Derita Si Rocky, Dijumpai Terbaring Di Hadapan Pintu Tandas

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bersua di dalam suasana yang aman dan harmoni...Meskipun kita hidup di dalam masyarakat yang majmuk, itu bukanlah alasan untuk kita tidak boleh membela nasib haiwan yang terbiar ni...

Untuk dijadikan cerita di dalam entri kali ini, PH nak kongsikan sedikit tentang kisah pilu yang menimpa seekor kucing yang malang...Pada tanggal 26 March 2013 jam 8.30 malam, PH telah pergi ke Restoran Jamek Maju di Semenyih untuk melakukan beberapa tugasan...PH selalu menggunakan perkhidmatan Wi-Fi di sana sebab laju...Sebelum PH pulang, PH menuju ke tandas untuk membuang air...Tiba-tiba PH terlihat seekor kucing sedang terbaring kesakitan betul-betul di hadapan pintu tandas restoran ini...Sebelum PH masuk ke tandas itu, ada orang di dalamnya dan apabila dia keluar dari tandas itu riak wajahnya seperti tiada memancarkan apa-apa perasaan...Hmmm...



Secara luarannya, kucing ini sedang sakit tenat...Agak memeranjatkan apabila kucing ini bangun menuju ke arah PH ketika PH bertinggung di hadapannya...



Kucing itu mencium-cium tangan PH sebelum terbaring semula akibat lemah...


PH terus mencari sebuah kotak...Nasib baik ada...Senang untuk PH mengangkatnya masuk ke dalam kereta...


Kasihan sungguh ketika melihat keadaannya...Hidungnya tersumbat teruk...Jalan pun ada sedikit mengengkang...PH rasa kucing ini ada masalah organ dalaman...Walaubagaimanapun ia terlalu awal untuk ditafsirkan...PH biasanya akan menyerahkan pada yang pakar....


Setibanya PH di rumah, PH letakkan dia dulu di dalam carrier dalam satu jam agar kadar stressnya dapat berkurangan...Ini akan memudahkan tindakan susulan yang bakal PH lakukan terhadapnya...



PH membersihkan bahagian yang perlu sahaja iaitu muka, kaki dan bawah badan...Langkah-langkah pencegahan kuman perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya penularan kuman...



Si Jojo Kepsi pun sibuk menemani PH pada malam tu...Sambil teman PH dia main bola ragbi yang PH hadiahkan untuknya...


Setelah PH periksa, ramalan PH adalah benar...Kucing ini mungkin mengalami Traumatic Injury, samada dipukul, disepak atau kemalangan...Ada terdapat bengkak yang besar dan lembik di bahagian bawah perutnya...Biasanya, kalau bengkak yang lembik tu di dalamnya ada nanah...Pembedahan mungkin diperlukan untuk memulihkannya...


Setelah PH membersihkannya, PH teruskan lagi dengan memberikan sedikit ubat-ubatan iaitu ubat mata, Vitamin B Complex ( penambah selera makan ) dan antibiotik...Sebelum selesaikan tugas, PH lakukan 'Force Drink' air kelapa dengan menggunakan picagari...Air kelapa sangat baik untuk kucing-kucing yang demam kerana ia dapat menawarkan bisa-bisa kuman dan meneutralkan kadar hidratnya...


 Kini mukanya dah bersih sedikit dari keadaan yang asal...PH namakannya Si Rocky...


Buat sementara, PH letakkannya di dalam sebuah sangkar...Alhamdulillah, Si Rocky masih bersemangat untuk meneruskan hidup...Dia masih mahu makan walaupun tersangatlah perlahan...


Nota PH :

Untuk meneruskan proses rawatan, Dr. Zul ( FB Tanya Sama Vet ) akan bersama-sama berganding bahu untuk menyelamatkan Si Rocky...Namun, PH juga mempunyai kekangan untuk membantunya terutamanya dari segi kos...

Sekiranya kalian ingin menghulurkan SUMBANGAN IKHLAS untuk membantu Si Rocky, bolehlah berbuat demikian dengan KLIK SINI...

PH juga ada buat testimoni bagaimana untuk mengendalikan kes-kes sebegini di wall Facebook Kakimotong Fan Club untuk dikongsi dengan kalian semua ( KLIK SINI )


Sama-samalah kita doakan agar Si Rocky sembuh seperti sediakala yer...

Update Terkini 29 Mac 2013 :

Kutipan derma untuk Si Rocky telah dihentikan...Si Rocky telah meninggal dunia..

Comments

  1. Nangis masa tengok gambo rocky berdiri tu. Pastu sekatang meraung sebab dia dah mati. Takpelah. Berbahagialah kau di sana sayang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular