibawa dari Perak ke Kuala Lumpur oleh Saudari Intan dan kemudian dibawa pula oleh Pn Zarina Hamid ke klinik Dr. Zul ( FB Tanya Sama Vet ) di Seri Kembangan...


Setelah diperiksa oleh Dr. Eric,iaitu  seorang doktor veterinar yang juga merupakan anak didik Dr. Zul telah mendapati bahawa Si Gusty disahkan mengalami patah tulang belakang yang serius dan kerosakan sistem saraf terutamanya pada sistem perkumuhan...Si Gusty tidak boleh mengawal najisnya...Dari susuk tubuhnya, mungkin dia berumur dalam lingkungan 4-5 bulan...



Setelah mendengar penjelasan yang terperinci dari Dr. Eric, kami berasa sangat simpati dan sedih dengan keadaannya...MH menamakannya Si Intan Payung...Dia tidak boleh berjalan dan hanya boleh mengesotkan kakinya sahaja...Malahan ekornya pun tidak boleh digerakkan...Dr. Zul dan Misi Rizal Gojes juga memberitahu PH bahawa Si Intan Payung ni memerlukan penjagaan yang sangat khusus...Ada beberapa ubat pil telah dibekalkan termasuk sebotol iodin untuk disapukan pada luka di bahagian anusnya...Sedih jer tengok muka dia huhuhuhu...Dia terlalu kecil untuk menghadapi semua ini...PH dan MH sendiri risau tentang keadaannya di masa hadapan, tetapi kami yakin boleh melakukannya...Seperti biasa, PH dan MH layan dia seperti kucing normal agar dia lupa bahawa dia sebenarnya sedang sakit...Ini sekaligus dapat memberikannya semangat yang baru untuk pulih...



Pada hari berikutnya, PH bawa Si Intan Payung bersiar-siar ke Cat Village untuk melihat dunia...Pada mulanya dia kelihatan 'segan-segan' sebab ada banyak kucing-kucing di sana...Tapi itu hanya sementara sahaja...Lepas tu dia dah mula 'buat perangai'...Nama pun 'budak' lagi kan...??? hehehe...Si Intan Payung sudah mula menggapai apa sahaja yang berdekatan dengannya sambil membelalakkan biji mata..Itu tanda dia sedang gembira dan sudah mula nak bergurau...Tergelak juga kami dibuatnya melihat akan keletahnya tu...Adehhh... 


Selepas puas bergurau, MH perasan bahawa Si Intan Payung ni telah mula menggerak-gerakkan  kakinya untuk duduk..Kelihatan juga dia sudah mula mahu berdiri untuk menggapai tali yang diacah oleh MH...Kuat betul semangatnya...Selera makan pun macam gajah...Sekali makan ampat pinggan... ( pinjam ayat citer Seniman Bujang Lapok )...

"Itu bukan gagah...!!! Itu gelojoh...!!!"...( Siapa la tu yer...hehehe )


Namun begitu, ada masanya Si Intan Payung perlu dikawal pergerakannya bagi memastikan tulang belakangnya tidak terkehel...Masih terlalu awal untuk dia bergerak bebas...Untuk ini, PH balutkan 'bandage' pada bahagian belakangnya yang tercedera dengan ikatan yang sederhana longgar...PH tidak menggunakan lampin pakai buang...Cuma, najisnya perlu kerap dicuci bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kulitnya pula...PH buat sama seperti apa yang PH dah buat pada Abam Iyo 8 tahun dulu...Ubat yang dibekalkan oleh doktor veterinar perlu diberi tepat pada waktunya...


Nota PH :

Sesuatu perkara yang sukar sebenarnya akan menjadi mudah apabila kita fokus dan melakukannya dengan betul...Sehubungan ini, kita perlu rajin menggali ilmu tentang penjagaan kucing yang sakit...Memang ada banyak petua, tetapi seelok-eloknya dapatkan nasihat dan konsultansi dari doktor veterinar juga agar kita tidak tersilap langkah..Ubat manusia tidak boleh diberi kepada kucing terutamanya Panadol...Rajin-rajinlah Google yer...Ini juga merupakan satu ilmu yang sangat berguna...

Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi seorang insan yang versatile ataupun serba boleh...Kita akan jadi sedemikian kalau kita rajin menggali ilmu dan kemudian mengamalkannya secara berterusan...Mula-mula memang kekok, tapi bila diamalkan selalu pasti ianya akan menjadi lebih sempurna dengan izin dari Allah SWT...Yang penting, berani ambil tanggungjawab...

Sesuatu yang baik akan menjadi lebih baik sekiranya kita beriltizam untuk melakukan yang terbaik....Niat kerana Allah Taala jer, pasti akan jadi...Doakanlah semoga Si Intan Payung ni sembuh yer...

Comments

  1. Moga cepat sembuh ya intan payung..

    ReplyDelete
  2. Aslkm Papa Hero..semogo dipermudahkan segala urusan..situasi kita hampir sama. Alhamdulillah sudah hampir 3 tahun saya menjaganya..

    ReplyDelete
  3. si Deli kucing yg kakCT ambil di LKIM Tg Sedeli pun alami situasi yg sama, jalan sampai sekarang hanya menggunakan kaki hadapan. namun, alhamdulillah sampai sekarang sihat walafiat. sudah hampir 2 tahun si Deli dgn kakCT. kakCT doakan semoga Intan Payung kuat dan cepat sembuh.
    آمِـــــــــينْ

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...tumpang tanya..semalam saya ad bwak blik kucing dri kdai mkan sebab dy bru kemalangan...tulang blakang dy patah...kluarga sya x mampu nak bwak kucing g klinik haiwan...kos trlalu mahal...kalau bleh kongsikan cara nak jga kucing yg ptah tulang blakng...trima ksih :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum PH , mcm mcm yg dilakukan oleh manusia zaman sekarang ini , saya juga pernah lalui perkara perkara lama ini , pada tahun lepas saya dan ibu saya terjumpa anak kucing yang berisi 6 ekor anak kucing yang baru lahir rupanya , nasib baik Allah membuka mata kami dan terjumpa mereka , yg paling menyedihkan mereka masih sepatutnya menyusu lagi , dan tak sepatutnya diisi di dalam palstik dan diikat sebegitu rupa ya Allah , kami membawa mereka semua pulang , kebetulan ada ibu yg juga kami bela bersama tiga ekor anaknya , ibu kucing itu sudi menjadi ibu angkat mereka dan menyusukan mereka , alhamdulillah , semuanya kini sudah besar dan masih saya bela , sungguhnya sikit pun saya tidak menyesal , Rasulullah juga amat mencintai kucing , apalah salah kita mencontohi beliau . Tidak salah juga berkongsi rezeki kita bersama kucing2 ini .

    ReplyDelete
  6. Salam..nak tanya saya ade jage kucing.patah tulang blkg xboleh jln..mule2 jumpa tiap kali die mengiau drh keluar kat salur kencing die..dah bawa pegi klinik vet bg 2 option..sleep/bw balik jage dgn risiko..so sy xsmpai ati nk bg sleep..sy jage..dr xnk mkn sy suap pkai syringe 10ml..die cume kencing je..ade effect x kalo die x buang air besar?sy da jge die seminggu..cume kencing je..sbb kalo die teran untuk buang air besa pon sy rse die sakit/xmmpu nk teran which tiap kali die bnyi pon drah/air kncing akn keluar..kesian..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular