Lagi 17 Ekor Kucing Berjaya Diselamatkan Dari Dilupuskan

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dari Allah SWT sekali lagi Team HERO telah berjaya menunaikan misi mengeluarkan kucing dari Pusat Kurungan Haiwan DBKL di Setapak untuk minggu yang ke-18...Jumlah kucing yang telah berjaya dikeluarkan ialah 17 ekor kesemuanya...Yang menariknya, misi kali ini turut disertai oleh tiga orang serikandi aktivis haiwan wanita...Berikut adalah status dari Page Facebook Pertubuhan Aktivis Haiwan yang dimuatnaik oleh Saudara Uncle Angah :


"alhamdulillah selesai batch 18 . 17 ekor smua skali. semua comel2 belaka. terima kasih kpd rakan HERO yg telah menghadirkan diri bg bantuan dan sokongan ptg td.yg bg bantuan kewangan dan doa serta sokongan pun kami ucapkan terima kasih. setiap yg baik pasti ALLAH akan balas dengan pahala yg sangat berharga. yg belah kanan kak liza jamaludin yg belah kiri sekali nama lupa. sory hehe. ape pun terima kasih semua kerana menjayakn misi DBKL batch 18. minggu depan jumpa lagi. psssttt ade sape2 x nk adopt adik2 kita ni. bole pm kat page ye. takbirrr...."



Nota PH :

Penyertaan dari kalian semua amatlah dialu-alukan...Sekiranya usaha yang kita lakukan tidak lari dari landasan kalimah Lillahi Taala, In Shaa Allah semuanya akan dipermudahkan....Marilah kita bersama-sama memartabatkan lagi pencinta dan aktivis haiwan di Malaysia...


Tea HERO amat mengalu-alukan kepada kalian yang sudi membantu kami untuk menjadi keluarga angkat bagi kucing-kucing yang sangat comel ini...Sekiranya berminat bolehlah hubungi Naib Presiden Pertubuhan Aktivis Haiwan iaitu Saudara Razeef Che Shamah di talian 

017-320 6869

Steady Semua...!!!

Comments

Entri Popular