From Zero To Hero - Agnes Telah Mendapat Tuan Barunya..Semoga Berbahagia

Semakin hari, semakin hebat gerak kerja menyelamatkan kucing telah tersiar di dalam Facebook...PH juga tertarik dengan kisah seorang remaja yang buat pertama kalinya menyelamatkan seekor puppy...Sweet sangat tulisan blognya ( KLIK SINI )....Bagi PH, tindakan tersebut adalah OKAY memandangkan itu adalah pengalaman kali pertama.....
Hero pasti gembira kalau dia tahu apa yang sedang berlaku di luar sana....Dia sudah pasti tidak ingin perkara-perkara buruk akan menimpa kawan-kawannya....



Tetapi, masih ada juga orang-orang yang tidak menghargai usaha kawan-kawan PH yang menyelamatkan....Pagi tadi PH bukak Fan Page Kakimotong PH dah berangin dah...Bukannya apa, kalau tak suka orang bagi kucing jalanan makan, diam-diam sudahlah....Itu lebih baik dari banyak komplen....Tengok Iyo pun dah marah dah....



Ahh...!!! PH pedulikan ajer semua tu....Kalau asyik nak mengomplen orang bagi kucing makan pastu takut tikus semakin membiak, pergilah tinggal kat kondo-kondo mewah...( geram nih...hehehehe )...Lain kali jangan jadi pandir yer....Kalau nak komplen biarlah logik sikit....
Al-kisah Si Agnes kesian sungguh....Cerita penuhnya KLIK SINI....Tak sangka dia ni baik dengan Hero...Bulunya separa panjang, muka comel tetapi ada sedikit kurap....Biarlah ada orang tak suka PH bawak dia balik tapi PH bawak balik jugak....Ini jiwa PH, begitu juga dengan kawan-kawan PH yang lain...Kami menolong haiwan dan ceritakannya di blog atau Facebook sebagai testimoni dan berkongsi minat...Bab-bab perihal kami menolong sesama manusia biarlah itu menjadi rahsia kami dengan Allah....Itu kira buku lain...



Sayu betul muka dia...Kucing ni memang tak pandai berpura-pura....Apa yang dia rasa, itulah yang dia luahkan...Kalau dia sakit, dia akan tanggung sendiri...Takde komplen-komplen.....Orang yang celik hati sahaja yang akan memahami apa masalah mereka....Alhamdulillah, Si Agnes ini telah dipelihara oleh seorang rakan Facebook PH...Cik Mia ( nama FB ) datang ke rumah PH petang semalam untuk mengambilnya...Tapi, PH tiada di rumah kerana sedang bekerja di Putrajaya...MH jer yang ada kat rumah...Beliaulah yang memberikan nama Agnes....Tidak dapat pula PH nak tangkap gambar Cik Mia...Takpelah yer, nanti Cik Mia tolong tagkan gambar Agnes di Facebook tau....Untuk pengetahuan, PH difahamkan bahawa Si Agnes ini adalah kucing pertama yang dipelihara oleh Cik Mia seumur hidupnya....Syabas PH ucapkan....Sekurang-kurangnya, anda telah memecahkan rekod peribadi, iaitu buat benda yang anda tidak pernah buat....Percayalah, kalau kita buat benda yang kita tak pernah buat, maka kita akan mendapat benda yang kita tak pernah dapat...Kalau kita buat benda baik, maka baiklah natijahnya...Kalau kita buat benda jahat, maka karmalah jawabnya....



Seperti selalu, PH memang suka main laser dengan kucing-kucing PH...Stamina mereka kuat betul...Yalah, PH bagi dia makan makanan berzat setiap hari....Mereka jarang sakit..Tapi selalu juga terkena sakit mata...Maklumlah, penyakit ni berjangkit-jangkit....


Kadang-kadang, terasa rumah PH ni macam rumah anak-anak yatim berbulu....hehehehe...PH suka dan puas bila melihat mereka terbungkang macam ni daripada mereka terbungkang di tengah jalan raya....Ada rakan FB PH kata kucing-kucing yang kat dalam gambar di bawah ni macam alas kaki...hahahahaha


FROM ZERO TO HERO
Dari seekor kucing jalanan yang terbuang dan dipandang hina, kini mereka semua mempunyai peminat susah mati 
( die hard fan la tu ).....Secara tidak langsung, ianya dapat menjalinkan ukhwah sesama kita dan sama-sama berkongsi minat....Bila hari-hari tak stress tengok mereka, barulah rezeki senang nak masuk sebab hati kita hepi....kan....?


P/S :
PH tak paksa mereka yang tak suka kucing itu menyukai kucing...Tapi sekurang-kurangnya hargai perasaan orang lain yang menyukai kucing....Dunia ini bukan milik kita seorang....
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. satu usaha yg murni...sya dulu pon penah adopted dari seorang student jepun... tp x bykla sbb tkt ada anak kecik...

    ReplyDelete
  2. Betul tu PH...kadang² kucing² kat luar ni lebih terdedah kepada penyakit kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular