KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Hanya Sempat Selamatkan Dua Ekor Anak Kucing, Seekor Lagi Mati Kena Gilis

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Sunday, April 22, 2012

Hanya Sempat Selamatkan Dua Ekor Anak Kucing, Seekor Lagi Mati Kena Gilis

Posted by Papa Hero | Sunday, April 22, 2012 | Category: , , , |

Ramai yang telah mengalirkan menangisi pemergian tragis seekor anjing jalanan yang bernama Joni 
( KLIK SINI )...Biarlah, setiap makhluk di atas muka bumi ini tidak terlepas dari ujian Yang Maha Esa...Untuk dijadikan cerita pada entri kali ini, pada waktu malam yang sama 
( hari yang sama PH menjumpai Si Joni ), ada 3 ekor anak kucing yang sedang bermain-main di tepi jalanraya...Dari kelam malam, PH memang tak nampak langsung kelibat ketiga-tiga ekor anak kucing itu...PH hanya perasan apabila ada mereka disuluhi oleh lampu kereta yang lalu lalang di jalan yang sederhana sibuk itu...

"Bang, ada anak kucing kat depan tu bang...Cepat sikit kang takut kena langgar....!!!" tempik MH kepada PH yang sedang memandu...Belum sempat PH menambah kelajuan, kelihatan sebuah kereta keluar dari simpang tiga manakala salah seekor anak kucing itu meluru ke tengah jalanraya...Tanpa sempat PH berbuat apa-apa, PH nampak tayar kereta tersebut menggilis kepala anak kucing tersebut dengan tidak sengaja...Anak kucing itu terus tidak bergerak melainkan hanya kakinya sahaja yang kelihatan menggelupur...Jarak lokasi kejadian hanya beberapa meter sahaja dari kereta PH....Sepantas kilat PH memberhentikan kereta dan MH juga turut keluar dari kereta untuk menangkap 2 ekor lagi adik beradiknya yang lain dan mengalihkannya ke tepi jalan...Lokasi ketika itu di sekitar pasar basah Semenyih...



Aduhai PH hanya terlambat beberapa minit sahaja...Malang memang tidak berbau...Anak kucing yang berwarna oren ini manja sangat-sangat....


Lalu PH pergi semula ke tempat anak kucing yang dilanggar tadi....PH hanya diam membisu sambil menggeleng-gelengkan kepala  kerana sedih dengan apa yang berlaku....Mereka belum kenal lagi apa itu dunia...Tiba-tiba, kenangan PH bersama Arwah Si Boboy kembali menerjah ke dalam kotak fikiran ( KLIK SINI )


Setelah mengalihkan jasad anak kucing hitam tersebut dan menanamnya, PH pun membuat keputusan untuk membawa kedua beradik ini pulang ke rumah...Kebetulan pula kami baru sahaja pulang dari Petshop untuk membeli makanan kucing....Apabila terbau RC, anak-anak ini dengan lahapnya mengoyakkan plastik yang membaluti makanan tersebut...Bernafsu sekali mereka makan...Kasihan, kalau kucing hitam tadi masih hidup pasti dia juga akan dapat merasai makanan sedap..Tetapi apakan daya suratan telah tertulis ajalnya sampai sebelum PH sempat menyelamatkannya...


Kini mereka berdua berada di rumah PH...Sejak dari hari pertama mereka di rumah, PH dan MH sudah mula melakukan gerak kerja untuk mencari adopter untuk anak kucing yang amat comel ini...Beberapa orang PH telah 'approached' tetapi tidak berhasil di atas sebab-sebab tertentu...Tetapi mereka bersetuju untuk bersama-sama membantu PH untuk mencarikan adopter...
Pada hari semalam ( 21 April ), MH berjaya mendapatkan adopter untuk kucing-kucing ini..Beliau adalah salah sorang rakan Facebook PH...Tak lama lagi beliau akan datang ke rumah PH untuk mengambil anak-anak comel ini...Syukur alhamdulillah...Mudah-mudahan mereka berbahagia di samping tuan yang baru...


Nota PH :
Kalau kita 'visualised' matlamat yang kita nak tuju, pasti kita akan memperolehinya...Kalau kita asyik kata "SUSAH" nak jadi adopter, maka memang susahlah jadinya...Yang penting, kita hanya perlu lakukan sahaja tanpa henti dan tanpa berputus asa...Dan satu lagi, "APPROACHED" tanpa henti...Kalau kita tak approached dan asyik merungut, ianya tidak akan membawa apa-apa perubahan...

Comments
1 Comments

Currently have 1 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. teringat plak semalam saya ternampak kucing wrn hitam dilanggar jgk...sian sgt2 kucing tu, nampak kaki dia je bergerak...tak sempat nk buat apa2 sbb tgh drive...cuma mampu berdoa pada Allah semoga kucing tu diselamatkan...


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails