Kisah Si Jamek, Seekor Kucing Malang Yang Telah Didera Sehingga Patah Rahang
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Semua...
Maaf terlebih dahulu PH pinta kerana tidak dapat mengemaskini blog seperti selalu...Banyak betul cerita dan kisah menarik yang PH belum sempat dimuatkan ke dalam blog kesayangan ramai ini....Baru-baru ini, 3 ekor kucing yang PH kutip telah berjaya menemui tuan yang baru...Serba salah juga PH nak ceritakan ke dalam Facebook Kakimotong Fan Club...Maklumlah...kalau satu kebaikan yang kita buat dan cuba untuk berkongsi kepada masyarakat sekeliling, kejahatan yang muncul akan datang berpusu-pusu macam peluru...Akhirnya, bersarang kat PH juga...Itu tak betul, ini tak betul...Mereka sahaja yang betul tapi nak buatnya tak mahu...Sebagai manusia biasa, tipulah kalau PH katakan ianya bukan usaha untuk cuba membantutkan usaha dan perjuangan PH ni...Tetapi, selagi ada hayat PH akan tentang secara berhabis-habisan...Begitulah manusia yang selalu mengakui dirinya selalu betul sepanjang hayat..Tak mengapalah, biarlah ianya berlalu...Bak kata seorang 'sahabat' PH, biarlah MASA yang menyembuhkannya...
Untuk dijadikan santapan entri blog kali ini, PH ingin bercerita sedikit tentang kisah seekor kucing jalanan yang selalu PH beri makan di Restoran Jamek Maju, Semenyih...Kucing ini sudah tua, namun dia masih mempunyai hak untuk meneruskan hidup...Pada minggu lepas ( tak ingat pula tarikhnya ), PH singgah ke restoran Jamek Maju Semenyih untuk minum petang...Di hadapan PH, ada sepasang suami isteri dan dua orang anaknya sedang menunggu makanan yang dipesan...Kemudian, lalu di hadapan PH seekor kucing yang sangat PH kenal...Selalu juga dia diberi makan oleh pemilik restoran ini...Kemudian, kucing itu duduk mendongak ke arah 'baby chair' yang diduduki oleh seorang anak kecil dalam usia lebih kurang 3-4 tahun...Ketika itu, kucing ini membelakangi PH dan PH tidak nampak langsung mukanya...Apabila anak kecil itu menyedari kucing itu menghampirinya, dia menendang-nendang muka kucing itu tadi berulang kali...Kucing itu hanya diam sahaja..Sekali sekala kedengaran bunyi dia mengiau untuk meminta secebis makanan...Tiba-tiba, bapa anak kecil tersebut kelihatan terkejut apabila melihat muka kucing itu lalu menghalaunya dengan sehina-hinanya...Di'SYUHH'kan kucing itu dengan sekuat hati sambil mengacah-acahkan kakinya ke arah muka kucing tersebut...Ibu anak kecil itu kelihatan biasa sahaja seperti tiada apa yang berlaku...Yang pasti, ibu anak kecil ini sudah melihat wajah kucing yang sedang cuba dihalau oleh suaminya itu...
Apabila menyedari tindakannya menghalau kucing itu diperhatikan oleh PH, dia memperlahankan suara 'SYUHH'nya tetapi kakinya masih mengacah-acah ke arah muka kucing itu...Kebetulan, PH memang ada bawa tong makanan kucing khas untuk kucing-kucing jalanan lalu PH memanggil kucing itu...Apabila kucing itu menyedari dia dipanggil, terus dia menoleh ke arah PH dan berlari anak menuju ke bawah meja PH...Alangkah terkejutnya apabila PH melihat wajah kucing ini...Mukanya sangatlah mengerikan...Mulutnya ternganga dan air liurnya meleleh tidak berhenti...Menyedari keadaan itu, PH mengangkat kucing itu di hadapannya sambil berkata dengan kuat....
"Bang..!!! Takkan anak sepak kucing boleh tengok ajer bang...Agak-agak la kalau yer pon...Dengan kucing sakit pun nak berlagak ke...!!!"
Lelaki itu pura-pura tidak mendengar dan isterinya kelihatan mengerutkan dahinya...PH sebenarnya dah malas nak bergaduh dalam bab ni...Letih dah...Benda sebegini sebenarnya tidak perlu diajar, lebih-lebih lagi pada orang yang lebih tua daripada PH...
Kemudian, meletakkan kucing ini ke dalam kereta dan balik ke rumah untuk mengambil MH dan si kembar...PH bawanya ke klinik Dr Zul di Seri Kembangan pada malam itu juga...Di sepanjang perjalanan, kucing ini terbaring lesu..Mungkin dia dah berputus asa untuk hidup...Dia biarkan sahaja tangan kasar PH mengurut-urut kepalanya...Habis berbau tangan PH dek kerana terkena air liurnya yang meleleh tidak berhenti...Nampak gayanya, rahangnya patah teruk...Gigi taringnya hanya tinggal sebatang sahaja...
Perjalanan PH pada malam itu diiringi dengan hujan yang sangat lebat diiringi dengan dentuman kilat yang sabung-menyabung...MH kelihatan sangat sedih terhadap nasib yang menimpa kucing ini...Kami sepakat menamakannya Si Jamek...
Perjalanan mengambil masa 30 minit...Akhirnya, dengan izin Allah SWT PH sampai juga ke destinasi yang dituju...Kes Si Jamek telah diambil perhatian yang sewajarnya oleh Dr Zul dan Dr Hezri...Misi Rizal juga sangat bersimpati akan nasib yang menimpa Si Jamek ini...
Dr Zul mentafsirkan kecederaan Si Jamek ini sebagai 'Traumatic Injury'...Ketika penelitian awal, beliau menganggap bahawa Si Jamek mungkin dilanggar kenderaan...Walaubagaimanapun, ianya tidak dapat dipastikan lagi kerana masih terlalu awal untuk mentafsirkannya...
Kecederaan dalaman juga telah dikesan oleh Dr Zul pada bahagian pangkal peha kiri Si Jamek..Ada bengkak yang sangat besar...
Ada kesan kelar di bahagian belakang badannya...Nampak seperti terhiris dengan objek tajam...
Si Jamek terpaksa di tahan di wad kucing untuk tempoh beberapa hari bagi melihat perkembangan kesihatannya sebelum sebarang pembedahan boleh dilakukan...Ini adalah kerana Si Jamek ini sudah tua dan dikhuatiri ada perkara yang tidak diingini akan berlaku ketika pembedahan dilakukan...Maka, PH pun meninggalkan klinik Dr Zul dengan sejuta harapan untuk melihatnya sembuh seperti sediakala...Inilah wajah terakhir Si Jamek yang sempat PH ambil sebelum pulang...
Beberapa hari selepas itu, PH datang semula ke klinik Dr Zul untuk melihat perkembangannya...Alhamdulillah, ketika itu muka Si Jamek sudah bersih dan matanya bersinar semula...Dia kelihatan gembira apabila melihat ada orang datang mengunjunginya...
Menurut kenyataan Dr Zul pada hari itu, perkembangan kesihatannya semakin positif...Selera makannya juga macam gajah...Banyak juga 'wet food' yang dia sental walaupun rahangnya mempunyai masalah yang serius...Ini menunjukkan bahawa Si Jamek telah kembali bersemangat untuk meneruskan hidup...Sistem perkumuhannya juga tidak mengalami sebarang masalah yang serius...Semuanya adalah dengan izin Allah juga...Alhamdulillah...Tabah betul Si Jamek ni...
Kedatangan PH kali ini turut disertai oleh beberapa orang sahabat..
Aunty Umairah dan suaminya, Kapten Anuar Musa juga turut menziarahi Si Jamek...Mengucap panjang Aunty dan Kapten apabila melihat keadaan Si Jamek...
Sekali lagi kami terpaksa meninggalkan Si Jamek di wad kerana Dr Zul memerlukan masa untuk menentukan keadaan Si Jamek benar-benar 'steady' sebelum meneruskan pembedahan bagi merawat 'Hernia' pada pangkal peha kirinya...Ini juga adalah merupakan pertemuan sulung di antara Aunty Umairah, Kapten dengan Dr Zul...Inilah yang PH harapkan...Dengan terlebih dahulu menjaga hubungan sesama manusia, ianya adalah lebih afdal...
Pada tanggal 22 Oktober 2012, Si Jamek mula menjalani pembedahan 'Hernia'...PH difahamkan bahawa tisu otot daging Si Jamek yang terkoyak adalah 'kemas' dan hanya setempat sahaja...Biasanya, kalau tisu yang koyak akibat kemalangan, ianya tidak sebegitu...Maka, Dr Zul mentafsirkan bahawa kemungkinan besar bahawa Si Jamek telah disepak dengan kuat ataupun dipukul dengan objek tumpul kerana sasarannya hanyalah setempat sahaja...Rahangnya yang telah patah tiga juga barangkali akibat telah didera...
