Bila Kucing Jalanan Menangis....
Baru-baru ni, PH ada terjumpa seekor kucing yang amat besar...Sekali pandang nampak macam kucing betina bunting sebab perutnya besar...Suaranya pula macam dengar tak dengar jer..Kucing besar ni duduk diam jer kat depan pintu masuk Ambank Semenyih ni...Macam nak suruh orang ambik dia...Mengiau tak berhenti-henti...hmmm...
Sementara nak tunggu MH kat mesin ATM,PH pun keluar dari kereta untuk urut-urut si bagak ni sebab muka dia tampak manja sangat..geram PH tengok dia...perutnya boyot macam kucing betina bunting...
Masa PH urut-urut badan dia, PH terpegang ada sesuatu yang basah kat badan dia...Terasa licin dan berlendir...Adehhh...Rupa-rupanya ada kesan lecur di bahagian belakang badannya...Terus PH ambil handphone dan rakam saat ini...Sambil-sambil rakam, dalam hati PH menyumpah-nyumpah siapalah yang tergamak simbah kucing ni dengan air panas....Tunggulah balasan untuk KAU nanti...Dengan kucing pun tak nak mengalah...Itulah jadinya kalau manusia merasakan yang mereka itu adalah tuhan di muka bumi Allah ni...Patutlah kucing ni mengiau tak berhenti-henti...Menangis barangkali...
MH la yang paling kesian kat Si Boboy ni...Muka dia hensem,dan PH rasa dia ni adalah kucing rumah yang telah dibuang...Takpelah Boboy, kalau orang tak nak ambil awak, biar papa ambil awak yer...Yang sudah tu, sudah lah...Usah dikenang lagi...Bila benda itu tengah indah memang semua orang suka, tapi apa boleh buat kalau semuanya dah tak indah lagi, dan orang pula dah tak suka kat awak....Kata orang, yang indah itu hanyalah sementara...( itu kalau kata orang ), Tapi bak kata PH pula, saat indah yang sementara tu hanyalah persepsi semata-mata...Hidup ini akan selamanya indah kalau kita betul-betul menghargainya...Sandarkan pada kenangan...
Lokasi pertama PH tempatkan Si Boboy ni ialah di bilik air..Tujuannya ialah untuk mengelakkan dia dari bergaduh dengan Iyo..Iyo tu boleh tahan juga beraninya...Panjang leher dia bila ternampak Si Boboy ni...
PH tak tahu bagaimana rupanya Si Boboy ni menangis menahan kesakitan...Dari luaran nampak cool jer dia tu, tapi di hati PH tahu sakitnya hanya Allah yang tahu....
Kucing ataupun binatang lain memang tak tahu nak cerita kat kita setakat mana kesakitannya, tapi sekilas ikan di air, kita pun boleh tahu yang mana jantan dan betinanya....
Ini adalah kerana PH selalu membayangkan kalau PH yang terkena macam Si Boboy ni...Tapi yang membezakannya ialah PH pandai mengadu kat doktor...Kalau mereka ni nak mengadu kat siapa lagi...? Kalau bukan orang yang macam kita ni....kan..?
Manjanya ya amattt....Patutla Iyo jeles...Apa-apa pun, PH akan jaga sebaik mungkin Si Boboy ni sampai luka dia sembuh....
Teringat pula kisah kucing yang digilis depan mata PH satu ketika dulu...Boboy juga namanya..KLIK SINI
Barulah dia merasa betapa nikmatnya makan Blackwood...PH tengok dia ni agak janggal makan kibbles...Dia agak kekok....Tapi dah lapar punya pasal agaknya, dia sebat juga Blackwood tu...Blackwood tu dihadiahkan oleh seorang pengirim misteri dari Fan KMFC
( KLIK SINI )..terima kasih sekali lagi PH ucapkan...
Kalau ada sesiapa nak pelihara Si Boboy ni, boleh PM inbox FB PH ataupun tepek jer status kat wall KMFC ( KLIK SINI )....Tapi dengan syarat, kena tunggu luka dia sembuh dulu yer ;p
P/S :
Mana mungkin kita dapat kawal apa yang berlaku terhadap haiwan jalanan di luar sana...dan mana mungkin kita dapat mengubah semuanya sekali..Namun begitu, walaupun kita tak boleh lakukan semuanya, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh lakukan sesuatu...Apa yang PH nampak sekarang, matlamat blog kakimotong yang amat buruk namanya ini untuk melahirkan masyarakat yang menyayangi haiwan telah sampai ke permulaannya setelah 2 tahun ianya wujud dan PH tahu ianya akan berkembang tanpa batas wilayah dan waktu...PH akan teruskan gaya penulisan sebegini selagi PH masih bernafas kat muka bumi ini walaupun Iyo dah tak ada nanti...
Syabas juga buat mereka yang turut serta memperjuangkan hak asasi haiwan menerusi blog-blog peribadi dan page-page pencinta haiwan di Facebook...Pagerank di enjin pencarian Google untuk blog mereka telah melonjak naik...Ini tandanya semakin ramai masyarakat kita mendekati dunia haiwan jalanan....Teruskanlah usaha anda...Tetapi, apa yang PH nampak matlamat perjuangan ini seperti tiada garisan penamat, melainkan selepas tiupan sang sangkakala kedua berkumandang oleh Sang Israfil ( Padang Mahsyar )...Mereka yang zalim akan menerima balasan selepas tiupan itu...Itulah penanda aras bagi penghujung matlamat perjuangan ini...
Moral of the story, bantu setakat yang termampu kay ;)...Pihak berkuasa pun tak mampu nak selesaikan masalah kekejaman terhadap haiwan ni...Kalau selesai pun, hukumannya amat tidak setimpal...( KLIK SINI )
Untuk mengenengahkan ideologi dan gaya penulisan PH ni, ianya seperti menolak batu ke atas bukit....Selalu juga diketawakan dan dicaci, tetapi PH tetap ikut kata hati....
Buat anda yang baru mengenali blog ini, inilah wadah perjuangan dan platform PH untuk melahirkan modal insan yang menyayangi haiwan..., begitu juga dengan rakan-rakan pencinta haiwan yang lain dengan gaya penulisan mereka yang tersendiri...
Yang mana dah kenal lama dengan blog PH, terima kasih banyak-banyak atas segala sokongan dari kalian semua....
Jangan jadi zalim sesama haiwan dan manusia, kerana kalau tersilap percaturan, kita tak akan dapat berpatah balik semula....Kalau dapat berpatah balik pun, ianya dah pincang...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin dari Papa Hero
alahaiii..siannyer dia..mmg xde akal tul yg gi simbah air panas tu..pape pun dia untung jmp papa hero. Allah selamatkan dia. ;)
ReplyDeletecomelnya dia.
ReplyDeletesuara manja yaw.
betulkah angakara manusia ?
kejamnya sapa yg sanggup buat perut dia melecur macam tu. ;(
PH.. terima kasih sbb selamatkan dia..
ReplyDeleteda menangis da ni.. hmmm..
betul cakap PH, kalau kita yg kena camtu, mesti kita pon nangis.
sakit kan, bukan sedap.. :(
bila kita nak buat sesuatu, letakkan diri kita kat tempat mereka dulu. pikir perasaan mereka, mereka2 ni ada perasaan walaupon cuma haiwan. beza kita dgn dia, cuma akal je. pikir2 kan la wahai org2 yang zalim..
Sedihlah dgn nasib2 haiwan jalanan ni..
ReplyDeleteno wonder la ramai org tua kat umah org2 tua..
anak2 dah terdidik ngan sikap, "buang bila jadi beban"..
hmm..
ya Allah PH, sedihnya saya. tergamak org buat camtu kat Boboy ;(((
ReplyDeleteteruskan perjuangan PH! pedulikan kata2 org, biar Allah adili semuanya ;)
pagi2 lepas sahur baca, memang betol.. huk3..
ReplyDeletesiannya..moga Bobot cepat sembuh..
ReplyDelete*Boboy
ReplyDeleteIt looks painful.
ReplyDeleteSelamat Berbuka Puasa and Selamat Hari Raya!
mmg comel kucing ni.. kdg2 aku tgk org sepak terajang kucing selamba je! huhu insaf.....
ReplyDeleteselamat hari raya bt PH dan keluarga...
ReplyDeletekesian kat boboy kan...dia beruntung berjumpa ngn PH...:D