RM25k Contract Value Rumah Kucing - Designed & Built by Papa Hero

Alhamdulillah, syukur kerana masih dapat lagi mengemaskini blog yang dah lama PH tinggalkan...Terima kasih juga kepada anda yang masih tidak jemu-jemu menghadap blog PH yang tak seberapa ni walaupun dah lama tak update...Untuk pengetahuan, sejak akhir-akhir ini PH amat sibuk dengan urusan kerja di tapak binaan ( pada waktu siang ) dan urusan kerja juga ( di waktu malam )....PH hanya tidur 2-3 jam sehari sejak seminggu dua yang lepas ni....
Oklah, untuk dijadikan cerita entri kali ini, PH rasa ramai rakan-rakan FB PH dah tahu yang PH ada buat rekabentuk sebuah rumah kucing di sebuah rumah rakan FB PH di sempadan Cyberjaya dan Puchong...PH diberi peluang oleh beliau untuk merekabentuk sekaligus membina rumah kucing ini ( Design & Built )...Jumlah keseluruhan nilai projek ini ialah RM25 ribu....Kalau di FB, PH letakkan jumlah harganya ialah RM20 ribu...Sebenarnya itu belum termasuk kos-kos projek yang lain lagi.....
Pemilik rumah kucing ini adalah seorang yang sangat sayangkan haiwan terutamanya kucing...Beliau sanggup berbelanja besar untuk memastikan kucing-kucing yang terbiar mendapat tempat perlindungan yang sewajarnya...Banyak kucing-kucing jalanan yang telah beliau selamatkan....PH doakan agar beliau sentiasa diperluaskan rezeki dan dilimpahi rahmat Allah SWT....




Spesifikasi rumah ini ialah seperti berikut :

1 ) 3mm thk Wrought Iron Metal c/w 3 layer of Powder Coating ( Silver & Black )
2 ) 5mm thk tinted glass panel c/w powder coated aluminium frame
3 ) 5mm thk tempered glass panel c/w powder coated aluminium frame
4 ) Polycarbonate Roof
5 ) Powder coated Steel Diamond Netting
6 ) 2 layer of Nylon Roof Netting
7 ) Exhaust Ventilation Fan
8 ) CCTV, Lighting and Fan
9 ) Homogenius tiles
10 ) 200mm thk RC Slab


PH mengambil masa 7 hari untuk menyiapkan kerja-kerja merekabentuk untuk ditunjukkan kepada pemilik rumah kucing ini....Setelah dipersetujui, barulah kerja-kerja pembinaan dilaksanakan...PH menggunakan aplikasi AutoCAD 2010....


Lepas tu PH convertkan ke dalam PDF format untuk memudahkan kerja-kerja submission secara online...



Ini adalah bahagian pandangan sisi rumah kucing ini...Bahagian menggunakan tinted glass....


Di bahagian ini pula menggunakan tempered glass...Kaca jenis ini tidak mudah pecah...Konsep rumah ini lebih  kepada suasana semulajadi....Kat zon yang ada jubin tu menggunakan bumbung polycarbonate, manakala yang zon rumput menggunakan Nylon Netting Roof...Bahagian Nylon Netting tu ada 2 lapis...Jadi takdelah terik sangat...redup jer kalau kucing lepak kat rumput tu...Bahagian landskap belum siap lagi...Nanti akan ada water fountain, jambatan kecil dan batu-batuan cantik akan dibina....Pendek kata, rumah ini sekaligus akan menjadi taman kucing yang indah...


Masa ni PH tengah pantau kerja-kerja pembinaan...Ni gambar curi yang MH ambil...hehehehe


Ini pula adalah pandangan dari sebelah atas...Net nylon tu biasanya digunakan oleh penjual-penjual pokok bonsai dan orkid di ladang tanaman mereka...Cuaca matahari yang panas menjadi tidak terik dan rumah kucing ni sentiasa redup...Di sebelah belakangnya pula ialah bumbung poly carbonate...Kalau hujan, kucing-kucing semua akan berteduh di situ...Nanti akan ada aksesori seperti cat tree dan rumah kucing yang comel....



Alhamdulillah, percubaan pertama PH merekabentuk dan membina rumah dan taman kucing ini telah success....Ini adalah salah satu pembuka lembaran baru bagi PH....PH tidak pernah katakan tidak kepada satu-satu peluang....Yang penting, kena ada ilmu yang cukup dan berani gagal....Kalau tak gagal, kita takkan dapat meningkatkan taraf hidup kita.....Yang penting, sabar dan ikut cara gerak kerja satu per satu...


Nota PH :

Insyaallah, PH sedang berusaha memperbaiki taraf hidup dari masa ke semasa...Bagi PH, dengan cara memperbaiki diri sendiri dahulu akan membolehkan PH memperbaiki kehidupan kucing-kucing dan anjing-anjing yang terbuang....Insyaallah PH akan buat taman kucing untuk PH sendiri....Jadi, PH harap selepas ini kalian semua janganlah terkejut kalau-kalau melihat PH beri kucing-kucing PH serta kucing-kucing jalanan makan makanan mahal....PH berusaha dengan titik peluh PH sendiri untuk memajukan diri sendiri...PH lakukan semua ini seorang diri sahaja....PH tidak kaya, dan tidak pula miskin....Rumah PH besar, itu adalah usaha PH sendiri....Bukan senang nak perolehi semua itu kalau asyik berfikiran negatif....Tingkatkan motivasi diri, berfikiran positif, jangan ada iri hati, selalu menyalahkan diri sendiri sekiranya gagal ( tidak menuding jari kepada orang lain ) dan sentiasa menghormati usaha orang lain....Bila kita menghormati usaha orang lain, kita boleh belajar dari mereka....

Selami diri sendiri dan tanyalah :

Apa yang aku buat selama ini...? Apakah hasilnya....? Apakah aku sudah mencapai impian yang aku nak....?

If you don't like your result, CHANGE you approach & change your STRATEGY

Inilah yang PH selalu tanya kepada diri sendiri...
BREAK YOUR PERSONAL BEST...
Jangan katakan TIDAK kepada peluang yang datang...
STEADY SEMUA :)
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. wow! good job PH! besar dan luas rumah kucing tu...untung la kucing2 tu kan...

    ReplyDelete
  2. Bagus PH!Sebab ini satu pengalaman yang baik untuk PH sekeluarga..mana la tahu, lepas ni PH dan MH bakal dirikan sendiri rumah kucing dengan usaha dan titik peluh sendiri..way to go guys!^^

    ReplyDelete
  3. 25k? This is super duper great PH! Teruskan perjuangan! Saya sokong PH! Btw nak minta alamat boleh? Nak datang tengok PH, MH, Si kembar dan Hero!

    ReplyDelete
  4. Kalau saya ada duit lebih / lebih berkemampuan, memang nak buat rumah kucing ni untuk kucing2 saya dan the ones yang bolah saya rescue. Tapi apakan daya belum mampu. Stakat gunakan bilik di rumah ni jadi rumah mereka...

    ReplyDelete
  5. suke keazaman awk selamatkn kucing2..kecian kucing2 yg terbiar..saya de bela beberapa ekor kucing..masalahnye saya akn b'kawen thn dpn&akan menetap di australia yg kemudiannya di singapore..bkl suami singaporean yg xsukekn kucing..skrg sy xth mana saya nk letak kucing saya nanti.saya sygkn mereka sgt2..xsampai ati nak letak di pasar or kedai makan seperti cadangan mak&beberapa kwn saya..mmg xsampai ati sebab saya bela dari diaorg kecik..tolong rekomenkan 1tempat yg btl2 boleh jaga kucing2 saya ni dengan selamat..

    ReplyDelete
  6. Salam PH.. first time commenter here. ada buat lagi ke cat enclosure macam ni? terima kasih.

    ReplyDelete
  7. As salam PH.... ada tak design rumah kucing yg agak murah anggaran dalam 5-8K

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular