60 kambing mati akibat racun tikus
PH tumpang simpati dengan pemilik kambing yang mati sia-sia ni...Dengar khabarnya termakan racun tikus...Patutnya la kan, racun-racun sebegini perlu dipantau siapa penjual dan siapa pembelinya...Dikhuatiri nanti ada orang beli racun untuk tujuan sabotaj...Sukar nak dibendung kalau tidak dipantau dengan sebaiknya...Peniaga racun tidak boleh menjual racun kepada orang awam secara semberono jer...
Teringat dulu ada seorang rakan Kakimotong Fan Club telah berkongsi kisah sedih di mana 12 ekor kucingnya mati bergelimpangan akibat termakan ikan yang dibubuh racun tikus...Bapanya seorang petani dan amat mengenali jenis racun yang digunakan tu sememangnya adalah racun tikus...Apa akan jadi kalau racun tikus digunakan untuk membunuh manusia...??
PH tumpang simpati dengan apa yang berlaku terhadap Encik Abdul Razak...Ini adalah satu ujian dari Allah SWT dan semoga beliau diberi ketabahan untuk menghadapinya...Diharapkan agar segalanya dapat diselesaikan dengan adil dan saksama...Bagi PH, ini adalah soal kecuaian oleh si pengguna racun tikus...Berikut adalah berita dari Sinar Harian...
BANDAR SERI JEMPOL - Sorang penternak kambing hampir tidak percaya apabila 60 ekor kambingnya mati yang mat secara berperingkat dipercayai termakan racun tikus sejak 25 April lalu.
Akibat kejadian itu, Abdul Razak Musa. 59, kerugian lebih RM24,000.
Menurutnya, pada 25 April lalu, tiga kambingnya ditemui mati dalam kandangnya dekat kawasan kebun sawit Felda Gugusan Raja Alias Satu.
“Awalnya, saya tidak memandang serius mengenai perkara ini tetapi mula bimbang apabila hampir setiap hari ada sahaja kambing yang mati.
“Saya tekad membuat laporan polis pada 29 April lalu, di Balai Polis Bandar Seri Jempol, susulan jumlah kambing yang mati telah meningkat. Dalam masa lima hari sahaja 39 kambing ditemui mati dengan keadaan mulut dan hidung berdarah,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya lagi, asalnya dia mempunyai 130 ekor kambing dan sehingga kini 60 ekor kambing mati dan beberapa ekor kambing sudah berada dalam keadaan yang membimbangkan.
Jelasnya, apabila meninjau kawasan kebunnya, didapati racun tikus bersepah dan tidak ditabur dengan baik.
“Kebun sawit milik saya ini diuruskan Felda Technoplant termasuk urusan penjagaan pokok sawit. Kebiasaannya pekerja mereka akan menabur racun tikus bagi mengatasi masalah tikus tanaman,” katanya.
Abdul Razak yang juga peneroka di kawasan tersebut berkata, tindakan menabur racun secara tidak sistematik amat bahaya dan boleh menimbulkan pelbagai masalah.
“Saya berharap pihak pengurusan berkenaan dapat memantau kerja yang dilaksanakan oleh pekerja mereka.
“Kejadian ini adalah pertama kali berlaku melibatkan jumlah yang banyak sejak saya menjadi penternak 25 tahun lalu dan kini saya mengalami kerugian yang besar akibat kelalaian pihak lain,” katanya.
Menurutnya, dia juga telah memaklumkan perkara ini kepada Pejabat Veterinar daerah dan mereka telah mengambil sampel darah haiwan tersebut serta keputusan ujian itu hanya akan diketahui dalam jangka masa satu bulan.
Comments
Post a Comment