Kisah Kucing Hitam Yang Sopek Kulit Kepalanya
Pada dua hari lepas ( 23 April 2012 ) seperti biasa PH pergi makan malam di Restoran Sri Leena di Semenyih Sentral...Pemandangan sudah tidak seperti dulu lagi...Dah tak banyak kucing-kucing jalanan yang ditemui...Agaknya semuanya dah habis PH kutip kot....Sedang PH, MH dan si kembar tekun menjamah nasi, tiba-tiba ada seekor kucing berwarna coklat kehitaman muncul di siarkaki betul-betul sebelah meja PH...PH pun memberinya secebis ayam untuk dia makan...Mula-mula PH tak perasan akan luka di kepalanya....Tapi bila kucing tu mendongak, mata PH tertumpu pada kulit kepalanya yang sedikit tersiat....Hasil dari pemerhatian PH, luka ini bukan disebabkan penyakit fungus, kurap ataupun penyakit kulit yang lain, tetapi ada dua kebarangkalian...Yang pertama, kepalanya seolah-olah dihentak dengan objek tumpul...Kulitnya memang tersiat habis....
Yang kedua, lukanya juga nampak seperti terkena simbahan air panas kerana ada lendir jernih, sama keadaannya semasa PH mula-mula terjumpa arwah Si Boboy dulu ( KLIK SINI )...Kesian kucing ni, dia makan dengan lahap sekali..PH rasa, ini kucing yang baru dibuang di restoran ini...Umurnya dalam lingkungan 6-7 bulan...Setelah melihatkan kedaifannya, PH sepakat dengan MH untuk membawanya pulang ke rumah...
Kalau nak tengok dia makan secara LIVE, ni PH ada sediakan rakaman videonya...
PH mengasingkannya dulu dari kucing-kucing PH yang lain untuk beberapa waktu sebagai langkah berjaga-jaga...PH letakkan kucing ni di dalam bilik air yang jarang PH gunakan di tingkat atas...Bilik air tu kering dan selesa, jadi dia pun takdelah stress...Kalian lihat sendiri lukanya...Tampak masih baru dan merah lagi....
Masa dia tengah makan ni lah PH bubuh minyak gamat buat penawar sementara waktu...Kalau PH bubuh waktu dia sedar nanti melenting pulak....
PH bagi dia nama Si Chitam...Chitam ni kucing jantan dan manja sangat-sangat..nampak sangat yang dia ni adalah kucing yang pernah bertuan....Tengok cara dia gedik tu macam dia rindu kat tuan lama dia tapi malangnya tuan lamanya yang tidak menghargainya....
Si Chitam ni PH buka untuk adoption kepada sesiapa sahaja yang berminat, tapi tunggulah dia sembuh dulu yer....
Hero risau tentang keadaan kawan-kawannya yang di luar sana....Kita sebenarnya tidak perlu kelam kabut sangat apa yang akan berlaku sekiranya kita ingin menyelamatkan kucing...PH tahu ramai yang takut-takut nak selamatkan kucing kerana disebabkan kos untuk merawat mereka dan faktor-faktor lain...Seperti yang PH selalu beritahu, 'What We Give, We Will Get Back'....Kalau kita boleh beli Sport Rim kereta, takkan kita tak boleh nak keluarkan sedikit wang titik peluh kita untuk mereka juga...Itupun adalah satu amal jariah...Kalau setakat kes-kes ringan sebegini, tak sampai RM50 pun...Tapi kalau betul-betul tak mampu, panjang-panjangkanlah kisah si comel yang malang itu kepada rakan-rakan anda dengan memberi maklumat yang lengkap...Mudah-mudahan ianya akan mencerahkan lagi peluang untuk menyelamatkannya...
Bukanlah ianya bermaksud kita selamatkan kucing untuk mendapatkan ganjaran semata-mata, tetapi sebaliknya kita lakukanlah apa yang terbaik untuk mereka kerana Allah Taala...Bila kita fikirkan sedemikian, kita tak akan takut kos rawatan di vet dan apa jua halangan ketika berusaha menyelamatkannya kerana kita tahu Allah sentiasa ada untuk menolong kita ( KLIK SINI )....Itulah yang PH buat...PH pun bukannya kaya dan bukannya ada dana, tapi PH pun merawat mereka dengan duit PH sendiri....Sekiranya teruk dan PH tidak mampu, barulah PH minta pertolongan...
Nota Hero :
Bangkitlah dari ketakutan kerana kalau kita takut, kita takkan maju sampai bila-bila...Hentikan merungut ( kalau sikit-sikit tu takperlah )....Apa yang penting ialah :
1 ) Fokus
2 ) Ikhtiar
3 ) Tawakal
Nak cari adopter bukanlah suatu perkara yang sukar, melainkan sekiranya kita sendiri yang mengatakan ianya adalah sukar...Ingat, kita cari orang yang mencari...Jangan cari orang yang tidak mencari...
Just Do It Babe...!!!
Owh yer...!!! Sesiapa yang nak booking Si Chitam ni sila beritahu PH yer...
yer setuju dgn nasihat PH...kn cuba...beranikan diri..tnya kwn2 yg dh lama bantu stray cat ni..cth mcm PH..benda baik xkan rugi kt buat...dan paling sgt2 setuju bila ayat PH..'Ingat, kita cari orang yang mencari...Jangan cari orang yang tidak mencari...' nanti kesian kat meow yg kt nak bantu tu...:)
ReplyDeleteinilOto-ge Denise Young https://wakelet.com/@daleadenma529
ReplyDeletedesczadawdeaths
NlileaAprov_gu Kristy Brooks DigiDNA iMazing 2.13.1
ReplyDeleteAbelssoft SyncManager Pro 2022 21.01.35145
CyberLink YouCam
Xara Designer Pro Plus X
lentlocalons