Salam Terakhir Dari Si Zac Buat Semua Yang Menyayanginya
Semalam, satu lagi kisah pilu tercatat di dalam diari kehidupan PH di mana Zac Efron, salah seekor kucing jalanan yang PH adopt telah pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya...Si Zac pergi terlalu pantas...Tidak terdapat perubahan yang ketara pada mulanya sehinggalah kemuncaknya tiba apabila Si Zac memuntahkan semula apa yang dimakannya...Perkara ini berlaku pada jam 10.30 malam, beberapa jam sebelum Si Zac meninggal dunia....Lantas, PH membawa Si Zac ke tempat kerja pada keesokan harinya...Selepas selesai melakukan beberapa tugas penting, PH pun bergegas membawa Si Zac berjumpa dengan Dr Zul di Seri Kembangan...Badannya amat lemah manakala berat badannya susut mendadak...Simtom ini sama dengan apa yang berlaku terhadap Si Boboy yang amat PH sayangi ( KLIK SINI )...PH telah pun bersiap sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang berlaku...
Sampai sahaja di klinik Dr Zul, maka pemeriksaan pun dijalankan dengan berhati-hati...Tidak banyak yang Dr Zul boleh buat kerana Si Zac sudah terlalu lemah...Maka, hanya air yang dimasukkan ke dalam badannya...Menurut beliau, sekiranya petang itu Si Zac boleh bangun, maka peluangnya untuk hidup masih cerah...
Tersentap hati PH melihatkan keadaannya yang tidak bermaya, walhal beberapa hari sebelum itu dia amat lincah bermain-main dengan kucing-kucing PH yang lain terutamanya dengan Si Motet dan kakaknya Si Vanessa...Tapi hati mana yang tidak tersentuh apabila tiba-tiba melihatkan keadaannya yang sebegini rupa...Aduhai....
Selama sejam PH berada di sana...Bermacam-macam kata semangat yang PH berikan kepadanya dengan harapan dia dapat bertahan...
"Faizal, petang ni slab tak jadi konkrit...Kau submit inspection form esok sebab aku nak arrange inspection" pesan PH kepada sub-kontraktor yang sepatutnya menghantar borang inspection lebih awal....Tengah hari itu terik sungguh...PH meronda-ronda di kawasan sekitar site untuk memantau site progress....Dari jam 2 petang sehinggalah jam 4 petang, peluh ini tak henti-henti menitis...Di benak fikiran PH, asyik teringatkan Si Zac di wad yang baru PH hantar beberapa jam tadi....
"Ya Allah, Engkau berikanlah apa yang terbaik untuk Si Zac aku tu...Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku mengadu..."
Tidak sampai seminit, MH pun telefon...
"Bang, Si Zac dah takde...Dr Zul bagitahu dia kena F.I.P"...
"Owh..??? Ya ke..Takperlah..Biarlah dia pergi..."
PH merenung jauh ke dasar tingkat basement yang separuh siap itu...Keadaan masih penuh dengan besi-besian dan kayu-kayan yang masih berserabut, seiring dengan fikiran PH sekarang...Sungguh menyakitkan mata yang memandang...PH melangkah longlai menuruni tangga perancah scaffolding lalu menuju ke kantin dan memesan Nescafe O....PH minum berseorangan sahaja, tidak seperti selalu....PH mula teringatkan kenangan PH bersama Si Zac tidak lama dulu...
Sempat juga dia muncul di dalam akhbar Kosmo!..Sempat juga dia muncul di dalam TV AlHijrah ( KLIK SINI )....Serupa juga dengan Si Boboy, sempat juga ditayangkan bagaimana PH memberi kucupan yang terakhir di dahinya di dalam slot Lensa di TV3 pada November tahun lepas...Sesungguhnya, mereka datang dan pergi di dalam hidup PH...Dah tak larat rasanya PH mengalirkan air mata untuk si comel kesayangan Rasulullah ini...
Nota PH :
Beberapa tingkah laku aneh Si Zac sebelum meninggal dunia :
1 ) Manja yang melampau...
2 ) Tiba-tiba naik ke atas keyboard laptop dan berbaring ke atas jari PH sambil matanya merenung PH dengan sayu...
3 ) Bila dipanggil, dia tak datang...Dia akan datang dengan sendirinya bila hati PH terdetik teringat kepadanya...
4 ) Makan dengan gelojoh...
5 ) Selalu tidur dengan Along & Angah...
6 ) Lincah lebih dari biasa...
Inilah perkara yang perlu ditempuh sekiranya kita mengutip kucing di jalanan...Tak semua kucing yang kita kutip itu sihat...Mungkin ada sesetengah darinya sudah tersedia ada virus di dalam sistem pertahanan tubuhnya...F.I.P ( Feline Infectious Peritonitis ) adalah di antaranya...PH tak dapat nak huraikan sepenuhnya di dalam entri ini...Kalau nak tahu, cubalah Google yer...
Buat Zac, terima kasih di atas segala pengajaran ini...Selamat tinggal penderitaan, selamat tinggal kesengsaraan...Terima kasih di atas segala kenangan yang kau telah berikan kepada Papa sekeluarga...Dari jauh, kau doakanlah kesejahteraan kami semua di sini..
Si Zac adalah seekor kucing jalanan yang dikutip oleh Kak Susan Zakaria...Si Zac dibawa pulang oleh beliau bersama-sama dengan kakaknya, iaitu Si Vanessa..Di antara kata-kata orang di sekitar restoran itu berkata kepada Kak Susan Zakaria :
"Kak, kucing ni tak cantik...Takde orang nak..Kalau akak nak akak bawaklah balik..."
sy sedih....
ReplyDelete:(
ReplyDeletetak cantikkk??? tengok zac tu, lawa jer. aneh..
ReplyDeletewalau kita sentiasa menghadapi kematian sicomel tp ttp setiap pemergian tu di iringi kesedihan. takde satu pun kita akan rasa biasa & tak rasa apa2.
ReplyDeletesedih. tp itu la realiti hidup pasti mati akhirnya
ReplyDeletesedih. tp itu la realiti hidup pasti mati akhirnya
ReplyDelete