Friday, November 25, 2011
Dilema Untuk Mengkasikan Kucing....Patutkah atau Tidak....?
Ramai dikalangan kita mungkin masih ragu-ragu mengenai hukum pengkasian kucing....Dalam inbox Facebook PH sarat dengan pertanyaan-pertanyaan sebegini.....Semuanya menunggu kepastian jawapan dari PH....Nak jawab serba salah, tak jawab pun serba salah...Apa tidaknya, fatwa mufti di negeri A mengatakan ianya adalah HARAM manakala fatwa mufti di negeri B mengatakan ianya adalah HARUS...Tapi tak mengapa, anggaplah ianya suatu proses pembelajaran baik di pihak anda dan baik untuk PH juga....Persoalan, tahukah kita apa itu hukum di dalam Islam....? Ada berapa hukum kesemuanya....? Baiklah, biarlah PH berkongsi sedikit dengan apa yang PH belajar di sekolah agama dulu yang PH masih ingat lagi...Kesemuanya ada 5 hukum, iaitu :
1 ) Wajib :
a ) Fardhu Ain / Fardhu Kifayah - di mana bila kita buat perkara yang wajib, ianya akan mendapat ganjaran pahala...Kalau kita tak buat yang wajib tu, ianya menjadi berdosa....Contohnya seperti 5 rukun Islam...Bagi Fardhu Kifayah, kalau dah ada orang lain yang buatkan, kita tak buat pun tak mengapa tapi kalau kita buat lagi baik sebab mendapat ganjaran pahala....Contohnya seperti solat jenazah ataupun pengurusan jenazah....
2 ) Sunat
Sunat yang diberatkan / sunat biasa di mana amalannya kalau kita buat dapat pahala, tapi kalau kita tinggalkan tidak mendapat apa-apa....( tak berdosa )
3 ) Makruh
Kalau kita buat benda-benda makruh, tak berdosa tapi dikurangkan pahala...
4 ) Harus
Kalau nak buat boleh, tak nak buat pun tak mengapa...Kedua-duanya tak berdosa asalkan tidak mendatangkan mudarat...Tapi kalau nak buat juga harus diteliti terlebih dahulu kesannya di kemudian hari...Mungkin kesannya akan timbul selepas itu mungkin dari segi kesihatan, kewangan, hubungan suami isteri dan sebagainya....Ini juga meliputi tatacara kita dengan haiwan ( mengkasi kucing )...Hukum HARUS boleh berubah mengikut keadaan tentang apa yang terjadi selepas itu...Macam ayam, ia halal dimakan tetapi boleh berubah menjadi HARAM sekiranya ia tidak disembelih dengan betul...
5 ) Haram
Kalau buat berdosa besar, kalau tak buat mendapat pahala...
hmmmm....
as salam, minggu lepas saya ke sebuah vet swasta untuk membuat appointment utk mengkasikan combi saya. semasa saya di sana (vet) saya telah jumpa sepasang warga emas suami isteri yang berumur dalam lingkungan 50an, mereka menghantar kucing nya untuk divaksin, dan kami bertegur sapa dan saya memberitahu mereka yg saya mahu kasikan combi saya, perkataan pertama yg keluar dari mulut pasangan itu ialah 'Masyaallah, kenapa kamu mahu mengubah ciptaan Allah' saya bilang padanya yg saya takut tidak mampu menjaga anak2 nya kalau dia beranak nanti, mereka ada memberi saya beberapa nasihat dan ia cukup meninggalkan kesan di hati saya, apabila pulang kerumah saya berlari mendapatkan combi dan melihat matanya, mungkinkah combi mahu memberitahu saya yg dia ingin juga melihat anak2 nya. Saya sekarang di dalam dilema samada mahu menghantar combi kesayangan saya untuk di kasikan pada minggu hadapan. Harap kawan2 dapat membantu saya. wassalam
~cik Susie Ahmad memerlukan pandangan dari rakan2 KMFC~
~cik Susie Ahmad memerlukan pandangan dari rakan2 KMFC~
Entri Wajib Baca
-
Entri ini terpaksa aku dedahkan kerana ramai blogger2 tertarik untuk menulis artikel tentang HERO. I'm really appreciate that. Tetapi, apa...
-
Klik Sini Pada 4 Jun 2011, PH berada di sisi Si Comel sehingga nafasnya yang terakhir pada jam 8.52 pagi...Dengan sedu-sedan, PH mengusap-u...
-
Tak sangka hari ini adalah hari PH mengalirkan air mata....Tak sangka juga pada hari ini si comel kesayangan telah pergi meninggalkan PH tan...
-
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih ada insan yang sudi melihat perjuangan PH selama ini....Tanggal 10 Oktober 2011, Kakim...