Tisunya yang koyak kelihatan agak besar sehingga jari pun boleh dimasukkan...Aduhai...Sedih apabila PH mendengar khabar ini....Mengapalah manusia selalu bersikap begini...Inilah akibatnya apabila pihak berkuasa GAGAL memartabatkan Akta Binatang 1953 ( Pindaan 2006 )....Bagi PH ini adalah perbuatan jenayah terhadap haiwan...Akibat GAGAL mendaulatkan undang-undang, rakyat Malaysia sering terlupa bahawa di negara ini sebenarnya ada undang-undang terhadap penjenayah haiwan...
Semasa PH menziarahinya semalam, Si Jamek baru sahaja selesai menjalani pembedahan..Pilu rasanya hati bila melihat keadaannya yang sangat tidak bermaya...Ketika ini, Si Jamek berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri...
Nota PH :
PH sangat mengharapkan bahawa para pembaca sekalian dapat berfikir dengan rasional mengapa kadangkala ada kucing jalanan hanya datang kepada kita seorang, dan tidak kepada orang lain....Tidak mengapa kalau kita tidak menyukai mereka kerana semua orang tidak suka dipaksa untuk menyukai apa yang tidak disukainya...Tetapi, gunalah akal yang tajam untuk menilai yang mana baik dan buruk...Bukankah mereka yang tinggal di jalanan ini adalah ujian yang dihantar oleh Allah SWT bagi kita semua untuk menilai sejauh mana tahap perikemanusiaan dan keikhlasan kita...??? Bayangkanlah apa yang Allah balas sekiranya kita menyepak atau memukul kucing-kucing jalanan yang datang menghampiri kita hanya untuk meminta sedikit makanan..???
Kalau kalian faham, baguslah...Kalau tak faham, kalian buat-buatlah faham yer...Sampaikanlah ayat-ayat ini kepada rakan taulan dan saudara mara...
Untuk makluman tambahan, rahang Si Jamek yang telah patah ini bukanlah disebabkan oleh tendangan oleh si anak kecil itu, tetapi ianya adalah disebabkan oleh orang lain yang terlebih dahulu melakukan kekejaman ke atasnya...Mungkin bapa si anak kecil yang menghalau Si Jamek geli geleman melihat keadaannya...Tapi itu bukanlah alasan untuk menghalau Si Jamek dengan sehina-hinanya...Dia juga adalah makhluk Allah yang telah diberikan nyawa....Untuk kita semua, bersyukurlah kerana telah diciptakan sebagai seorang manusia...Perlu diingat, haiwan juga tidak terlepas dari ujianNya, apatah lagi kita sebagai manusia yang telah dicipta untuk menyembah Allah SWT....
Berkenaan dengan entri susulan seorang lelaki yang dikatakan telah membunuh 36 ekor kucing di Johor Bahru ( KLIK SINI ), PH terpaksa tangguhkan dulu entrinya kerana PH perlu memproses terlebih dahulu rakaman perbualan audio tersembunyi di antara PH, rakan-rakan dan lelaki tersebut...Harap kalian bersabar yer...
SEKIAN
ya tuhan ku , kenapa haiwan yang berhati suci diperlakukan bergini , harap2 orang yang mendera jamek akan dapat balasan setimpal nya T.T
ReplyDeleteMeleleh airmata akak membaca perihal jamek. Ya Allah sembuhkan lah ia.
ReplyDeleteMeleleh airmata akak membaca perihal jamek. Ya Allah sembuhkan lah ia.
ReplyDeleteSedih..:(
ReplyDeleteSemoga Allag memberikan yang terbaik utk Jamek..Aminn...
kesiannye..
ReplyDeleteYa Allah, kurniakanlah yg terbaik buat Jamek, sesungguhnya Engkau maha mengetahui, ameen.
ReplyDeletemacamana keadaan jamek? macamana keadaan tulang rahang jamek sekarang, sudah sembuh ke belum?
ReplyDeleteph,aku suka baca blog mu la.
ReplyDeleteaduhai... kasihannya.. rahang patah tu mmg confirm kena tendang macam bola.. kucing ni tak takut dgn org, mungkin dia bertuan dahulu..
ReplyDeleteKesiannya kucing nih. Sungguh menyayat hati...
ReplyDeleteYa Allah..ringanknlh penderitaannya
ReplyDeleteSEDIH! jamek kuatkan semangat yep. moga jamek dapat jadi contoh utk manusia kat luar tu yang hampir putus asa dengan hidup. dan semoga jamek cepat2 sembuh.
ReplyDeleteSedihnya , Semoga dia kuat untuk hadapi cabaran ni
ReplyDeleteApa kesudahan kucing ni? Pls update.. Harap kucing ni kmbali pulih seperti biasa.. Sangat2 sedih bila melihat kucing dperlakukan sedemikian..
ReplyDelete