Papa Sangat Sayangkan Kamu Berdua...Lillahi Taala..

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman....

Rasanya sudah lama blog ini tidak terusik oleh PH dek kerana kesibukan masa dan beberapa masalah yang melanda...Baru-baru ni si kembar tak sihat...Batuk tak berhenti dan demam yang berpanjangan...Si Angah sampai terkena sawan tarik sehingga kejang satu badan...Mukanya lebam dan bibirnya kebiruan serta mulutnya berbuih...Menggelupur masa dia kena sawan hari tu dek kerana suhu badan yang terlampau panas...PH pun tak sedar yang dia demam walhal sebelum tu elok jer dia berlari sana sini...Hati ibubapa mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan anak menjadi sedemikian rupa...Dengan air mata yang tidak berhenti mengalir, PH papah si Angah ke bilik air untuk dijelumkan dengan air....Sehari selepas itu si Along pula demam dan batuk tak berhenti...Demikianlah ujian yang Allah SWT beri pada PH...Mereka yang pernah mengalami situasi sebegini pasti akan faham apa yang PH rasa...Namun Alhamdulillah, si kembar kini sudah riang semula...Demam dah sembuh dan batuk pula dah berkurangan...



Untuk dijadikan cerita pada entri kali ini, di saat si kembar ni tengah sakit Si Mimie dan Si Baby pula telah ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan iaitu MPKj ( Majlis Perbandaran Kajang )...Ini berikutan mereka telah menerima aduan bahawa Si Mimie dan Baby dikatakan telah mengganggu ketenteraman awam...Sekali lagi hati PH luluh apabila dikhabarkan oleh jiran Cina yang memberitahu PH akan berita buruk ini....PH pun dah hampir berputus asa dan putus harapan untuk menyelamatkan mereka berdua..PH tahu dugaan kali ini agak sukar untuk diatasi...Pada hari yang sama mereka ditangkap, PH mula menghubungi beberapa individu dengan harapan agar mereka boleh membantu PH...

Maka, keesokan harinya ( 14.02.2013 ) PH telah dibantu oleh salah seorang rakan Facebook berbangsa Cina ( namanya enggan disiarkan )...Biarlah PH menamakannya Mr Yap...Pada pagi itu, PH, MH dan si kembar pergi ke ibupejabat MPKj di bandar Kajang...Dengan berbekalkan sepucuk surat rayuan, PH sangat berharap agar mereka berdua dapat dikeluarkan...



Si Along pula sedang demam...Mahu atau tidak, PH gagahkan juga membawa mereka bersama...Dengan kepala yang berserabut, kami melangkah dalam keadaan kaki yang lemah...Entah berjaya atau tidak untuk kami mengeluarkan mereka dari pusat kurungan haiwan MPKj...Segala urusan perniagaan petshop online PH terpaksa dihentikan buat sementara...Di samping itu, PH tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT agar segalanya dipermudahkan...Gambar di bawah ini diambil oleh MH secara spontan ( candid )....PH pun tak sedar gambar ini dirakam...


Proses untuk mengeluarkan mereka memang mudah tetapi memakan masa yang agak lama pada hari itu kerana pegawai yang bertugas di bahagian tangkapan anjing sedang bercuti...Jadi, hampalah harapan PH untuk mengeluarkan mereka berdua...Namun yang demikian, PH diizinkan untuk melihat keadaan Mimie dan Baby di stor simpanan haiwan tangkapan...Mr Yap pula sedang menunggu di sana...


Buat pertama kalinya PH telah masuk ke dalam pusat kurungan haiwan tersebut...Maka, dapatlah PH jumpa mereka berdua...Sayu keadaan ketika itu...Si Mimie dan Baby meronta-ronta nak keluar tetapi apakan daya...Mereka tidak boleh dikeluarkan pada hari itu kerana ketiadaan pegawai yang meluluskan permohonan untuk melepaskan anjing yang ditangkap...PH rasa macam nak menangis pun ada sebab mereka berdua ni dah lama PH jaga...Si Baby tu ( berwarna putih pudar ) adalah anak Si Mimie....PH menjaganya sejak dia bayi lagi....Pada hari itu, PH dan Mr Yap pulang dengan hampa...



Pada keesokan harinya ( 15.02.2013 ), sekali lagi PH panjat tangga bangunan MPKj dengan membawa si kembar yang sakit untuk berjumpa dengan pegawai yang bertugas...Alhamdulillah ianya berhasil...MH bawa Si Angah...

