Salam Terakhir Dari Si Kenot Dan Si Sephina Buat Semua

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Sekalian....

Hidup kita ni semakin menuju kematian, begitu juga dengan makhluk-makhluk yang lain termasuklah anak-anak bulus yang kita sayangi...Segalanya adalah di luar pengurusan kita melainkan hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui....

Si Kenot akhirnya telah meninggalkan kita semua...Pemergiannya sangat meninggalkan kesan di dalam hidup PH sekeluarga walaupun hanya beberapa ketika dia bersama dengan PH...Kisah Si Kenot ini bermula apabila ia diselamatkan oleh seorang insan mulia yang bernama Saudara Shaharatul Aswat dan beliau telah menghantarkannya ke rumah PH untuk memohon bantuan...Seperti biasa, kucing-kucing dari luar yang baru masuk ke rumah PH akan PH kuarantinkan dulu dari kucing-kucing PH yang lain....Melihatkan keadaan Si Kenot yang lumpuh pada kedua-dua kaki belakangnya, rasanya tidak sampai hati pula untuk mengurungkannya ke dalam sangkar...Ketika itu perutnya sangat gendut dan selera makannya Nauzubillah...Ini menunjukkan dia dalam keadaan sihat...Namun begitu, PH masih memegang nasihat dari Dr. Zul iaitu tempoh selama 2 minggu diperlukan bagi memastikan keadaan kesihatannya benar-benar terjamin sebelum dihantar ke klinik haiwan untuk proses pemvaksinan...Jadi PH pun asingkan Si Kenot dari kucing lain dengan membiarkannya bebas di dalam bilik PH...


Kalau PH atau MH terjaga tidur pada malam harinya, keadaan Si Kenot pasti akan diperiksa...Makannya tidak pernah putus...PH membiarkannya sahaja Si Kenot bebas ke mana sahaja di dalam bilik tidur PH...Kucing-kucing PH yang lain tidak dibenarkan masuk ke dalam....


Selang beberapa hari selepas itu PH ditemukan dengan Si Sephina di sebuah kedai makan di Semenyih ketika sedang bersarapan pagi....


Apabila ditanya pemilik kedai makan itu, Si Sephina ini berseorangan sahaja...Mata kirinya kelihatan ada jangkitan kuman...Lalu PH pun mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah...Bekas makanan dan minumannya PH asingkan dari Si Kenot kerana kedua-duanya belum divaksin...Lagipun keadaan kesihatan mereka masih belum mengizinkan PH untuk berbuat demikian...Keadaan Si Sephina sangat lemah ketika baru dijumpai...


Si Kenot ni sangat manja dan suka menyelit ketika tidur...


Setiap hari MH mengurut-urut kaki belakangnya yang terkulai...Alhamdulillah setelah diurut nampak gayanya kaki belakangnya ada menunjukkan perubahan..Si Kenot sudah boleh berdiri tetapi masih menyeret kakinya apabila berjalan....


Selang di minggu yang kedua, PH perasan ada perubahan yang mendadak terhadap tubuh Si Kenot...Selera makannya baik tetapi badannya semakin kempis...PH sudah mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena...Si Kenot mula muntah-muntah berwarna hijau dan PH turut menjumpai ada kesan cirit-birit yang sedikit tetapi tersangatlah hanyir baunya....PH hampir pasti Si Kenot dijangkiti Virus Parvo, iaitu sejenis virus yang merosakkan organ dalaman kucing...Sehingga kini tiada penawar untuk penyakit yang disebabkan oleh virus ini...Jadi dengan PH terpaksa juga mengkuarantinkan Si Kenot di dalam sangkar...Sangkar putih ini adalah sangkar yang baru dibeli....Si Kenot adalah kucing pertama yang dimasukkan ke dalamnya...Pada mulanya, PH cuba untuk menyangkal sangkaan itu dengan mengandaikan bahawa Si Kenot hanya mungkin dijangkiti bakteria...Namun apabila najisnya keluar darah, PH pasrah sahaja...PH sedar bahawa tiada apa yang PH boleh lakukan lagi melainkan hanya berdoa kepada Allah SWT...

Malam semalam PH bermimpi didatangi oleh Si Kenot dan Si Sephina...Mereka datang ke arah PH dan berbaring di dada PH lalu hilang begitu sahaja....Apabila PH terjaga, PH terus meluru ke arah sangkar di mana Si Kenot ditempatkan...Si Kenot telah terbaring kaku dan ada najis bercampur darah yang sangat pekat...Perutnya yang gendut telah menjadi kempis secara tiba-tiba...Si Kenot telah mati akibat Virus Parvo....


Kemudian PH teringat pula pada Si Sephina...Puas PH mencarinya tetapi tidak berjumpa...Akhirnya PH menjumpai Si Sephina terbujur kaku di balkoni bilik PH....Nampaknya, dia juga mengalami nasib yang sama seperti Si Kenot....PH rasa seperti hendak menangis tetapi tidak mampu mengalirkan air mata...Senario sebegini terlalu banyak PH alami....Gambar di bawah ini menunjukkan Si Sephina masih dalam keadaan sihat tetapi lemah...




Nota PH :

Halangan utama bagi si penyelamat kucing ialah Virus Parvo ataupun Sampar Kucing...Kemungkinan besar virus berbahaya ini telah sedia ada di dalam tubuh Si Kenot dan Si Sephina...

Kredit : Dr. Azlan Kitty's Cottage Shah Alam

Berhati-hatilah apabila menyelamatkan kucing...Secara zahirnya mereka memang tampak sihat...Langkah berwaspada perlu diambil bagi mencegah penularan wabak ini....Kuarantinkan mereka selama 2 minggu ataupun lebih...

Kepada Si Kenot dan Si Sephina, walaupun 'jodoh' kita tidak lama, tetapi kehadiran kamu berdua cukup indah di dalam hidup papa....Terima kasih kerana menceriakan hidup kami sekeluarga...

Dan PH yakin keletah Si Kenot semasa hayatnya ada akan kekal di dalam ingatan kalian semua...






Comments

  1. Bertambah pahala ph kerna berbakti kpd haiwan..

    ReplyDelete
  2. Smoge papa iyo n sklurge d rhmati sntse

    ReplyDelete
  3. sedihnya..ery pun pernah kehilangan anak bulus krn penyakit ni..sedih sgt sbb tak mampu berbuat apa2...lgpun pnyakit tu tiada ubatnya..tima kasih ph sbb prihatin dgn kenot dan sephina. hnya Tuhan yg mampu memblsnya..

    ReplyDelete
  4. kucing saya pun ada yg macam tu jugak. kemtian yang penuh tragis.. :.(

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular