Fakta Pahit Kucing-Kucing Jalanan Yang Ditangkap...Sila Bagi Sesiapa Yang Berkenaan BACA SAMPAI HABIS...

Fakta pahit kucing DBKL pd minggu lepas ( 1 Jun 2014 )

1 ) Minggu lps dpt keluarkan 30 ekor...

2 ) DBKL hanya tangkap 4 ekor sahaja, selebihnya adalah kucing serahan..

3 ) 2 ekor ibu kucing serahan dihantar ke DBKL sebab bunting dan ownernya dah tak nak jaga...

4 ) Akhirnya kedua-dua ibu kucing ini mati kerana anak yang dikandung mati dalam kandungan..PH sendiri yang tarik keluar bayi kucing yang mati di saat ibu kucing tersebut menahan kesakitan sakratul maut...Bayi kucing tersangkut dan ibu kucing mengalami pendarahan teruk sehingga tangan PH disimbahi dengan darah yang memancut dari kemaluan ibu kucing tersebut..

Ibu kucing ini  menahan kesakitan sakaratul maut sehingga meneran keluar bayinya tetapi tersangkut pada bahagian kemaluannya

Keadaan bayi kucing yang sempat PH keluarkan

5 ) 8 ekor bayi kucing dihantar ke DBKL...Masih belum buka mata...Menurut sumber yang sahih, owner kucing hanya mahukan ibunya sahaja...


Inilah IBU KUCING yang telah menjadi mangsa serahan dari pemilik yang tidak bertanggungjawab untuk diletakkan di dalam kandang pihak berkuasa...

Ibu kucing ini mati perlahan2 dengan penuh terseksa kerana kesemua anaknya mati di dalam kandungan...PH sempat menarik seekor bayinya yang telah pun mati yang terkeluar akibat kesakitan sakaratul maut ibu kucing ini 

Mungkin pemilik ibu kucing ini tahu Team HERO akan datang mengambil kucing setiap minggu dan inilah kesempatan yang tidak harus dilepaskan oleh SI PEMBUANG KUCING tersebut, tetapi ini tidak bermaksud kesemua kucing yang mereka serahkan akan sampai ke tangan PH dan Uncle Angah dalam keadaan yang SELAMAT....

PH mengurut2 kepala sang ibu kucing ini sehinggalah ia menghembuskan nafasnya dengan bunyi tercekik....PH dah tanamkan jasadnya di Cat Village...Ada seekor lagi ibu kucing telah mengeluarkan kelima2 janinnya kerana stress akibat terkurung di dalam kandang pihak berkuasa...



Ada seekor lagi ibu kucing yang keguguran kandungan...Nasib kucing ini agak baik kerana masih boleh mengeluarkan kesemua janinnya yang masih berada di dalam plasenta lagi...Tetapi hayat ibu kucing ini juga tidak lama akibat jangkitan kuman di organ dalaman...


KEPADA ORANG YANG MENYERAHKAN KUCING INI KEPADA PIHAK BERKUASA :

"SEKIRANYA KUCING INI ADALAH KUCING ANDA, SUDAH2LAH TU....KALAU ANDA JADI MACAM IBU KUCING NI, ANDA JUGA AKAN PH BUAT BENDA YANG SAMA....IAITU TANAM JASAD KAMU DI CAT VILLAGE..."

Nota PH : 

Sebenarnya, fakta-fakta di atas masih terlalu sedikit untuk diceritakan di sini...Malas PH nak bagitau semua sekali...PH rasa marah sgt2...Beginikah sikap seorang pencinta kucing...??? Suka mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain..?? Sampai bila nak bersikap diskriminasi terhadap kucing peliharaan sendiri...??

Kalau nak bela, bela betul2...Kalau malas atau banyak alasan, baik berhenti dari membuat kekejaman halus...

Jangan ambil kesempatan di atas kesempitan orang lain...Kadangkala terfikir di benak ini ------>> adakah pencinta kucing kadangkala tindakannya lebih kejam dari pendera kucing...??

Selagi ada hayat kurniaan Ilahi, PH tidak akan berhenti 'sekolahkan' orang yang mengaku sayangkan kucing tapi akhirnya dibuangnya juga ke pasar-pasar...

INGAT...!!! Jangan ingat kita buang kucing ke pasar atau tepi jalan tu kita sudah terlepas dari tanggungjawab dan dosa...Apa-apa hal jadi kat kucing tu walaupun kita sudah ada anak cucu, dikhuatiri dosanya berterusan sehingga ke alam barzakh....

Setiap perbuatan kita ada balasannya...Kalau mak dan abah suruh buang kucing, jangan takut untuk menyampaikan risalah ini...Jadikan Abam Iyo sebagai pengajaran dan inspirasi bagi menjaga hak mereka...

PH tak nafikan, kadang-kadang mak dan abah membuat keputusan di kala emosi sedang berkecamuk...Masa itulah gunanya sel-sel otak untuk berhubung semula dengan cara KEMBALI PADA AGAMA...Cari alternatif lain yang tidak menyakitkan kedua-dua belah pihak ( pihak mak abah dan pihak kucing itu sendiri... )..In Shaa Allah masalah akan selesai...Yakinlah dengan pertolongan dari Allah SWT...PH ulangi sekali lagi...Apa jua keputusan yang bakal kita buat, KEMBALILAH PADA AGAMA...

Di bawah ni PH sertakan satu video..Menurut sumber yang sahih, anak kucing ini sangat gemuk dan sihat semasa baru ditangkap dari pasar...Tapi belum pun sampai 3 hari, kucing ini mulai kurus kering dan hilang selera makan mungkin dek kerana rindu pada ibunya, adik beradiknya, rindu pada tuan yang membuangnya, stress dan dijangkiti virus berbahaya yang datang dari kucing lain...

Sila KLIK GAMBAR untuk menonton video...


Download video ni SAVE ke dalam handphone...Tunjuk kat mak abah kalau mereka masih nak buang kucing ke pasar juga...Kalau mereka masih nak buang juga, jangan mengalah...Cari rakan-rakan lain di FB yang boleh membantu...Konon menangis tengok video Abam Iyo bagai nak rak tapi akhirnya dibuang juga adik-adik Abam Iyo tu...Buat malu pencinta haiwan jer...Nasib la siapa yang yang terasa yer...PH dah muak...Dah terlalu banyak kesengsaraan kucing yang PH lihat...

Anak kucing dalam gambar di atas ini MATI sebaik sahaja tiba di Cat Village...PH dah pun tanam jasadnya...Tolonglah..PH dan Uncle Angah dah banyak melihat kejadian ngeri yang berlaku terhadap kucing-kucing jalanan yang ditangkap...Tiada tangkapan akan dibuat sekiranya tiada aduan...Tiada aduan akan dibuat sekiranya TIADA ORANG SENGAL YANG BUANG KUCING...

KEMBIRIKAN KUCING ANDA...PERCAYALAH..!! IANYA TIDAK SUSAH...IANYA ANTARA BANYAK ALASAN ATAU TIDAK SAHAJA...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA...SEKIAN...

Comments

  1. Tolong anggap kucing2 yang kita bela sebahagian dari keluarga kita bukan sebahagian dari koleksi hobi kita yang bila kita dah bosan, kita boleh buang macam sampah. Serius saya sangat2 terkesan baca entri ni.. teringat adik saya post gambar kucing2 sy yg baru je mati kena langgar motor kat kg.. yg sekor kaki cedera kena langgar jugak.. Terbayang jugak macam mana kalau kucing2 saya terkurung kat sana.. dorang tak pernah biasa hidup terkurung. Serius.. sebak rasa. Kalau anda benar2 pencinta haiwan cintai mereka bukan kerana kecantikkan & kelebihan yg mereka ada tapi cintai mereka dgn perasaan kasih sayang & simpati, Insya Allah kita takkan tergamak buang mereka walau apa alasan sekalipun.

    ReplyDelete
  2. Manusia akhir zaman...sangat kejam..dpt juga org tu tido pas buat kerja camtu..sptutnya manusia sperti itu tdk wujud di dunia....today u can laugh and smile but after that u will see....jgn nak kata kucing bayi pun sanggup campak begitu sahaja ....klu i jumpa org yg suka menganiaya haiwan dpn mata, i ganyang dia...biar gaduh smpai mati...sbab i xsanggup tngok haiwan itu dlm kesensaraan.......i dah biasa gaduh2 mulut ngan org sperti itu...yg tua x sdar diri pun ada....nti ckp yg muda xpndai hormat org tua....klu tua prangai camtu degil mulut cam loji...xkan la nak senyap je....mmm...

    ReplyDelete
  3. Selalu jumpa manusia munafik n bodoh abadi nie.bela kucing x nak spay/neuter.pastu ckp tensen kucing tu sok beranak.rasa nak carutkan kt ctu jugk.haram..berdosa.tp kilo buang kt pasar kena sepak terajang..kena gilis kenderaan xper pulak kan???x berdosa pulak..argghh!!!!!

    ReplyDelete
  4. Saya ada seekor anak kucing ni . Saya tak secara rasmi membela lagi cuma bagi makan & minum sekadar yang mampu sebab saya seorang je yang minat kucing tetapi famili sebaliknya .. Akhir bulan November , saya dah nak masuk kolej , mungkin PH tau sekitar Kelantan ada tak pusat perlindungan haiwan ? Famili ada kata nak buang .. Sedih juga anak kucing tuh dah sakit sekarang

    ReplyDelete
  5. sedih...kucing yg kami bela sudah 7 taon..akhirnya dibuang oleh ibubapa sy sndiri..disebabkan oleh kucing tu asek berak dalam rumah...dapat tahu pon seminggu selepas dibuang di pasar..hmm kucing jantan bernama comel..sedih teramat bila dapat tahu..hmmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular