Boboi tewas dibelit ular sawa

Melaka: “Boboi paling manja dengan saya, siang tadi (kelmarin) dia duduk dan menjilat kaki saya ketika saya solat Zuhur,” kata Abu Bakar Abdul Rahman, 58, dari Taman Malim Jaya, Seksyen 1, di sini, selepas kucing kesayangannya mati dibelit ular sawa.

Dalam kejadian 10 malam itu, Abu Bakar keluar dari rumah, mencari cincinnya dipercayai tercicir di garaj selepas pulang dari berniaga di kedai runcit.

Menurutnya, ketika mencari di garaj itu, dia ternampak ular sawa sebelum mengambil cangkul dan mendapati reptilia itu membelit kucing kesayangannya sebelum mengetuk haiwan itu dengan cangkul.


“Ular sepanjang empat meter itu lari ke dalam longkang sebelum saya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.

Anak perempuan Abu Bakar, Munirah Abu Bakar, 23, berkata, kucing baka Siam itu dibela sejak kecil.

Comments

Entri Popular