Si Owen Terpaksa Dipotong Kakinya
PH rasa ramai yang dah tahu mengenai kisah pilu Si Owen...Untuk mereka yang belum lagi mengetahui kisahnya, biarlah PH ceritakan semula secara ringkasnya di sini...Pada beberapa minggu yang lepas, Si Owen telah ditemui oleh salah seorang rakan Facebook PH iaitu Cik Evelyn Yunn Amin ( nama FB )...Owen dipercayai telah dilanggar kenderaan memandangkan keadaan kaki belakangnya yang terkulai dan bengkak...Tetapi, setelah diperiksa dengan teliti olah Dr Zul, corak tulang kakinya yang patah bukan disebabkan oleh dilanggar kenderaan, tetapi disebabkan oleh hentakan benda tumpul...Dr Zul membuat rumusan sama ada Owen telah ditendang, dipijak ataupun dipukul....PH lihat sendiri keadaannya ketika Owen berada di wad...Kakinya kelihatan pendek kerana tulangnya telah hancur dan tertusuk pada daging yang membaluti tulang belulangnya....Inilah yang menyebabkan bengkak pada bahagian yang cedera...Sehubungan dengan ini, PH telah melancarkan tabung derma kilat untuk Si Owen...Alhamdulillah, PH tak sangka berduyun-duyun orang tampilkan diri untuk menghulurkan bantuan derma...Terima kasih PH ucapkan...Kos anggaran pada mulanya dianggarkan RM800-RM1000, tetapi setelah segala pemantauan kesihatan Owen dilakukan kosnya adalah kurang dari RM800....Kutipan derma kilat yang terkumpul dalam masa 3 hari telah mencecah sehingga RM650...Jadi, PH telah umumkan di Facebook bahawa jumlah kutipan yang terkumpul mungkin telah mencukupi dan PH telah hentikan kutipan derma untuk tabung tersebut di Facebook...Sekiranya ada kos tambahan, PH akan buka semula kutipan ini....
Rawatan awal yang Dr Zul lakukan ialah melakukan surgeri kecil terhadap kakinya yang telah tercedera...Dr Zul merancang untuk membetulkan dan menyambungkan semula tulangnya yang patah....Tetapi, apa yang diramal meleset sama sekali...Tulang kakinya yang hancur lebih teruk dari yang disangka setelah dibedah...Untuk pengetahuan, bukan semua klinik haiwan mempunyai instrumen yang cukup seperti peralatan X-Ray dan sebagainya melainkan di UPM...Tetapi, ianya bakal melibatkan kos yang amat tinggi...
Setelah beberapa hari kakinya dibedah, Dr Zul sekali bermesyuarat dengan beberapa orang kenalannya yang juga merupakan pakar veterinar....Ini adalah kerana keadaan tulang kaki Owen tidak boleh dicantumkan kerana beberapa sentimeter tulangnya telah hancur teruk dan beberapa serpihan kecil tulangnya telah jauh tertusuk ke dalam dagingnya...
Inilah yang menyebabkan bengkak di kakinya semakin besar dan dikhuatiri akan melarat dan seterusnya menyebabkan jangkitan kuman pada dagingnya....
Di bawah ini adalah rakaman video terakhir ketika PH melawatnya pada malam semalam sebelum Owen dibawa ke Port Dickson untuk dibedah semula...Untuk pengetahuan, kaki Owen terpaksa diamputasi ( dipotong ) setelah Dr Zul mengadakan mesyuarat kali kedua dengan sahabat-sahabat veterinarnya...
Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...Walaupun Owen hanyalah seekor kucing yang nyawanya mungkin tidak bernilai bagi sesetengah orang, tetapi bagi PH Owen juga perlu diberikan hak yang sebaik-baiknya...PH yakin dengan apa jua keputusan yang telah dibuat oleh Dr Zul kerana PH yakin dengan kredibilitinya sebagai seorang veterinar yang bertauliah....PH juga faham bahawa keputusan yang telah dibuat oleh Dr Zul dan pasukannya adalah yang terbaik bagi masa depan Owen...Ketika entri ini sedang ditulis, Owen telah pun menjalani pembedahan pada jam 10 pagi tadi...Nanti PH akan update berita terkini mengenai Owen...Malam ini PH akan datang semula ke klinik Dr Zul untuk menziarah Owen yang amat comel wajahnya itu....
Pada hari Sabtu lepas, Encik Abdaladheem telah datang ke rumah PH....Beliau datang bersama isterinya untuk mengambil Si Putri, Si Moli dan Si Putra....Cerita mengenai pilu mengenai Si Putri boleh dibaca di sini ( KLIK SINI )...Masa beliau datang, PH tiada di rumah kerana keluar bekerja...Jadi, MH yang melayan mereka di rumah...MH banyak memberikan tips-tips mengenai penjagaan kucing kepada mereka...
Tak sangka pula semasa PH melawat Si Owen semalam, PH dapat jumpa dengan Si Putri di klinik ini...En. Abdaladheem teloah menghantarnya ke sini untuk rawatan membetulkan sendi tulangnya yang tertanggal...Patutlah struktur badannya senget, rupa-rupanya ada juga kes tulang kucing tercabut...Menurut Dr Zul, kes sebegini memang banyak terjadi pada kucing-kucing di jalanan...Ini semua gara-gara kurang kalsium dan vitamin..Si Putri bukanlah menjadi mangsa kekejaman....
Inilah borang yang wajib diisi oleh setiap individu yang menghantar kucing...Untuk kes-kes kucing jalanan yang diselamatkan, anda bolehlah bawa ke klinik ini...Sebut jer nama KAKIMOTONG...Tapi dengan syarat, PH perlu diberitahu dulu mengenai kucing tersebut dan PH perlu tapis dulu kes-kes kucing jalanan yang perlu dirawat....Ini bermakna, sekiranya anda telah menyelamatkan kucing yang cedera parah, sila rujuk dulu pada PH sekiranya anda benar-benar ingin menyelamatkannya...Ini adalah untuk PH berbincang dengan Dr Zul dari segi masa dan kos rawatan...
Inilah Si Moli yang PH jumpa di tepi jalan ( KLIK SINI )..Selama hampir sebulan Si Moli ni di rumah PH dan dia telah merasai kehidupan yang sepatutnya dinikmati olehnya...
Si Moli kini telah mendapat tuan baru yang amat bertanggungjawab...PH rasa puas apabila dapat membantu si comel ini...
Inilah Si Putra yang PH jumpa di tapak binaan bangunan tempat PH bekerja....Alhamdulillah, Si Putra juga telah mendapat rumah yang baru...Semoga berbahagialah dia di sana nanti...
Nota PH :
Ini adalah testimoni yang telah PH tunjukkan untuk renungan kita bersama...Bukan niat di hati untuk PH menunjuk-nunjuk baik seperti yang telah diperkatakan oleh segelintir individu....PH pun dah malas nak bagitahu sebab semua orang dah ada akal yang cukup untuk menilai...Tapi, tak mengapalah....Nak kata PH apa pun, katalah selagi daya...PH ok jer makcik...
Kalau tak suka cerita PH kat dalam blog ni, tolonglah jangan skodeng blog dan wall Facebook PH lagi...Bukannya apa, nanti PH tulis lain, orang faham lain pulak...PH lagi suka orang yang salah faham dari orang yang faham salah...Orang yang salah faham akan perbetulkan kesilapannya setelah ditegur, tetapi orang yang faham salah akan terus menerus menceritakan benda yang salah kepada orang lain sampai bila-bila walaupun ditegur...
Yang penting, doakanlah semoga Si Owen selamat dan tabah di dalam menghadapi dugaan hidup...Bukan manusia sahaja yang diuji oleh Allah, malah haiwan juga turut diuji olehNya...Apa yang PH nampak, ini adalah untuk melihat siapakah khalifah yang terpilih untuk menjaga mereka...
owennn.. kecik lagi owen tu. :(((
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesaya baru jer terserempak gan blog ni.
Bagus sangat la blog ni. Terharu saya baca coretan dalm blog ni. Saya rasa kesal kerana saya terlewat tahu tentang kewujudan blog ni. 2 bulan yang lepas saya ada terjumpa seekor anak kucing yang lumpuh/patah kakinya. Kucing tu terjatuh dari aras 3 ke tanah. Saya cuba nak tolong,tapi pengetahuan saya tentang klinik haiwan amat sedikit. Tambahan pula kat tempat saya memang tiada klinik haiwan. Saya kesal tak dapat bantu anak kucing malang tu. N sekarang dia dah pon mati. saya sedih kerana terlewat jumpa gan blog ni.
Teringat ms Oren patah kaki sbb sy trlanggar dia ms reverse kete..( dh suruh g, eh dtg balik..)( raya 2009) nasib abik cume pth....kalo x nyesal la mmy seumo idup...bila balik dr klinik..molek brbalut...esok pg dh trcabut..x selesa gaknya....penyudahnya abhnya ( somi) urut kaki oren ngan minyak but2....sehat dh) tp atok selalu usik mmy....alahai oren...nasib baik ko x mati.....( rs berslah tuuu)
ReplyDeletewlupun tnpa sebelah kaki..along doakn moga owen bertambah sihat ye..kes owen lbh krg sama dgn my omey..lps hilang sebelah kaki,kena bagi lbh perhatian pd omey..untung jd PH, ada yg sudi menderma..along nk mohon bantuan pn kena mcm2 prosedur..lum tentu dpt..rezeki masing2 kn..moga Allah merahmati..
ReplyDelete