Sikap Pemilik Kucing Yang Tidak Sepatutnya Dicontohi

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Sebenarnya PH sedang merangka satu artikel yang topiknya agak berat..Ianya berkenaan dengan sikap dan mentaliti segelintir rakyat Malaysia yang tidak seiring dengan pembangunan pesat Malaysia sebagai negara yang membangun...Tapi, PH terpaksa SAVED dalam DRAFT dulu sebab nak kumpul fakta yang tepat...Yalah, sebagai penulis blog, apa sahaja yang kita tulis perlu ada asas yang kukuh, bukan main semberono jer...Nanti jadi fitnah pula...Maklumlah, zaman sekarang ni laman sosial dah menjadi medan fitnah...Nanti tak sampai 24 jam silap sikit ajer habis satu dunia kutuk ...Keyboard Warrior pun mulalah nak tunjuk bajet good...hmmm...Macam-macam perangai manusia ni...

Entri kali ini PH nak kongsi tentang pendapat PH mengenai sikap sesetengah pemilik kucing...Ada yang mendidik kucing dengan penuh kasih sayang, dan ada juga yang mendidik mereka dengan sambil lewa...Pada pandangan PH, mendidik kucing dengan sikap sambil lewa ni terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan perkembangan mental si comel...Tapi di ruang dan masa yang terhad ini, PH ingin menulis tentang perkembangan mental si comel sahaja...

Kucing sememangnya sinonim dengan sifat kenakalannya, comel dan manja...Tetapi AWAS..!! Sekiranya tidak kena dengan cara bela...Tak hairan juga ada orang takut dengan kucing kerana mungkin pernah mengalami pengalaman pahit seperti dicakar atau digigit kucing...Itu biasalah sebab dah trauma, kan...??



Tetapi, kadangkala sikap pemilik kucing itu sendiri juga menyebabkan faktor sedemikian terjadi...Ada kucing sejak kecil selalu 'dimanjakan' dengan provokasi...Ini menyebabkan 'mindset' kucing tersebut menjadi agresif walaupun ianya hanya kucing domestik ( kucing peliharaan )...

Kadangkala, gurauan secara kasar dan melampau oleh pemilik kucing juga mempengaruhi emosi kucing yang dibela...Senario ini bertambah buruk apabila pemilik kucing 'gian' nak tengok kucingnya meremangkan bulu dan mengeluarkan bunyi pelik apabila marah lalu dimuatnaik ke laman sosial sebagai bahan jenaka...


Berdasarkan pengalaman PH sendiri, tipulah kalau PH kata tidak pernah digigit kucing...Kalau kucing-kucing DBKL tu, memang dah selalu sangat...Tetapi itu 'tak dikira' dalam topik ini kerana trauma mereka berasas atas disebabkan faktor suasana sekitar ketika ditangkap sebelum PH dan Uncle Angah dapat mengeluarkan mereka...


Sebagai imbasan kembali. ada juga kucing rumah yang pernah menggigit tangan PH...Hairan juga masa kena gigit tu sebab sebelum ini kucing tersebut ( lupa namanya sebab banyak sangat ) sangat baik dan manja...Rupa-rupanya barulah PH dapat tahu bahawa jiran PH pernah memukulnya dengan batang penyapu hanya kerana masuk ke kawasan rumahnya...Ini berlaku lebih 20 tahun yang lalu...Kucing tersebut menggigit tangan PH secara tiba-tiba ketika ingin mendukungnya...Masa tu PH sekolah lagi...


Kucing yang tengah marah jangan diusik kalau tak tahu caranya...PH sendiri pun seriau juga kadang-kadang tu...Cara yang paling senang dan selamat kalau nak leraikan mereka biasanya PH bukak tin wetfood pastu letak kat depan mata mereka...Paling tidak pun PH ambil kain dan tutup kepala mereka, biarkan selama beberapa saat dan cekak belakang lehernya...Jangan sekali-kali memegang mereka ketika marah sedang memuncak...


Ada juga pemilik kucing yang tidak bernasib baik dicakar kucing peliharaan sehingga mendatangkan kecederaan yang parah walhal dia mungkin melayan kucingnya dengan sangat baik...Tetapi, sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya...Kadang-kadang, kita layan kucing kita baik tapi di belakang takut anak-anak atau jiran-jiran kita melayan mereka dengan cara yang tidak sepatutnya...Kucing ni bila marah dia tak kenal siapa dah...


Ini adalah contoh-contoh yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemilik kucing...Ianya mungkin melucukan bagi sesetengah orang, namun tidak bagi PH...Nanti apabila terjadi sesuatu hal maka kucing juga yang dipersalahkan...Kucing ni tiada akal seperti kita...Mereka bertindak berdasarkan rasa fitrah dan nafsu...Kalau tak boleh PLAY video ni, KLIK SINI ( LINK )


Nota PH :

Kucing marah sebab banyak faktor...Dia cuma rasa terancam di dalam sesuatu situasi...Maka dengan itu, didiklah kucing kesayangan tanpa provokasi dan gurauan yang melampau...Bagi kita ianya gurauan, tapi kadangkala bagi mereka ianya adalah satu ancaman secara langsung...

Ada kes kucing diserahkan kepada pihak berkuasa kerana mendatangkan kecederaan kepada ahli keluarga pemilik kucing...Macam tu lah resam...Ramai manusia terlepas pandang akan kesilapan diri...

Namun begitu, walau bagaimana comel kucing sekalipun mereka juga tidak terlepas dari menjadi makhluk yang dibenci oleh sesetengah manusia...Bagi pendapat PH, kucing adalah 'sahabat' manusia yang terbaik...Mereka yang memelihara kucing tetapi kemudian membenci mereka tanpa melihat kekhilafan diri sendiri adalah sesuatu yang tidak patut...


Anjing...??? Haha yang ni buku lain...Lain kali PH cerita yer...Setakat ni Abam Jojo Kepsi, Abam Bobop, Abam Boboy, Kak Janet dan Abam Chippy semua hokayyy sebab PH ajar mereka hidup dengan berkasih sayang...Tak pernah lagi buat hal...Alhamdulillah...

Sori lah entri kali ini kurang padat dengan isi sebab PH taip di kala waktu bertugas...

Comments

  1. keluarga saya bela banyak kucing sejak dari saya kecik & macam2 perangai ada. Ada yang suka makan anak ayam.. ada yang suka kencing merata2 ada yang garang sampai tak boleh cuit langsung. saya ada sekor kucing kat kg nama dia nemo dia masa kecik kucing manja.. setakat kita nak pegang usap2 dia tu xde hal.. tp adik saya suka sangat menyakat tarik ekor dia sampai dia jadi trauma tak boleh orang sentuh langsung mesti dia nak gigit @ cakar. sampai la sekarang umur dia dah tua. maybe 11 ke 12 tahun still perangai dia tak berubah.. kadang2 tu dia datang tido dekat kita.. tapi bila kita gerak sikit dia tampar.. kira dia big bos la. tak boleh org cuit langsung. kalau dia tido atas kita.. kita nak bangun pun susah sebab x blh sentuh dia marah. dulu ada kucing jiran suka datang umah saya.. makan, main & tido. kami panggil sarip pun sama x blh sentuh. Moral of the story kucing bertindak ada sebab.. mustahil dia jadi ganas tanpa sebab

    ReplyDelete
  2. Sy bela byk kucing, ada mcm2 jenis peel. Dulu lps kucing parsi sy mati beranak, jumpa seekor dpn pintu rmh sewa. Sy bela smpai sekrg. Nama dia cheeky. Dia ni kucing yg dlm dunia dia hanya ada sy je. Tdo dgn sy. Hidung dia mesti nak sentuh hidung mama dia time tdo. Klu sy pusing kanan ke kanan la dia klu ke kiri ke kiri la dia. Mcm tu punya syg dia pd sy. Dan dia akan mrh bila ada org dkt dgn mama dia, akan di mrhnya org tu. Tp bila sy pindah dr pangsapuri ke rmh teres, mula2 je dia ddk rmh. Bila rmh da semakin ramai kucing dia x nak blk da. Blk pon bila dia lapar je. Bila dia blk pon x taw sbb mknan mmg sentiasa sy ltk dlm bekas di luar rmh. Mangkuk mkn dia hanya dia je. Klu dia npk kucing lain mkn, mmg dia akan berlalu pergi. Erm..bab klu kucing2 sy bergaduh, sy akan ambil mrk. Sbb sy da pesan "mama x suke korunk gaduh. Jgn gaduh2 mama x suke. Ddk rmh sama2, mkn sama2 & main sama2. Kamu adik beradik syg menyayangi. Ingat tu" so far x pernah sy kene cakar lg sepjg meleraikan pergaduhan. Tp klu sy tgk semcm je sy biar saja. Kucing2 sy ada yg di panggil org akan dtg tp xkan dtg dekat. Bila sy bw anak jln2 pusing taman, kucing2 sy akan ikut sekali. Korunk perasan x, ni pd perhatian sy la. Klu kita bela kucing dr kecil, kucing tu akan menyerupai bentuk muka kita. Betul x? X caya cuba tgk kucing jiran anda dgn kucing anda mesti ada beza wlpon hanya kucing biasa.

    ReplyDelete
  3. Semoga amasyarakat lebih memahami dunia kucing dan tak mudah jatuh hukum terhadap perilaku haiwan.

    ReplyDelete
  4. Saya bela kucing lebih dari 30 ekor setakat nie alhamdulillah tak pernah meraka mencakar atau mengigit saya :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular