From Zero To Hero - Istikharah Seekor Kucing Kurap Jalanan

Baru-baru ini seperti biasa PH sekeluarga pergi ke Restoran Sri Leena di Semenyih Sentral untuk menikmati juadah makan malam....Pada waktu ini, Si Along dan Angah yang paling gembira kerana dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan PH dan MH....Budak-budak ni memang pantang kalau ternampak kucing-kucing yang minta sedekah dari meja ke meja ni...Nak dijadikan cerita, sebaik sahaja PH melabuhkan punggung ke kerusi, tiba-tiba Si Along menjerit "Ayah...!!! Ayah...!!! Ada kucing...Cantik...!!!"...PH pun tengok pada jari telunjuk Along yang menunjuk ke arah bawah gerai makanan besi lauk pauk....Kucing tersebut ada kat bawah tu....Pada mulanya PH buat endah tak endah jer sebab menyangka ianya mungkin kucing yang memang telah 'bermastatutin' kat restoran ni...Nanti kalau PH ketuk tong makanan kibbles mesti dia datang...Begitulah sangkaan PH pada mulanya....Kemudian, PH fokus pula pada pelayan restoran yang datang mengambil pesanan....

Lepas memesan makanan, PH ketuk-ketuk tong kibbles dengan harapan kucing tadi akan datang...Tapi setelah mencubanya beberapa kali, kucing itu tak mahu keluar dari bawah gerai tu....

"Ane...!!! Kasi ayam goreng satu...!!!" jerit PH kepada pelayan restoran dari jauh....

"Nah...!!!! Along pergi bagi ayam ni kat kucing tu..." pesan PH pada Along sambil menyerahkan cebisan daging ayam ke tangan comelnya....

Along terpaksa menonggeng untuk beri kucing tu makan sebab dia berada di bawah gerai itu...Apa yang buat PH hairan ialah sebaik sahaja Along menghulurkan cebisan daging ayam yang agak besar itu ke bawah gerai, hanya 'tangan'nya sahaja yang keluar tetapi badan dan kepalanya masih di bawah gerai....hmmm....Kucing baru la ni...Ni mesti sebab dia takut dengan manusia...barangkali trauma akibat disepak atau dipukul...Inilah lumrah yang selalu dihadapi oleh kucing-kucing jalanan....



Oleh kerana perasaan ingin tahu semakin meluap-luap, PH bingkas bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke arah gerai rak makanan tersebut....Apalagi, PH pun terpaksa menonggeng untuk melihat rupa kucing itu....Apa yang PH lihat amatlah menyedihkan....PH ternampak seekor kucing yang dipenuhi dengan kurap di bahagian muka, kaki dan badannya...Patutlah Along kata kucing ni 'cantik'...Maklumlah, Along belum pernah lagi jumpa kucing kurap yang teruk sebegitu...Tetapi sampai sekarang PH masih terfikir kenapa Along kata kucing tu cantik...? Apa agaknya yang difikirkannya yer...? Kanak-kanak memang tak pandai menipu...

PH berjaya memegang kaki hadapannya sehingga terasa kerak kurap yang amat tebal...Akhirnya PH berjaya menarik keluar kucing itu...Daif betul kehidupannya....Kucing itu tidak meronta-ronta....Dia diam sahaja masa PH menariknya keluar...Mungkin dia pasrah terhadap apa yang berlaku kepadanya selepas ini...


PH toleh semula ke arah meja makan sambil memandang MH...PH mengganggukkan kepala ke arahnya, dan MH pun membalasnya semula dengan senyuman...Kelakuan PH ini ini diperhatikan oleh segenap mata pengunjung yang ada ketika itu...Ada yang tersenyum, ada yang tercengang, ada yang senyum sindir dan macam-macam lagi....Akhirnya PH pun mengangkat tubuhnya yang juga dipenuhi dengan kerak kurap masuk ke dalam kereta. Buat sementara, PH bagi dia makan 'cat stick'....Dia makan dengan lahap sekali...Apa yang menyedihkan PH, 'cat stick' yang berbentuk silinder itu berganjak dari kusyen....Kucing ini tidak dapat mencari 'cat stick' tersebut walaupun ia berganjak dan bergolek hanya sejengkal dari hidungnya...Kucing ini tidak dapat meihat dengan baik kerana matanya juga dilitupi kurap yang amat tebal...Kasihan....

Bau busuk menerjah satu kereta 
Kucing ini tidak dapat mencari 'cat stick' yang bergolek hanya sejengkal dari mukanya

Selepas itu, PH kembali semula ke meja untuk menikmati nasi goreng kampung yang telahpun sejuk sementara kucing itu PH tinggalkan ke dalam kereta...Kalau dia nak buang air, biarlah...Nanti boleh dicuci....Si Along dan Angah meneruskan agenda mereka iaitu memberi kucing jalanan makan...



Sebaik sahaja selesai menikmati makan malam, PH pun membawa kucing kurap ini pulang...Kereta PH berbau busuk akibat dari bau kucing ini yang telah lama tidak dibersihkan....Along dan Angah sampai nak termuntah....Setibanya di rumah, PH kuarantinkannya dulu ke dalam sangkar...PH pun membelek-belek ke segenap tubuhnya...Lubang telinganya hampir sahaja tertutup akibat kerak kurap yang amat kronik....


PH beri dia makanan yang sedap-sedap....Terasa lenyap sekejap segala masalah yang menimpa...Stress tak ada langsung ketika ini.....


Pada hari pertama, PH kuarantinkannya di dalam bilik air supaya senang nak cuci kalau ada apa-apa hal yang berlaku....Gambar ni diambil sebelum PH lumurkan minyak gamat...


Kemudian PH mengambil minyak gamat dan melumurkannya ke seluruh tubuh kucing ini...PH lakukannya secara konsisten dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi sebelum pergi kerja dan pada waktu malam sebelum tidur...Saksikan video di bawah ini...


Ini adalah kurap pertama yang gugur...Sebenarnya ada banyak lagi, lebih kurang 3 kali ganda dari gambar ni tapi PH dah buang sebelum PH sempat mengambil gambarnya...PH membersihkannya di dalam bilik air...



Ini kerak kurap yang gugur pada hari ketiga...Dah tinggal sikit...Waktu ni PH letakkan sangkarnya di balkoni bilik tingkat atas...Ada cahaya matahari untuk membantu dalam proses perubatan kurap cara PH ni...Dedahkan kurapnya yang telah dilumur minyak gamat kepada cahaya matahari...Buat dalam 2 hari sekali...Jangan selalu...



Alhamdulillah, perubahan yang positif telah berlaku dengan izinNya....Mukanya dah kembali comel...Kerak di bawah perut dan kaki sudah sembuh...Barulah PH tahu yang mata kirinya ada Katarak...Kesian betul nasib kucing ni....


Lihatlah kakinya dah kembali gebu.....


Nota PH :
Entri ini bukanlah untuk mendabik dada mahupun untuk mencari publisiti murahan seperti yang diperkatakan oleh sesetengah orang yang berfikiran negatif....PH nak pesan satu sahaja, iaitu :

Kepimpinan Melalui Teladan

Apa sahaja perkara baik yang kita buat, orang pasti akan ikut...Perkara jahat yang kita buat, orang pasti akan sanggah....Yang paling PH takuti ialah orang akan sanggah perbuatan jahat kita di dalam diam...

PH published cerita ni sebab PH mahukan sesiapa sahaja yang terbaca entri ini menghargai nyawa, walaupun nyawa seekor kucing kurap...

Buat Si Nina, PH tak mahu buka adoption untuk sesiapa...PH nak peliharanya...PH dah sayang kepadanya...Si Nina mengingatkan PH kepada Si Burn, tapi kurap Si Burn 10 kali ganda lebih teruk dari ini...
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. kucing ni ok dah kan.. nampak cantik. kucing saya dulu kurap teruk gak, tpi dia xbleh dirawat dgn minyak gamat coz dia jadi lgi teruk.. tpi guna satu ubat yg beli kat farmasi, terus dia ok..

    ReplyDelete
  2. PH mak sy pon pesan benda yg sm...bile kt slamatkan kucing bkan utk show off kite bagus tp biar jd cth utk org ikut :) bile bc kisah kucing ni tingat dlu pon sy nah amik anak kucing 2 bradik bkurap trok mcm ni...sian dorg dok kat tgh pns sb gatal sgt kot....mengiau jek...so bwk blik ari2 mandi bersihkan & gamatkan alhamdullih jd cantik sgt (br tau dorg half persian)...namanye BUNGA & MERAH

    ReplyDelete
  3. berkesan jugak eh ubat gamat ni walaupun kurap teruk camtu..dulu saya tak tau..kucing first saya mati sbb kurap teruk.. :(

    ReplyDelete
  4. kurap nana tak seteruk seri, kucing yang dijumpai oleh mama saya kat bus stop, head to toe kurap habis and then badan dia tinggal kulit dan tulang je. mmg kurus keringlah, nak tunggu ajal je masa jumpa..mama bawa balik pastu saya rawat dia ngan minyat gamat. alhamdulillah sekarang dah sihat tapi yg sedih mata kirinya mati sebab lambat jumpa vet..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular