Berakhir Sudah Epilog Pilu Si Owen..Berbahagialah Bersama Tuan Barumu

Lama juga PH tak update pasal Owen...Pada minggu lepas ( tak ingat pula berapa hari bulan ), PH pergi semula ke klinik Dr Zul di Seri Kembangan untuk mengambil Owen yang telah pun dibedah..Untuk pengetahuan, kakinya terpaksa dipotong kerana kecederaan parah pada tulang kakinya yang pecah...Masa PH ke sana, Owen dah mula aktif dan nampak ceria...Alhamdulillah...Kuat betul semangat Si Owen ni..Kesian, kecik-kecik dah hilang kaki....Tapi tak mengapalah...Itulah ujian yang perlu ditempuh oleh sekian makhluk walaupun ianya hanya seekor kucing..Setiap makhluk yang bernyawa sudah pasti tidak akan terlepas dari menerima ujian dari Yang Maha Esa...


Maka, selesai sudah epilog pilu Si Owen...Kini telah tiba masanya untuk PH membawanya untuk pulang ke rumah...PH foster buat sementara waktu sebelum diserahkan kepada individu yang menjumpai Si Owen iaitu Cik Yunn ( nama Facebook Evelyn Yunn Amin )


Tiada siapa yang nak masuk hospital waima haiwan sekalipun...Tetapi, hospital adalah tempat yang paling selamat...Maka hari ini, Si Owen secara rasminya akan keluar dari klinik haiwan...Owen akan menemui kehidupannya yang baru...


Ini Si Totty, kucing milik Missy Rizal..Suka betul dia duduk kat dalam beg MH tu...Tergelak kami semua dibuatnya....Ada bau Iyo la tu...


Sampai jer di rumah, seperti biasa sesi pengenalan pun bermula...Maka ramailah makhluk-makhluk yang berbulu mengelilingi Si Owen...


Tengoklah kelibat Si Hector tu..Muncung panjang betul...Alahai ade pulak gambar Arwah Si Zac...Dia sempat mencium Si Owen tu...


Sesi pengenalan tu PH benarkan hanya sekejap ajer...PH tak mahu Owen terlalu stress...Lepas PH 'hambat' sekor-sekor keluar dari bilik, barulah Si Owen ni nampak tenang semula...


Dalam pukul 2 pagi PH bangun jenguk Owen..Sangkarnya kat sebelah katil PH jer...PH rasa sayu apabila dapat melihat Owen tidur dengan lena sekali...


Perasaan sedih dan sebak kembali menyinggah...Teringat masa mula-mula PH bawa Si Owen ni ke klinik

Kasihan, Si Owen telah kurang satu kaki belakang...



Kalau nak tengok Owen secara Live di video, sila Play..


Nota PH :


Alhamdulillah, Si Owen kini telah selamat berada di dalam jagaan Cik Yunn...Kepada anda yang telah menghulurkan sumbangan untuk rawatan Si Owen, Owen kata terima kasih banyak-banyak kerana prihatin terhadapnya...Alhamdulillah, segala apa yang kita usahakan mengenai Si Owen telah berakhir dengan jayanya...Anda yang mendoakan juga amat membantu sebenarnya...

Tak tahulah berapa banyak lagi kucing dan anjing di luar sana yang senasib dengan Si Owen...Doakanlah semoga ada pihak yang membantu mereka di luar sana...
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. Sya sygkn sume kucing2 sya jmpa, knal xknal blkg cter..alhamdulillah mudah2an usaha PH akn berterusan n diteruskan oleh gnerasi2 bru nt..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular