Ular berbisa kena 'buli' dengan kanak-kanak ( Video )
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan buat semua...
Kalau kita berada kat semak atau dalam hutan, pasti berderau darah kalau disebut perkataan ULAR...kan..?? PH sendiri pun seriau kalau berjumpa dengan ular walaupun selalu bertembung dengannya semasa on the way ke CV...Tapi buat peminat ular PH tak pasti lah mereka okay ke tak kalau berada kat dalam hutan...Hmmm mesti ada yang steady dan mesti ada yang cuak juga kan...?? Ye lah, ular peliharaan dengan ular di belantara tak sama karektornya...
Nak dijadikan cerita untuk entri kali ini, PH terjumpa sebuah video di Youtube...Berderau juga darah PH ni tengok video tersebut...Apa taknya, budak kecik dalam lingkungan usia dua tahun siap boleh main tarik-tarik ekor ular yang masuk ke kawasan rumahnya....Besar pulak ular tu...
Dalam link video ni di Youtube takde pulak orang komen, so PH tak dapat banyak maklumat mengenainya...Tapi PH rasa kawasan ni mungkin kerap 'dikunjungi' ular yang tersesat...Family budak kecik ni pun dah train budak kecik ni...Tapi kita yang tengok ni seriaulah buatnya ada hal yang buruk terjadi...PH rasa video ini dirakam di luar negara...
Owh yer..!!! PH pernah diberitahu oleh seorang kawan PH yang juga merupakan seorang renjer hutan...Tapi masa tu dia dah berhenti jadi renjer dan menjadi pembantu juruukur...Dia kata ular ni sebenarnya bersifat pemalu...Dia takkan datang ke sesebuah tempat yang ada orang...Kalau ada, itu maknanya dia tersesat...Kalau rasa terancam, ular akan cuba untuk lari dulu...Kalau masa dia lari kita pijak ekor dia, ular takkan patuk...PH tanya kawan PH tu, masa bila dia akan patuk kita...??? Dia kata ular akan patuk kita kalau kita buat kacau kat tempat dia...Kalau kita datang tempat dia tapi tak buat kacau, ular akan lari...
Wallahualam PH pun tak pasti...Apa yang pasti, PH dapat satu ilmu baru dari kawan PH ni...Sesiapa yang bela ular tahulah perangai ular ni macamana...
Jom sama-sama kita lihat video...
Mak bapak budak kecik ni berani2 jer kan...?? Kang kalau dah kena patuk baru tau...
Posted by Platinum Media on Wednesday, May 13, 2015
Comments
Post a Comment