Cacing Kucing Sebesar Spagheti

Jangan baca entri ini time tengah makan yaaa...Ramai yang menyangkakan kecacingan pada kucing adalah perkara yang remeh...Tetapi, tahukah anda bahawa penyakit kecacingan pada kucing boleh membawa maut pada kucing itu sendiri..?? Kita memang tak perasan akan simtom-simtomnya ( kecacingan pada peringkat awal ) tetapi kita akan menggelabah apabila kucing kita muntah dan membuang najis yang mengeluarkan cacing disertai dengan perutnya yang buncit tetapi kempis di bahagian pinggulnya secara mendadak...Dr Zul pernah memberitahu PH bahawa saiz cacing sebesar char kuey teow boleh hidup di dalam perut kucing, malah manusia sekalipun...

Biasanya, selera makan kucing yang masih terkena cacing masih seperti biasa, malah ada yang makan dengan lahap sekali...Tetapi, kenapa kucing kita masih kurus keding tapi buncit di bahagian perutnya...???


Ada banyak sebab bagaimana cacing boleh terdapat di dalam perut kucing..Di antaranya ialah susu ibu kucing yang mempunyai larva cacing yang halus, memakan rumput-rumput yang terdedah, jangkitan dari air minuman yang diminum oleh kucing-kucing yang bercacing, jenis pemakanan ( terutama sekiranya kucing memakan tikus ) serta jangkitan dari serangga parasit seperti kutu dan pinjal...Baru-baru ini, PH ada membawa 4 ekor anak kucing yang PH kutip beberapa minggu yang lalu 
( KLIK SINI ) ke klinik Dr Zul untuk mendapatkan rawatan cacing...Makan lahap tapi perut membusung dan kempis di bahagian pinggulnya...


PH menerima pelbagai tanggapan dan pertanyaan mengenai kos rawatan cacing ini...Apa yang PH lihat, bila sebut sahaja perkataan "VET" rata-rata ramai yang takutkan kos rawatan....Kita kena tahu bahawa kos rawatan untuk vaksin dan nyahcacing adalah di antara RM30-RM50 sahaja ( cacing + konsultansi ) manakala bagi vaksin adalah di antara RM50-RM80 
( termasuk konsultansi )...Bagi PH sendiri, harganya tak jauh beza dengan kos rawatan manusia di klinik swasta..Cuma bezanya kita boleh dapat M.C lepas tu pergi 'claim' bil ubat kat boss...
Kalau rawatan untuk penyakit kucing yang serius ataupun kes-kes kecederaan yang melibatkan pembedahan PH tak nafikan itu memang agak mahal kerana ianya memerlukan kepelbagaian kepakaran dan instrumen perubatan....Ini juga bergantung kepada tahap keseriusan kecederaan kucing itu sendiri...Tapi kalau setakat bagi kucing-kucing kita tu nyahcacing 6 bulan sekali, rasanya ianya taklah membebankan sebab sport rim kereta pun kita mampu beli, kan...??? Ubahlah tanggapan negatif anda terhadap klinik haiwan...Tak kenal maka tak cinta...Siapa yang suruh pergi vet selalu...??? Kalau pergi selalu habislah kopak poket....Kalau orang tanya PH, PH akan jawab jumpalah vet setiap 3-6 bulan sekali...Lainlah kalau ada kes-kes penyakit yang datang secara tiba-tiba seperti ulser mulut, sakit mata, kurap, fungus, demam, selesema dan sebagainya...Itupun tak sampai RM100...Memanglah RM100 tu pun duit juga, tapi kucing tu kan tanggungjawab kita juga, kan..? Sesiapa yang selalu pergi ke vet pasti akan faham perkara ini...Wang yang dikeluarkan berbaloi apabila melihat mereka kembali terkinja-kinja dan melompat sana sini...Stress kita pun hilang, malah rezeki kita juga akan bertambah....

Lepas PH dapatkan rawatan cacing, pada keesokan harinya cacing telah keluar dari anus kucing-kucing yang PH bawa hari tu....


Bayangkanlah susuk tubuh kecil ini menampung puluhan ekor cacing bagak di dalam perutnya....Kalau tiada tindakan yang kita ambil terhadap mereka, sudah tentu mereka mati begitu sahaja...Kalau dah sampai tahap kronik, mereka sudah tidak boleh diselamatkan lagi...


Cacing ini juga sebenarnya kalau nak difikirkan secara halus, ia juga adalah Makhluk Allah...Ada sebab mengapa Allah menciptakan cacing dan hidup di dalam perut....Jijik..??? Itu adalah lumrah..Cacing pun tak kisah kalau kita pandang hina kat mereka...Bayangkanlah bagaimana keadaan mereka yang berzikir di dalam perut kucing..??? ( Subhanallah )...Bilamana cacing ini masih menguit-nguit kat atas lantai, santunilah mereka dengan sebaik-baiknya...Cacing ini tidak bersalah...Jangan pula dimaki cacing ini hanya kerana duit kita terbang beratus ringgit...Ada hikmahnya bila duit kita terbang macam air hanya kerana cacing ni....Untuk kita memperolehi rezeki bukannya senang...Kita perlu berusaha dan mengambil tanggungjawab walaupun kepada haiwan dan alam sekitar, barulah rezeki tu akan datang...Allah hanya akan beri rezeki kepada mereka yang layak dan celik hati sahaja...Mereka yang tidak layak dan buta hati, Allah tetap juga akan beri rezeki tetapi tersekat-sekatlah....Doa yang kita pinta tergantung di antara langit dan bumi atas sebab-sebab kekhilafan yang telah kita lakukan sesama makhluk...Doa kita tidak tembus ke langit...


Dah alang-alang PH tulis pasal cacing ni, jadi PH kongsikan sedikit tips-tips untuk menangani / mengelakkan kucing yang bercacing :

1 ) Berikan ubat cacing kepada anak kucing seawal usia 2 minggu...Sekiranya ada kucing-kucing lain, berikan sekali...

2 ) Mengulangi dos ubat cacing seminggu atau dua minggu kemudian...

3 ) Memandikan anak kucing secara berkala / konsisten

4 ) Berikan ubat kutu

5 ) Elakkan tikus dari memasuki ke kawasan rumah kerana tikus adalah ajen pemindahan cacing yang utama..

6 ) Membuang najis kucing secepat mungkin ditakuti mereka terpijak dan dibawa ke mana-mana...

7 ) Selalu cuci kaki kucing...

8 ) Cuci tangan selepas bermain dengan kucing ( dibimbangi cacing masuk ke badan kita pula )

9 ) Kurangkan pemberian makanan daging mentah kepada kucing..

10 ) Ulangi rawatan nyahcacing selepas 6 bulan...

11 ) Akhir sekali, kita pun kena makan ubat cacing kerana kita juga boleh menjadi ajen pemindahan cacing...

12 ) Rajin-rajin pakai sanitizer, terutama kanak-kanak...

Akhirnya, inilah hasil selepas rawatan...Ini baru seekor, kalau PH tunjuk yang lagi 3 ekor punya silap-silap ada yang loya dan termuntah...Apa tidaknya, cacing yang keluar sebesar spagheti...huhuhuhu...


Nota PH :
Mencegah lebih baik dari merawat..Berilah kucing-kucing anda makanan premium ( kalau mampu )...PH sendiri ada menabung untuk mereka iaitu beli RM150 untuk 18kg Sportsman Pride cukup untuk 2-3 bulan...Kadang-kadang PH tukar menu mereka dengan membeli Royal Canin...Asyik makan benda sama jer, jemu plak nanti...
Agak-agak, dalam tempoh tu sempat tak kita kumpul RM250 ( termasuk kos mengunjungi vet 3 bulan sekali )...Kalau sayangkan mereka, buatlah satu tabung sendiri untuk kebajikan mereka...Pada ketika itu, kalau kita nak keluarkan wang untuk beli RC Fit 32 Original Pack pun masih boleh senyum lagi...
Oh Ya..!!! Ubat cacing jangan diberi selalu kepada kucing tau...Boleh memudaratkan mereka...Biar vet ajer yang lakukan pemeriksaan....Carilah vet tetap yang serasi dengan anda, elakkan dari bertukar-tukar vet...Macam kereta juga, elakkan dari bertukar-tukar bengkel...Jahanam enjin nanti...

Steady Semuaa...!!!!

Comments

  1. Byk betul info dr ph yg membuka mata saya. . .Syabas ph. . .saya ada seekor jer kucing yg amat dicintai. . Insyaalah. . .Saya pun teringin jd mcm ph yg sentiasa mengambil berat pd kucing2 di luar sana. ,

    ReplyDelete
  2. betul...cacing x lari dri kucing atau anjing...
    rata rata yang datang kt klinik cik en..kebnayakan pasal cacing kurap n kutu...rawatan terbaik injection...
    apa apa pun pe yg PH cakap dlm entry ni mmg betul...

    ReplyDelete
  3. PH kalau kita xtahu kucing tu ada cacing ke tak bolehke kalau kita selalu bagi ubat cacing (syrup) selalu?

    ReplyDelete
  4. Nak tanye kat mane klinik Dr.Zul tu yer?sbb kucing sy ni perot tetibe buncit sgt..bwk g vet doc tu kate sembelit..tp gak risau jugak tkt sbb lain..

    ReplyDelete
  5. Nak tanya sikit, boleh ke kasi ubat cacing utk kanak2 kat kitty?

    ReplyDelete
  6. Ada sorg blogger sy tngok dia bgtau, dia pgi klinik haiwan kerajaan cuma byr rm20 utk 3 ekor kucingnya utk injection, antifungal, antitics n vitamin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular