From Zero To Hero - Tak Mengapalah...Masih Ada Yang Sayang Kamu...
Si comel ini bermata biru macam guli...PH rasa perkara sebegini ( kucing merempat ) berlaku di mana-mana sahaja....Walaupun ada yang berpendapat kes ini masih terpencil, tetapi bagi PH itu bukanlah persoalannya...Kucing dan anjing yang merempat dan dipukul di sana sini, itulah yang menjadi persoalan pokok....Ramai pencinta haiwan bertungkus lumus menyelamatkan mereka, tetapi ianya dilihat seperti mencurah air ke daun keladi...Tetap tidak basah....Adakah generasi yang ada sekarang sudah buta hatinya? Kemunculan banyak blog-blog dan laman sosial pencinta haiwan membuktikan bahawa keadaan sudah berubah, cuma ada pihak yang bewajib membutakan mata...Undang-undang ada, tetapi tiada penguatkuasaan yang mampan...Hmmm....Takpelah pak menteri, kami tetap terus menerus melakukannya...Kami tetap berusaha melahirkan masyarakat yang penyayang kalau tuan tidak mampu melakukannya...PH malulah....Hanya media-media cetak dan penyiaran sahaja yang bersama-sama kami untuk melakukannya...
Kucing ini kalau dilihat dengan mata kasar, ianya amat tidak berharga bagi sesetengah orang..Tetapi ini amat berlainan di mata PH....
Kucing ini sedang kebuluran...Tubuhnya kurus sangat...Walaupun banyak restoran di sini, tetapi mereka bukannya dapat makan dengan kenyang....Ada saja yang ringan tangan mencurahkan air panas, mencampakkan mereka dari tingkat atas, memukul mereka dengan kayu dan sebagainya....PH yakin ramai orang tidak suka perkara ini berlaku...Tetapi, ramai orang tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada tempat untuk membuat aduan....Sebenarnya, kalau difikirkan secara mendalam dan teliti, mereka sebenarnya boleh membantu menjadi pendapatan di sesebuah daerah atau negeri....Ramai penduduk Malaysia telah sedar betapa pentingnya mereka ini....Cuma, hanya alasan yang menafikan itu semua....
PH rasa, beribu-ribu ekor kucing dan anjing di luar sana senasib dengan haiwan comel ini...tak mengapalah, oleh kerana tiada orang yang sayang kamu, Papa akan buatkan ada orang yang akan sayangi kamu wahai si makhluk yang lemah....
Cuba anda tafsirkan sendiri video di bawah ini....
Alhamdulillah, tidak sampai 10 minit selepas PH menjumpainya, dah ada insan yang telah bersedia untuk memberi perlindungan dan kasih sayang kepada si comel ini....
Di saat PH menulis entri ini, insan tersebut sedang dalam perjalanan untuk menuju ke rumah PH unruk mengambilnya....Beliau adalah Puan Syazana...Syukur....
Mereka selalu dipandang hina kan...? Tak mengapalah...Kawan-kawan Papa di luar sana ramai yang sedang membaca cerita kamu dan kawan-kawan kamu...Mereka pasti akan gembira melihat keadaan nasib kamu yang bakal berubah...Insyaallah...
Waima tidak menyukai anjing sekalipun, ianya bukanlah lesen untuk kita membuat kekejaman ke atas mereka...Inilah bukti-bukti kebodohan manusia....
Entah apa salah anjing yang masih budak lagi ini dipukul sedemikian rupa....PH amat mengharapkan agar satu pasukan khas ditubuhkan sebagai hub untuk dijadikan tempat mengadu bagi orang-orang yang macam kami ni....Nampak macam sukar, tapi bagi PH apa yang boleh dilakukan ialah berusaha secara berterusan tanpa mengenal erti penat untuk membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat kita....
Papa dan kawan-kawan papa yang sedang membaca blog ini akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu dan kawan-kawan kamu di luar sana...
Tonton sendiri video di bawah ini...Bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai seorang insan...
Nota PH >>>> Mereka tidak mempunyai rumah, mereka tidak mempunyai apa-apa pun, tetapi mereka mempunyai nyawa sama seperti kita...Mendera dan membunuh haiwan adalah salah di sisi agama mahupun di sisi undang-undang yang manusia reka...
Sayu pulak tengok gambar kucen ni dekat atas dashboard keta awak tu, PH.. Mata yang amat redup, seolah2 mahu mengucapkan sesuatu kpd kita manusia..
ReplyDeletekita kena sama-sama tolong mereka..mulakan dengan langkah yang kecil dulu pun takpe..
ReplyDeleteassalamualaikum wbt.
ReplyDeletebukan kerana pahala tapi hati yg jujur serta ikhlas prihatin pada makhluk ini buatkan kita berasa susah hati bila lihat mereka ini tercari-cari makanan utk alas perut.