14 Ekor Kucing Berjaya Diselamatkan Oleh Team HERO Dari Dilupuskan

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Pada 14 Julai yang lalu, anggota Team HERO iaitu Saudara Firdaus Abdullah ( Uuncle Angah ) dan PH sendiri telah melaksanakan misi buat minggu yang ke 35 berturut-turut...Misi kali ini kami berjaya mengeluarkan sebanyak 14 ekor kucing yang telah ditangkap pada minggu lepas...8 daripadanya adalah kucing dalam lingkungan usia 5 bulan sehingga 1 tahun ke atas manakala 6 lagi adalah kucing yang berusia dalam lingkungan 2 bulan ke bawah...Kira budak sangatlah tu...Kesian mereka-mereka ni...Dah lah kena buang, lepas tu kena tangkap pulak tu...Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni...Tak sudah-sudah asyik nak buang kucing...Ada dua ekor kucing yang sangat bersih dan PH percaya kucing ini adalah kucing serahan, bukannya ditangkap...

Ramai yang menyangka menyerahkan kucing jalanan kepada pihak berkuasa adalah satu langkah yang betul, tetapi sebenarnya ianya adalah SANGAT TIDAK WAJAR...Kucing jalanan yang sihat dan tidak berpenyakit akan berisiko tinggi untuk MENJADI SAKIT sekiranya mereka dikurung di dalam sangkar di pusat kurungan haiwan pihak berkuasa...Mereka akan menjadi takut, stress dan hilang selera makan selain dari menjadi mangsa jangkitan virus berbahaya seperti Parvo dan Sporo, tidak sepertimana keadaan semasa mereka di habitat asal...Ini secara tidak langsung menjadikan orang yang menyerahkan kucing ini adalah PEMBUNUH SENYAP...Kalau tak tahu jenis-jenis virus berbahaya kucing, rajin-rajinlah Google yer...Kalau nak jadi pemilik kucing yang BERKUALITI kenalah rajin menggali ilmu kehaiwanan agar kesilapan yang sama tidak berulang berkali-kali...Kesilapan kali pertama dipanggil KESILAPAN manakala kesilapan yang dilakukan berturut-turut dipanggil KEBODOHAN...Jangan selalu berasa diri kita ni bagus dan cukup ilmu...Tak baik tu...Nanti kucing juga yang menjadi mangsa...


Uuncle Angah memang begini...Dia selalu melakukan perkara yang orang lain jarang lakukan...Walaupun lelah, tetapi itu tidak dijadikan alasan untuk membiarkan kucing-kucing ini dilupuskan begitu sahaja...Sekali pandang dah macam ninja kucing dah...Kerja-kerja pemunggahan kucing keluar dari sangkar pusat kurungan haiwan ini selesai pada jam 12.30 tengahari...


Kami terpaksa pakai kereta sorong sebab sangkar hitam tu dah longgar...Siap ikat dengan straw lagi tu...Takpelah, takde rotan akar pun berguna juga, kan...?? Lagipun budak-budak gebus ni teeeeersangatlah berat bila duduk dalam satu sangkar...Sakit pinggang dibuatnya...Lutut pun boleh longgar tau....hehehehe


Budak-budak kecil ini tiada ibu...Entah di mana agaknya ibu mereka ni..Comel-comel kesemuanya walaupun busuk...Tetapi PH perasan ada di antaranya menunjukkan simtom-simtom sudah ada penyakit...PH tak pasti samada penyakit tu datang dari sangkar kurungan ataupun sebaliknya...Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya...Tapi tak mengapalah, asalkan mereka dapat keluar dari pusat kurungan haiwan tu pun dah cukup baik...Hidup atau mati itu belakang kira...Sekurang-kurangnya kalau mereka mati pun ada kuburnya sebab PH sendiri yang akan kebumikan...Itulah hak mereka sebagai makhluk Allah di atas muka bumi ini...


Kucing putih ini sangat bersih walaupun berbau hapak...Berdasarkan pengalaman, PH rasa kucing ini adalah kucing serahan secara terus kepada pihak berkuasa...Entahapehapentah...


Ni namanya Jolie...Mulut dia yang paling bising sekali di sepanjang perjalanan pulang ke Kakimotong Cat Village...Kesian dia...Masa kat dalam sangkar kurungan dia murung jer..Tapi bila dah bebas bising betul mulut dia...Itu maknanya dia gembira dapat menikmati semula hak kebebasan yang telah dirampas...


Yang sekor tu tompoknya macam misai Hitler...Comel tapi agak garang...Mereka ni semua garang sebab takut dan stress yang terlampau...


Ini adalah misi yang pertama kali dilakukan oleh Team HERO di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak...Masa nak balik, jalan pun tak sesak...Alhamdulillah segalanya dipermudahkan...Uuncle Angah menjadi ninja di sepanjang perjalanan dari Setapak ke Semenyih sebab takut semput...Hadooiii...PH pulak dah imun dengan bulu kucing...Kat seat belakang tu penuh dengan kucing...Macam-macam bunyi dan bau ada...hehehehe



Alhamdulillah sekarang mereka semua telah selamat Check In ke Kakimotong Cat Village...PH tersenyum seorang diri apabila melihat Si Jolie dapat tidur dengan lena...Kucing-kucing kecil yang lain pun ikut tidur sama di atas pangkin buluh yang PH buatkan khas untuk mereka...Kakimotong Cat Village ini sememangnya adalah khas untuk kucing-kucing DBKL, sepertimana yang termaktub di dalam kertas kerja yang PH buat semasa memohon tanah ini...Berhari-hari PH mengambil masa untuk membuatnya...PH tidak akan mengambil kucing-kucing serahan...Tapi masih ada yang tidak faham atau buat-buat tidak memahaminya...Ada yang memarahi PH kerana mempersoalkan mengapa PH tidak mahu mengambil kucing-kucing yang mereka nak buang...Siap mendoakan agar pemilik tanah ini menarik balik tanah tersebut dari PH...Agaknya mereka suka tengok kucing DBKL ni dilupuskan...

Hmmm...Ingatlah, Allah bukannya 'pembunuh upahan' yer...Kalau PH asyik ambil kucing serahan, bila pulak masyarakat nak belajar untuk mengambil tanggungjawab, yer dop...??? Kucing-kucing DBKL ni tidak punya banyak masa untuk hidup sekiranya tidak dikeluarkan dari pusat kurungan haiwan tersebut...Jumlah tangkapan kucing yang akan datang pun perlu diambilkira...Ia bukan seekor dua, tetapi berpuluh-puluh ekor...Jadi, fikir-fikirkanlah...Jangan cakap sembarangan mengikut emosi...Jagalah sensitiviti dan belajarlah menghormati usaha orang lain...Buang sikap suka mencabar kesabaran orang lain...


Nota PH :

Angka tangkapan kucing masih tidak menunjukkan sebarang penurunan...Semasa kami pulang, ada baki lebih kurang 20 ekor kucing yang baru sahaja ditangkap...Selagi ada orang membuang kucing dan selagi ada yang merepot kepada pihak berkuasa, jumlah ini tidak mungkin akan berkurangan...


Menurut sumber yang sahih, banyak kucing dibuang dan direpot di sekitar perumahan flat dan pasar basah...Ramai orang mengambil jalan pintas untuk meletakkan masalah mereka ke atas bahu orang lain..Apakah mereka-mereka ni tak ingat dosa pahala ke kalau kucing yang mereka buang tu menderita...?? Bila ada orang Myanmar makan kucing tahu pula nak bising...Sudah-sudahlah tu...


Kalau difikir-fikirkan, kita nak sedih pun takde guna sebab masing-masing ada akal...Sekalipun kita sedih bukannya mereka kisah pun, kan...?? Hati dah keras ---->> batu besar dalam kepala ada duduk...


Jangan ambil mudah tentang perkara ini yer...Kalau kucing dah banyak kat rumah, janganlah diambil kucing jalanan lagi...Mandulkanlah kucing yang sedia ada kat rumah tu...Sediakan tempat khas untuk mereka tidur dan membuang najis...Kucing adalah seekor haiwan yang bijak dan boleh dididik, cuma ada segelintir golongan yang culas dan memelihara mereka sambil lewa...

Hentikanlah kegiatan membuang kucing di jalanan...Kasihanilah mereka yer...

Jom singgah ke Fan Page Pertubuhan Aktivis Haiwan -HERO ( link )

Comments

  1. TOL LH, BATU AD BESAR DDK ATS DLM KPL TU SBB BONGOK BODOH XHBS HBS

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular