KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Hanya Sempat Selamatkan Seekor Sahaja, Seekor Lagi Sedang Nazak

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Monday, April 30, 2012

Hanya Sempat Selamatkan Seekor Sahaja, Seekor Lagi Sedang Nazak

Posted by Papa Hero | Monday, April 30, 2012 | Category: , , , , |

Seperti yang PH beritakan beberapa hari yang lepas di Facebook Kakimotong Fan Club, PH & MH telah menjumpai seekor anak kucing yang umurnya lebih kurang 2 minggu ( KLIK SINI )...Kami berdua menemuinya di lorong Pasaraya Sakan di Semenyih....Untuk pengetahuan, anak kucing ini terlebih dahulu diselamatkan oleh salah seorang pekerja wanita di pasaraya itu...Beliau menceritakan bahawa anak kucing ini ditemui di tengah-tengah jalan raya  utama dan nyaris-nyaris dilanggar kenderaan yang lalu lalang...Ketika ditemui, ada dua ekor sebenarnya tetapi yang seekor lagi sedang nazak....Kemungkinan besar itu adalah adik beradiknya....Puas PH dan MH mencari-cari ibunya tetapi tidak bertemu...Menurut gadis yang terlebih dahulu menyelamatkan kucing ini, ibu kucing ini sudah lama tidak kelihatan...Kalau ada, boleh juga PH culik dengan ibunya sekali....


Semasa ditemui, anak kucing ini sedang nyawa-nyawa ikan menunggu masa ajal datang menjemputnya..Tiada apa yang PH boleh buat melainkan hanya mendoakan agar nyawanya cepat ditarik kerana tidak tertahan melihat sekujur tubuh yang lemah ini menanggung kesakitan yang maha tidak terperi menunggu sakaratul maut...


PH 'mengajak' si comel ni menemani PH makan...Baik betul dia..Tak banyak ragam....


Gelagat kucing ini diperhatikan oleh orang-orang di sekeliling..Rata-rata mereka semuanya tersenyum kerana ramai di antara mereka adalah pelanggan tetap di Restoran Sri Leena dan mereka tahu apa yang PH selalu buat bila melihat ada kucing bersama-sama dengan PH...


Oleh kerana terdidik bersimpati dengan haiwan comel ini semenjak kecil, tanpa berlengah lagi PH pun membawa kedua-duanya pulang ke rumah....PH perasan, si comel yang seekor ni kuat memanjat...Habis beg laptop PH dipanjatnya lepas tu dicakar-cakar tanda geram...Nak ajak orang main dengan dia la tu...


Adiknya yang seorang lagi masih lagi belum habis nafasnya...Pilu rasanya hati apabila melihatnya...Bayangkanlah, haiwan comel yang dikecualikan dari dosa ini pun sakit ketika mati apatah lagi kita yang selalu tidak terlepas dari melakukan pelbagai dosa...??? 
PH selalu berdoa agar diberi 'kesudahan' yang baik dan dipermudahkan segala urusan apabila saat akhir PH tiba nanti...


Setibanya di rumah, PH menyantuni si comel ini dengan RC Kitten selepas disusukan oleh MH dengan menggunakan picagari kecil..Tak sangka lahap juga dia makan..Tampak cerdik sangat-sangat...Adiknya yang nazak tadi tu dah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir...


Kakak-kakak dan abang-abang menerima si comel ini dengan baik...Abang Iyo pun gembira melihat si comel ini...


Tapi kadang-kadang Abang Iyo ni ada juga cemburunya...Cuba PLAY video di bawah ...hehehe


Iyo memang steady...Dia tak kisah kalau PH bawa kucing lain ke dalam rumah...


Si kembar pun amat menyayangi si comel ni....Tak habis-habis mereka memuji kecomelannya..
"Yah...!!! Yah...!!! Comellah kucing tecit ni..." begitulah lebih kurang keletah si kembar ni...


Buat sementara waktu, PH meletakkannya di dalam sangkar sebagai langkah berjaga-jaga..Di samping itu, PH letakkan sekali Rumah Bantal ke dalam sangkar supaya si comel ni selesa...


Tak sangka pandai pulak dia guna Rumah Bantal tu...Aduhai comel sungguh anak kucing ni...Yang hairannya makhluk comel macam ni pun ada juga orang nak bunuh....hmmm...Memang sakit mental laaa...


Ibarat mengantuk lagi disorong bantal, matanya makin lama makin kuyu...Terleka juga PH melayan kerenah si tecit ni....


Cuba tonton video di bawah ni..Kalian semua pasti menyukainya...


Pada esok paginya sementara bersiap-siap nak pergi kerja, PH keluarkan dia dari sangkar dan letakkannya di dalam kotak...Bukannya apa, takut terpijak...Tapi, dia cerdik sangat...Pandai pulak dia nak keluar...


Tapi sebelum dia nak keluar tu, dia usha line dulu..Besar betul mata dia....



Lepas tu bila dia nampak PH, terus dia berguling-guling kat dalam kotak tu...Adehhh sampai terlupa PH nak kena pakai baju dah....hehehehe


Selain dari jasad kaku anak kucing yang baru sahaja mati tadi, PH juga perlu berlaku adil kepada makhluk-makhluk lain yang tewas....Masa PH membawa jasad adik si comel tu, ada pula seekor tikus yang telah mati di ruang meletak kereta....


dan juga seekor anak burung pipit yang telah mati...Biasalah, ni mesti Si Ibu yang bawa balik hadiah....PH menanam ketiga-tiganya sekali di dalam satu lubang kubur....Bak kata orang Johor, kira sekali harunglah ni...


Nota PH :

Anak kucing yang comel tu PH namakannya Si Comel kerana kecomelannya memang tidak boleh disangkal lagi...Kecomelannya seiring dengan kenakalannya...Kemungkinan besar, PH sendiri yang akan adopt Si Comel ni....Kami akan cuba sedaya upaya untuk menjaganya sehabis mungkin dan berharap agar kalian doakanlah agar dia panjang umur...Tidak lama lagi PH akan membawanya berjumpa dengan Dr Zul untuk pemeriksaan, sekurang-kurangnya mendapatkan sedikit dos ubat nyahcacing...
Untuk makluman, Si Chitam PH telah pun membawanya ke klinik Dr Zul semalam ( 29 April )...Dia ditahan sehari di wad dan Alhamdulillah, MH telah berjaya mendapatkan adopter yang sanggup menjaga Si Chitam...Nanti PH akan update ceritanya....Sekarang ni PH amat sibuk dengan tugas-tugas di site...



Comments
1 Comments

Currently have 1 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. Saya pun ad banyak kucing . tapi banyak dah meninggal . sayup jee , huhu :( warna kucing si comel tuh sama dengan warna kucing PRETY "nama kucing" saya . :) heheh .


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails