Di Antara Musibah dan Nikmat Di Kemudian Hari...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Allahuakbar...Itulah perkataan pertama yang mampu PH taipkan buat entri ini...Apa tidaknya, usia 2014 baru sahaja mencecah bulan ketiga tetapi telah berlaku bermacam-macam musibah di negara kita ini...Sungguhpun begitu, PH hampir pasti ianya adalah di luar kemampuan kita semua untuk mengawalnya...Segala-galanya telah ditakdirkan oleh Allah SWT bagi menguji keimanan hamba-hambaNya yang rapat mahupun yang jauh denganNya...Inilah arena ujian yang paling tidak disukai oleh sekalian manusia yang tidak khusyuk dengan rahmat di sebalik kejadian...Bagi PH, musibah yang berlaku baru-baru ini ( kehilangan pesawat MH 370 ) mempunyai suatu rahmat yang sangat besar di sebalik kejadian...Kita juga perlu 'bersyukur' kerana musibah yang melanda negara kita ini adalah yang pertama di dunia, yakni ianya tidak pernah dialami oleh mana-mana negara lain di dunia...Kenapa PH kata begitu..?? Dari titik tolak inilah ianya akan menguji sejauh mana ingatan hamba-hambaNya di Malaysia untuk kembali kepadanya setelah jauh taksub dengan sains dan teknologi...Dari sini juga, kita dapat melihat perangai sebenar 'sahabat-sahabat' kita yang masih mampu membuat jenaka bodoh dan mempersendakan musibah yang Allah telah turunkan yang sebelum ini mereka dilihat sangat bijak dan berkarisma...Namun mereka tewas dengan gelodak nafsu untuk menunjukkan kepandaian sedangkan di situlah terletaknya kebodohan mereka...Tetapi, kalau nak tegur 'sahabat-sahabat' kita ni kalau boleh janganlah sampai mengguriskan hati mereka ya...Tak elok tu...

Di dalam kehidupan seharian kita juga kadangkala ada dilanda musibah-musibah kecil yang mungkin tidak kita sedari...Dari sini ianya menguji sejauh mana kesabaran kita dan sejauh mana bijaknya kita menangani masalah tersebut...Tidak semua orang tahu cara menyelesaikan masalah, tetapi pada mereka yang KEMBALI KEPADA YANG MAHA ESA, PH rasa masalah tersebut akan hanyut seperti derasnya air di kali...Rezeki semua Allah juga yang memberi, itupun kadangkala kita kedekut untuk melaksanakan sedekah jariah sebab takut jatuh miskin...



Kadangkala dek kerana kerakusan manusia, dunia ini seolah-olah tiada udara lagi...Nak bernafas pun kena ada protokol...Mata mulai pedih, dada mulai sesak...Di akhir zaman ini memang banyak perkara pelik yang berlaku...Tetapi, kita kena terus menerus bersangka baik dengan Maha Pencipta kerana apa yang berlaku di dunia adalah kerana kezaliman dari tangan manusia itu sendiri...Allah tidak pernah sekali-kali berlaku zalim terhadap hamba-hambaNya...


Bagi PH, tempat kerja adalah tempat untuk menyelesaikan masalah orang lain...Orang lain punya hal, kadangkala kita yang perlu selesaikan...Tetapi sekiranya itu adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita ( ada upah dan gaji ), WAJIBLAH kita menunaikannya dengan tekun dan istiqamah...Masalah yang perlu diselesaikan untuk si polan ni kadangkala adalah untuk kebaikan si polan yang lain juga...


Sekiranya kita dapat melakukannya dengan penuh bijaksana, orang lain akan melihat kita dengan dedikasi yang tinggi...Nilai kemanusiaan kita juga akan meningkat dan semakin dihargai dek kerana kebolehan menyelesaikan masalah besar ataupun kecil...Masalah akan lebih mudah diselesaikan sekiranya dada kita dipenuhi dengan ilmu dan keberanian...



Musibah bukan hanya berlaku kepada kita, bahkan kepada haiwan juga...Dari sinilah terletaknya nilai-nilai insani kita samada untuk melaksanakan tanggungjawab atau tidak...Untuk menjadi seorang khalifah yang cemerlang, tiada alasan untuk kita tidak membantu mereka yang amat memerlukan melainkan kita sendiri berada di dalam keadaan seperti mereka...



Adakalanya diiringi dengan tangisan air mata...Adakalanya diiringi dengan penyesalan dan adakalanya diiringi dengan kegembiraan...Di situlah terletaknya 'result' kita sebagai seorang hamba Allah yang telah diamanahkan untuk menjaga harta benda sekalian alam...Dari sinilah kita semua akan mempelajari apa erti keikhlasan sedikit demi sedikit...Ada benda yang kita perlu beritahu kepada orang lain sebagai iktibar dan adakalanya tidak perlu langsung...Segalanya bergantung kepada niat hati kita mengapa kita ingin membantu mereka yang sedang dilanda musibah...



Ada yang sanggup, ada yang tidak sanggup...Ada yang tidak sanggup tetapi memberikan amanah kepada mereka yang sanggup...Ada yang menerima kesanggupan dengan rela hati dan ada juga mereka yang menerima kesanggupan dengan mengungkit di belakang hari...Akhirnya, manusia bergaduh sesama sendiri dek kerana gagal memahami maksud keikhlasan untuk membantu makhluk yang dilanda musibah...



Kadangkala, ada masalah dan musibah yang kita tidak pernah alami dan ketika itu pula tiada orang yang menghulurkan bantuan..Apakah yang harus kita lakukan di dalam situasi sebegini...?? Bagi PH, jawapannya mudah sahaja iaitu minta pertolongan kepada Allah SWT agar diberikan ketabahan dan keberanian...Mohon juga diperluaskan idea-idea yang boleh membantu...Seterusnya, cubalah lakukan sendiri...Do It Yourself...Sekiranya gagal, itu tidak bermakna ianya berpunca dari kita sendiri...Yang penting, kita telah cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tersebut...'Result'nya serahkan semuanya kepada Allah SWT...

Ulat berengga ( maggot ) masuk ke dalam badan melalui kaki kucing yang cedera parah


Ramai di antara kita yang tidak sudah-sudah mengeluh kesah kerana kesempitan rezeki sedangkan rezeki yang datang dari Allah itu menjelma di dalam pelbagai jenis bentuk rupa...Mungkin kadangkala rezeki itu datang di dalam rupa seekor kucing jalanan...

Kucing ni PH jumpa kat Tesco Semenyih masa tengah punggah barang dapur masuk ke dalam kereta
Ada yang masih mengeluh memikirkan tambahan beban sekiranya kita mengutip kucing jalanan yang tidak bernasib baik...Setiap makhluk tu ada rezeki yang Allah beri...Maka, rezeki kucing itu juga tidak mustahil terkena tempiasnya kepada kita...Yang menariknya, situasi ini selalu berlaku di kala kita sedang berada serba kekurangan...



Kalau kita berjaya menjaga amanah ini dengan baik, In Shaa Allah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah SWT...Bahagianya seseekor haiwan itu, maka berbahagialah hidup kita...Kalau kita masih rasa tidak bahagia, ia bukan salah haiwan tersebut, tetapi mungkin ada dosa kita yang masih tidak diampun oleh Allah SWT iaitu dosa sesama manusia itu sendiri...Itulah yang PH dengar ketika kuliah Subuh suatu ketika dahulu...


Tidak mungkin kita boleh hidup secara seorangan di dalam dunia ini...Tidak mungkin kita boleh hidup tanpa mengikut peraturan, samada protokol manusia ataupun undang-undang syariat...Setinggi mana pangkat kita, kita tetap akan ada 'Boss'...Patuh pada arahan adalah sikap yang sangat terpuji dan disukai oleh Rasulullah SAW...Dek kerana ini, anjing dicipta oleh Allah SWT sebagai simbol kesetiaan dan kepatuhan...Anjing juga mempunyai sifat-sifat terpuji yang hanya boleh dilihat oleh mereka yang mempunyai 'mata hati'... 


Sangat molek sekiranya kita selalu berkongsi rezeki dengan makhluk-makhluk Allah...Tidak terhad kepada manusia, kepada haiwan pun okay juga...Janganlah kita berat sebelah iaitu terlalu melebihkan haiwan daripada manusia pula yer...Dahulukan mana yang patut didahulukan...



Apabila kita bercerita tentang haiwan, kita sebenarnya bercerita tentang kasih sayang, air mata dan juga silaturrahim sesama kita...Petanda Allah redha dengan perbuatan kita ialah ianya diredhai oleh manusia-manusia yang lain...Soal cemburu dari orang lain di atas perbuatan baik kita, itu soal lain...Yang penting, kita dah buat 'part' kita...Lebihkan penilaian dari Allah dari penilaian manusia yang asyik mencari salah...



Nikmat di kemudian hari belum kita tahu lagi bila ianya akan hadir...Bagi PH sendiri, samada cepat atau lambat, nikmat itu tetap akan datang juga...Bersabarlah dan jangan terlalu memikirkan ganjaran atau balasan di atas setiap perbuatan baik yang telah kita laksanakan...


Apabila nikmat itu telah sampai kepada kita, kongsikanlah juga bersama-sama dengan orang yang paling dekat dengan kita dulu...Dahulukan perkara yang patut didahulukan...Barulah hidup kita akan diberkati dan dikasihi oleh orang lain...Barulah hidup kita lebih bermakna setelah dilanda bermacam-macam masalah dan ujian...


Nota PH :

Musibah datang tidak mengira tempat..Musibah juga datang tidak mengira pangkat...Walau apa pun yang terjadi, peranan kita sebagai seorang insani wajib dilaksanakan...

Susulan berita kehilangan pesawat MAS MH 370, ianya benar-benar menyentap jiwa PH...PH sangat berdukacita tentang apa yang berlaku..Sehingga entri ini ditaip, usaha pencarian pesawat tersebut sudah masuk hari yang ketujuh...


 Kepada waris-waris penumpang pesawat tersebut, PH ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah di atas musibah yang berlaku, doa banyak-banyak dan jangan putus harapan...PH ingin berpesan untuk diri sendiri dan juga para pembaca agar jangan terpengaruh dengan berita-berita yang belum sahih kebenarannya...Dunia sedang melihat kita...Sekiranya boleh menangis, pesawat MAS MH 370 pasti akan menangis apabila melihat sesama kita saling menuding jari dan mengambil kesempatan untuk mencetuskan sengketa...

Sorilah entri ni panjang sangat....Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis...Semoga kalian memperolehi manfaat darinya...In Shaa Allah...

Steady Semua...!!!

Comments

  1. Insyaallah andai apa yang kita lakukan itu ikhlas dan betul nawaitunya...nikmat dan ganjarannya Allah akan berikn kemudian nanti...insyaallah
    Walau dengan hanya memberi minum seekor anjing Allah berikn ganjaran yang amat besar dengan izinNya

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular