Kucing Malang Disumpit Mati

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Selagi kita hidup, selagi itulah kita sering mendengar bermacam kisah pilu mengenai haiwan jalanan di negara yang tercinta ini...Ada pihak yang marah, ada pihak yang mengambil sikap berdiam diri dan ada pihak yang memendam rasa dukacita...Si pelaku kekejaman haiwan ini seakan tidak takut langsung akan hukuman dari Yang Maha Esa....Haiwan jalanan terutamanya kucing dan anjing seringkali menjadi sasaran ataupun 'target practise' oleh individu yang tidak berperikemanusiaan...Kita hidup ini biarlah bersyariat...Dengan hidup bersyariat kita akan menjadi lebih sihat dan lebih bermanfaat kepada makhluk lain di atas muka bumi ini...Sensitiviti terhadap perasaan makhluk lain juga perlu dijaga...Itulah pesan Imam As Syafie kepada Al Sunnah Wal Jamaah yang perlu kita teguhkan bersama...

Baru-baru ini PH sangat berdukacita tentang kematian tragis dua ekor kucing jalanan...Kucing ini dipercayai telah disumpit sehingga menyebabkan kematiannya...PH mendapat berita ini melalui laman Facebook Dr. Azlan di Kitty's Cottage Klinik Haiwan dan Surgeri ( LINK )....

Aduhai...Kisah tragis ini berlaku di Bukit Jelutong, Shah Alam di mana kucing ini masih hidup ketika dijumpai oleh seorang individu yang sangat mulia menyelamatkannya ( PH terlupa pula siapa namanya )...Kucing malang ini telah diselamatkan dan dibawa ke klinik Dr. Azlan di Seksyen 20, Shah Alam...

Luka akibat kesan sumpitan yang menusuk tubuhnya adalah sedalam 5cm - 6cm...Ianya menembusi abdomennya dan terkena di bahagian organ dalaman penting iaitu hati dan buah pinggang....Menurut Dr. Azlan, kucing malang ini masih bernyawa ketika dibawa ke klinik beliau....

Kredit gambar : Dr. Azlan

Berikut adalah status yang telah dimuatnaik oleh Dr. Azlan melalui laman Page Facebook beliau ( LINK )...PH dikhabarkan bahawa kucing malang ini tidak dapat diselamatkan memandangkan kecederaannya terlalu serius...


Seekor lagi kucing juga menemui nasib yang sama akibat kecederaan yang sangat parah akibat disumpit...Individu yang memiliki sumpit ini ( dipercayai buatan sendiri ) sebenarnya boleh membahayakan orang awam...


Kalau singgah ke klinik Dr. Azlan dan Dr. Zul, ada bermacam-macam kisah pilu kucing jalanan yang menjadi mangsa kekejaman manusia....

Nota PH :

Kucing dan anjing bukanlah untuk dijadikan sebagai sasaran ataupun diperlakukan dengan kejam sewenang-wenangnya....Kalaulah kita ternampak ada kes sebegini berlaku di hadapan mata kita, wajarlah kita merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti untuk meneruskan proses pendakwaan di bawah Seksyen 429 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat kepada haiwan....

Si comel ini perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kita semua...Mereka bukan haiwan untuk dibunuh dan dimakan, tetapi sebaliknya untuk dijadikan sebagai sahabat...


Mereka yang sering melakukan kekejaman terhadap haiwan adalah seorang yang pengecut kerana hanya berani bertindak terhadap makhluk yang tidak mampu melawan....Laksanakanlah tanggungjawab yang sepatutnya kita lakukan terhadap haiwan-haiwan ini agar hak mereka untuk hidup di atas muka bumi ini terbela....


Menurut kata seorang ustaz yang pernah mengajar PH, manusia bukanlah makhluk pertama yang diciptakan oleh Allah SWT di atas muka bumi ini, tetapi mereka terlebih dahulu telah diciptakanNya...Jangan rasa megah kalau kita dapat membunuh mereka...Sedarlah bahawa setiap perbuatan kejam yang kita lakukan akan dibalas kelak, samada secara 'on the spot' di dunia ataupun hukuman tersebut ditunda sehingga ke hari akhirat...

Tatutlah kepada hukuman dari Allah SWT....

Comments

Entri Popular