Kitalah Pencorak Modal Insan Untuk Generasi Seterusnya
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman
Alhamdulillah..PH masih lagi diberi masa oleh Allah SWT untuk mencoretkan sedikit sebanyak kisah perjalanan hidup PH sekeluarga...Banyak juga coretan yang PH kongsikan samada di Facebook mahupun di blog yang tak seberapa ini...Bukannya apa, ianya tak lebih dari sekadar wadah sebuah perjuangan hidup yang diharungi setiap hari...Yang baik PH jadikan teladan manakala yang buruk PH jadikan sempadan...
Samada sedar atau tidak, hidup kita ni setiap hari dilanda dengan bermacam-macam ujian...Ujian tersebut datang di dalam pelbagai bentuk rupa...Ada yang kita perasan, ada yang kita tak perasan...Ada bentuk ujian yang kita tak perasan tu diiringi dengan caci maki, keluh kesah dan adu domba, sedangkan ianya adalah ujian kecil yang mana akan menjadi impak yang besar sekiranya kita tidak berlapang dada menerimanya...
Apa jua yang kita lakukan, serba serbinya perlulah ada kesederhanaan...Kalau kita sibuk dengan kucing sekalipun, keluarga usah dilupakan...Bagi PH sendiri, keluarga adalah perkara pokok yang paling asas di dalam membina kehidupan...Hidup kita perlu ada peningkatan, bukannya semakin membosankan...
Terkadang tu sedih juga melihat perbalahan yang berlaku di dalam masyarakat, lebih-lebih lagi di dalam laman sosial...caci hina maki hamun sudah menjadi 'makanan' pelayar internet setiap hari...Kanak-kanak terdedah dengan bahasa-bahasa yang kesat lagi menyesatkan...Justeru itu, sebagai ibubapa kitalah yang perlu meneutralkan semula segala macam virus negatif terhadap minda anak-anak kita...PH pernah terbaca sebuah buku dari DMFK ( Dr. Mohd Fadzillah Kamsah ) yang menyatakan bahawa di antara suasana yang terbaik di dalam mendidik akhlak kanak-kanak ialah ketika waktu makan...Dari situlah banyak adab-adab ketimuran terbina lalu diserap ke dalam minda si anak dan mengamalkannya sehinggalah dewasa...
Kita tidak perlu kaya untuk membantu haiwan ataupun orang lain...Kita tidak perlu menjadi ustaz untuk menyampaikan risalah-risalah syariat...Kita tidak perlu menjadi bangga dengan apa yang kita miliki kerana ianya semua hanyalah bersifat sementara sahaja...Apa yang kekal ialah ilmu yang kita amalkan dan menyampaikannya kepada orang lain...Itulah yang dibawa ke dalam kubur kelak...
Ayah PH sendiri mengutip kucing jalanan ketika usia mudanya dulu...Kucing yang patah kaki pun boleh sembuh apabila diurutnya...Inilah sesuatu yang PH tidak faham sehingga kini...Apa yang PH lihat, ayah merawat kucing yang sakit mengikut hati dan naluri ehsannya...Dia tidak pernah ditauliahkan sebagai seorang doktor veterinar...Dia juga tidak pernah digelar sebagai penyelamat kucing....Apa yang PH nampak, dia hanya lakukan atas dasar ehsan sesama makhluk...Itulah yang diajarkannya melalui perbuatan kepada PH...PH ketika itu masih mentah di dalam mengenal erti ehsan terhadap haiwan...Ayah PH suka memelihara kucing dan burung...Beliau juga suka menanam pokok-pokok bunga.."Mendamaikan" katanya...Burung-burung yang dipeliharanya pula ditempatkan di dalam sebuah sangkar kayu buatan sendiri yang besar, muat untuk seorang kanak-kanak berusia 5 tahun...
Si kembar bersama datuknya ( ayah PH ) |
Kini ayah pun sudah tua...Dia sudah hampir tidak larat untuk meneruskan perjuangannya dan memelihara kucing yang banyak di atas faktor kesihatan dan usia, tidak seperti zaman mudanya dulu...Ayah juga bangga dengan apa yang PH serta rakan-rakan lakukan...Ingin sekali dia turut serta tetapi apakan daya...Hanya mampu melihat dari jauh sahaja...Sekali sekala ayah mengeluh dengan sikap sambil lewa segelintir masyarakat yang suka membuang kucing di pasar...Ayah dulu bekerja dengan DBKL sebagai Pengawas Pasar di Chow Kit...Maka, ayahlah yang sering menjadi sasaran si pembuang kucing yang tidak bertanggungjawab...Nak dimarah, sahabat pula...Nak ditegur pun, rakan sepejabat...Namun ayah tidak menolak...Dia tetap menerimanya walaupun kadangkala sakit hati...Dia tidak mahu menjejaskan silaturrahim hanya kerana kucing...Dia hanya memikirkan nasib kucing itu sahaja...Banyak kucing dibawanya pulang ke rumah dengan hanya menaiki motorsikal kapcai dari Chow Kit sehinggalah ke Taman Melati, Setapak...Namun begitu, rezeki kami anak beranak tidak pernah putus walaupun gaji ayah tidak banyak...Ayah dan arwah mak sama-sama berkongsi rezeki anak beranak bersama kucing-kucing yang dikutip...Ayah dan arwah mak selalu berpesan-pesan pada PH agar selalu menjaga kucing dengan baik...
PH bersama ayah ( Yahya bin Mahmod ) |
Maka, PH lah yang bertanggungjawab untuk meneruskan perjuangannya sehingga ke hari ini...Terasa berat bahu ini memikul, tetapi berbekalkan matlamat perjuangan yang jelas maka PH gagahkan juga...Kereta yang gunakan untuk membawa kucing DBKL ialah kereta arwah mak...Setiap kali mengambil kucing DBKL atau membawa pulang mana-mana kucing jalanan, selalu PH berdoa di dalam hati :
"Ya Allah...!!! Sekiranya ada pahala untuk aku dalam mengeluarkan / menyelamatkan kucing ini, mohon hadiahkanlah pahala tersebut kepada ayah dan roh arwah mak...Kerana mereka jugalah yang mendidik aku...Dan kerana harta benda ( kereta ) arwah mak juga aku dapat keluarkan kucing-kucing ni..."
Nota PH :
Kini, tinggal PH sahaja yang perlu mencongak akal bagi memastikan perjuangan ini diteruskan ke legasi yang seterusnya...Bagi PH, kita perlu mencorak siapa yang ada di dalam rumah dulu, kemudian barulah kita boleh mencorakkan siapa yang di luar rumah...Semua orang boleh melakukannya walaupun ada sedikit perbezaan...Bangsa Melayu rata-ratanya sama sahaja gaya hidupnya...
Di ruangan entri ini, PH ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH kepada Uncle Angah serta isteri Pn Raudha kerana mendapat cahaya mata lelaki pada 24 Jun 2014, dua hari sebelum hari PH ( hari ini )...hehehehe...
PH terharu apabila Uncle Angah memberitahu menerusi Whatsapp yang dia ingin sekali membawa anaknya untuk turut serta ke DBKL bagi mengeluarkan kucing-kucing di sana...
Insan seperti beliau sudah tentunya mahu menyemai sikap menyayangi haiwan kepada legasinya...Tampuk pemikiran orang-orang terdahulu di dalam cara memelihara kucing sukar untuk diubah pada hari ini...
Sehubungan dengan ini, kitalah yang perlu menjana modal insan yang baharu demi mewujudkan sebuah generasi yang berkualiti pada masa yang akan datang...Kualiti yang PH maksudkan di sini tidak hanya bagus dari segi kerjaya dan gaya hidup, tetapi cemerlang kerana mempunyai sifat menyayangi haiwan juga...Mungkin ada di antara anak-anak kita bakal menjadi Menteri suatu hari nanti...Untuk mengubah mentaliti Menteri yang ada sekarang, bagi PH ianya ibarat menyuruh Abam Jojo Kepsi beli tiket kapal terbang...Ada ayam golek baru nak buat...Cakap apa pun tak boleh blah...
Comments
Post a Comment