Setelah hampir 3 jam berurusan untuk memohon rayuan, maka PH pun dikenakan denda kompaun...Jumlah denda kompaun yang dikenakan biarlah PH rahsiakan sahaja yer...Yang penting, mereka mesti dikeluarkan pada hari itu juga...Kerjasama dari pihak pegawai MPKj juga sangatlah baik...


Sebaik sahaja urusan kompaun selesai, PH terus menelefon Mr Yap yang sedang menunggu di sana ( buat kali kedua )...Pegawai yang bertugas di stor kurungan anjing juga telah diberi lampu hijau oleh pegawai atasan MPKj untuk memberi kebenaran kepada Mr Yap membawa Si Mimie dan Si Baby keluar...Menurut akta pihak berkuasa tempatan, sekiranya haiwan yang ditangkap ini tidak dituntut dalam masa 7 hari, mereka akan dilupuskan di bawah Akta Kacau Ganggu...Alhamdulillah, akhirnya mereka telah berjaya dikeluarkan...



Jelas terukir riak kegembiraan di wajah Si Baby ketika menaiki kenderaan pacuan 4 roda milik Mr Yap...


Begitu juga Si Mimie ibu kepada Si Baby...Lima anaknya yang lain telah mati dilanggar kenderaan...Yang hidup hanya Si Baby seekor sahaja....


Si Jojo pula tidak sabar menunggu adiknya...


Pada saat inilah PH hampir mengalirkan air mata...Anjing pun tahu apa erti kasih sayang...Si Jojo menjilat-jilat tubuh Si Baby...Mereka berkawan sejak Si Baby ni bayi lagi...


Akan tetapi, PH mempunyai satu lagi masalah...PH sedar bahawa kawasan di rumah PH sudah tidak selamat lagi untuk mereka...PH bimbang sekiranya mereka dilihat lagi di kawasan ini mereka akan diracun pula...Mahu atau tidak, PH perlu mencarikan seorang penjaga yang bertanggungjawab untuk menjaga mereka....Bagi PH, ini adalah peringkat yang paling sukar...Selama dua hari PH jaga mereka di dalam kawasan pagar perimeter rumah PH sementara mencarikan seorang penjaga sementara...

Akhirnya, salah seorang rakan PH berbangsa India sudi menghulurkan bantuan...Si Mimie dan Si Baby telah ditempatkan di sebuah kedai menjual aksesori haiwan ( petshop ) di Kajang milik beliau buat sementara waktu...Di sana memang ada perkhidmatan 'hotel' untuk anjing dan kucing ( boarding )....Maka PH pun menghantar mereka berdua di sana....Mereka sudah tidak boleh berada di dalam kawasan kejiranan di rumah PH lagi...


Hampir seminggu mereka berada di sana...Gambar di bawah ini dirakam dua hari selepas mereka ditempatkan di sana...Sebak hati PH apabila melihat mereka melompat-lompat kegembiraan tatkala bertemu dengan PH...PH bercakap kepada mereka bahawa PH berjanji akan melakukan yang terbaik untuk mereka...PH juga sempat meminta maaf kepada mereka dengan mengatakan bahawa PH sudah tidak boleh menjaga mereka lagi....Ucapan PH disahut dengan suara lolongan kecil berbunyi wisel oleh mereka berdua....Sayu betul pada hari tu...MH tidak sanggup untuk berjumpa dengan mereka kerana dia tahu yang dia akan menangis nanti...Apabila pulang ke rumah, PH dan MH sudah hampir putus harapan untuk mencarikan keluarga angkat mereka yang baharu...Maklumlah, siapa yang nak bela anjing jalanan, kan...?? Puas PH menelefon rakan-rakan FB tetapi hampa...Namun yang demikian, mereka akan memaklumkan kepada PH sekiranya ada keluarga angkat dijumpai kelak...PH dan MH tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT untuk meminta pertolongan...Di waktu solat pun PH ada sebut nama mereka berdua di dalam doa selepas solat...


Di kala PH dan MH sedang bergelumang dengan masalah untuk mencari jalan penyelesaian Si Mimie dan Si Baby, kesihatan Si Along pula semakin teruk...Dia batuk tidak berhenti selain suhu badannya yang panas...PH terpaksa kejarkan Along ke Hospital Serdang lebih kurang pada jam 11 malam...Kami pulang ke rumah semula pada jam 4 pagi...Keadaan adalah sungguh memenatkan...Gambar di bawah ini menunjukkan Si Along sedang diambil sampel darahnya untuk diuji di makmal...Along menangis semahu-mahunya tatkala jarum suntikan dibenamkan ke pergelangan tangannya yang halus...

"Sakitnya Ayahhh..." Along merintih kesakitan...PH sudah tidak tahu nak buat apa lagi melainkan hanya memujuk hatinya yang masih kecil...Semasa proses pengambilan darah dilakukan, PH terpaksa menutup mata Along...


Pada hari itu, PH cuba untuk fokus sebaik yang mungkin untuk menyelesaikan masalah yang melanda...Untuk meredakan kegusaran hati, PH upload status-status dan gambar-gambar yang menggembirakan di wall Facebook Kakimotong Fan Club ...PH gembira melihat komen-komen yang masuk...PH rasa gembira apabila melihat para pembaca gembira...PH memegang prinsip bahawa sekiranya kita ingin berasa gembira, kita perlu menggembirakan orang lain...Banyak bungkusan dan barang dari Kakimotong Pet Paradise yang perlu PH pos terpaksa ditangguhkan...


Di antara salah satu cara PH untuk mencapai sesuatu matlamat ialah MEMBAYANGKAN situasi tersebut akan berlaku ( visualised )...PH membayangkan bahawa Si Mimie dan Si Baby bakal menemui tuan yang baharu sekurang-kurangnya untuk menjaga kebun....Berkat dari usaha yang  tanpa jemu serta tidak putus-putus mencari jalan penyelesaian, akhirnya ianya membuahkan hasil...PH dan MH tidak tidur malam memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini....

Pada suatu hari, ditakdirkan oleh Allah SWT ada seorang jiran berbangsa Cina sedang membawa anaknya bermain basikal di hadapan rumah PH...Dia senyum melihat PH...

PH : Hai Aunty...

Aunty : Hai...

PH : Saya mau mintak tolong sikit boleh kaa..??

Aunty : Apa tu..??

PH : You ada orang yang suka anjing tak...?? Saya ada dua ekor mau kasi sama dia...?? 

PH terus bertanyakan kepada Aunty tanpa meletakan sebarang harapan yang tinggi...

Aunty : Owh..?? Ada kaa..?? Betina ke jantan...??

PH : Dua-dua betina ( sambil menunjukkan gambar Mimie dan Baby di telefon bimbit )

Aunty : Nanti saya tanya sama pakcik...Dia ada kilang...Nanti saya call awak yerr...

PH : Wahh...Tq Aunty...Nanti telefon saya cepat yer...

Kata-kata Aunty tadi PH sambut dengan agak dingin kerana tidak berasa yakin...Ketika ini, Si Mimie dan Si Baby sudah hampir seminggu ditempatkan di petshop...

Pada keesokan harinya, PH dihubungi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali...Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Mr. Lee...Dia berhajat untuk melihat Si Mimie dan Si Baby....Bagaikan tidak percaya, PH terus membuat temujanji dengan Mr. Lee di petshop di mana mereka berdua disimpan pada hari itu juga...Akhirnya, kami berjaya berjumpa di petshop tersebut...ALHAMDULILLAH....!!!!

Setelah melihat keadaan kesihatan serta fizikal mereka berdua, Mr Lee bersetuju untuk menjadi tuan mereka yang baharu...Rumah beliau pun dekat dengan rumah PH tetapi kilangnya terletak di Bahau, Negeri Sembilan...Beliau berkata bahawa Si Mimie dan Si Baby akan 'ditugaskan' untuk menjaga kilangnya di Bahau...Beliau memaklumkan bahawa dia adalah seorang pelatih anjing ( dog trainer )...Ada banyak anjing-anjing yang terlatih di kilangnya...Ketika Mr Lee sedang sibuk melayani mereka berdua, PH terpaksa pergi ke belakang stor untuk mengesat air mata dan melepaskan sebak di dada....PH tidak menyangka Allah SWT telah memakbulkan doa PH dan MH...



Berkat menjaga hubungan sesama manusia tidak mengira latar belakang kaum dan agama, akhirnya PH dan MH telah berjaya melaksanakan tugas mencari keluarga angkat untuk Si Mimie dan Si Baby...Si kembar pun dah sembuh dari demam tetapi batuknya masih ada lagi....PH juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Mr Yap sekeluarga kerana sudi menghulurkan bantuan kepada PH...In shaa Allah PH akan update berita terkini dari Mr Lee mengenai Si Mimie dan Si Baby...Kini hati ini sudah merdeka...PH tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya...


Nota PH :

Tidak banyak kisah Si Baby dan Si Mimie PH cerita di dalam blog atau di Facebook kerana PH tidak mahu ianya disalahertikan oleh sesetengah pihak yang selalu mencari kesalahan orang lain...PH jaga Si Baby ni sejak dia baru lahir....Lima lagi adik beradiknya telah mati sekaligus akibat dilanggar kenderaan...Pada waktu malam PH akan masukkan dia ke dalam pagar rumah manakala pada waktu siang dia akan menjalani kehidupannya sendiri....


Si Mimie ini mempunyai tuan...Semasa pulang dari bangunan MPKj, PH ada singgah ke rumah tuannya untuk memberitahu bahawa Si Mimie telah ditangkap oleh MPKj tetapi PH dan MH telah dimarahi dengan begitu teruk kerana menyangka dia perlu membayar kompaun...Apa yang amat menyedihkan PH, dia berkata :

"Saya sudah tidak mahu dia lagi...Mana dia mau pergi ikut suka dialah..."

Untuk mengelakkan perkara menjadi lebih besar, PH pun beredar dari rumahnya setelah dinasihati oleh MH...Kami berdua dihalau semahu-mahunya oleh pemilik asal Si Mimie walaupun didatangi dengan cara yang baik...Kalau nak diikutkan hati, memang teruk jadinya kalau PH melawan, tetapi PH tiada bukti untuk mengatakan bahawa Si Mimie tu adalah miliknya....Lesen anjing pun tak ada...Kalau nak buat aduan pun, justifikasinya ada banyak cacat cela...Silap haribulan PH pula yang kena balik...

Begitulah sikap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaannya...Memandulkan anjing pun tak mahu, malah dibuang apabila beranak pinak....

Si Baby dan Si Mimie juga selalu PH belikan ayam kepsi...PH gembira apabila melihat rezeki PH dikongsi oleh mereka dan Jojo...


"Kepada Mimie dan Baby, Papa dan Mama minta maaf kerana sudah tidak boleh menjagamu lagi...Kehadiran kamu tidak disenangi oleh jiran papa di sini dek kerana kecuaian tuan asal kamu....Satu hari nanti papa akan jenguk kamu di Bahau nanti....Doakanlah yang terbaik untuk papa...Papa sangat sayangkan kamu berdua...Lillahi Taala...."

Berdoalah kepada Allah SWT, nescaya akan diperkenankan...

Comments

  1. tahniah ph. mengalir air mate ni membace.sye doakan allah mempermudahkan segala urusan ph dlm memperjuangkan nasib kcg dan anjing jalanan.sye salute sme ph dan mh.

    ReplyDelete
  2. Ph & skeluarga mmpunyai ati yg mulia bkn mudah kita bpisah dgn haiwan yg kita jg dgn baik...smoga ph dmurahkn rezeki & sluruh kuarga shat slalu.....amin amin amin..

    ReplyDelete
  3. Ph & skeluarga mmpunyai ati yg mulia bkn mudah kita bpisah dgn haiwan yg kita jg dgn baik...smoga ph dmurahkn rezeki & sluruh kuarga shat slalu.....amin amin amin..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah.....sebak pula hati Saya membacanya....Mulia sungguh hati papa dan mama hero...
    Semoga tuhan memberkati hidupmu seisi keluarga dan diberikan rezeki yg berganda-ganda....Amin Ya Rabb....

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah menjaga mimie dan baby. Ameen..

    ReplyDelete
  6. mengalir air mata baca post ni.terima kasih ya Allah kau kurniakan manusia yg berhati mulia seperti mereka.kan bagus kalau semua manusia dlm dunia ni sygkan haiwan mcm PH.murahkanlah rezeki mereka ya Allah.ameen.

    ReplyDelete
  7. Memang sedih sgt, maklumlah dah jaga dari kecil,
    saya pun baru jaga 5 hari anak kcg diserahkan pada kwan rasa sedih, teringat2 aje, wlalupun dijaga dgn baik.

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah swt memberkati kamu sekeluarga.. keep it up PH and MH.. :)

    ReplyDelete
  9. Sebak sgt, X tau nk ckp apa....tp yg pasti ganjaran yg hebat bakal menanti PH & MH di 'sana' nanti..mulia sggh hati kalian..

    ReplyDelete
  10. Selalu lah kan kena samak?

    ReplyDelete
  11. cik anon yg kt ats ni nampak sgt kurang bijak

    ReplyDelete
  12. Sedih dan sebak bila baca....

    ReplyDelete
  13. Mengalir airmata baca post ni PH....
    Alhamdulillah... AJ pasti mereka faham kenapa PH lepaskan mereka kat tuan baru....

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular