Tak Kisahlah Apa Orang Nak Kata Kalau Kita.....
PH rasa kucing ini baru sahaja dibuang..Bulunya separa panjang dan amat cantik...Selepas menikmati makan malam pada 3 hari lepas, PH, MH dan si kembar pun pulang menuju ke kereta...Tiba-tiba ternampak pula kucing yang putih mulus ni...Umurnya dalam lingkungan 5 bulan...Kesian PH tengokkan dia...Kucing betina ni memang ramai orang buang rata-rata atas alasan asyik beranak jer...Tu lah, bila disyorkan untuk mansulkan, ramai yang kata haram....PH pun bukanlah layak untuk membincangkan soal hukum ini, tetapi PH bukanlah buta akal...Inilah jadinya kalau dah bela kucing banyak-banyak lepas tu buang bila dah tak larat....hmmm
Si comel ni PH namakannya Snowy sebab bulunya yang cantik walaupun ada kesan minyak enjin kereta...Ekornya tegak jer masa PH panggil...Sebab itulah PH kata kucing ini ibuang kerana ini menunjukkan bahawa Si Snowy memang kucing yang pernah bertuan...Kasihan, cantik pun kena buang apatah lagi yang tak cantik....
Memang jinak dan manja minah ni...Lepas PH berbincang dengan MH, lalu kami membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah...Sebagai sepasang suami isteri, segala keputusan perlulah mendapat persetujuan bersama...Jangan ikut kepala sendiri walaupun kita ni lelaki....hehehe
Cool ajer muka dia walaupun comot...Tahu pulak dia nak carik riba PH...Ada taik mata sejemput...Itulah yang menyerlahkan kecantikan makhluk Allah ni...Kucing jalanan kalau takde taik mata tak cantik tau....Biasalah, memang perangai manusia yang tak mahu mengambil tanggungjawab...
Banyak sangat alasan...PH tak kisah kalau ada orang yang dah tak larat nak bela kucing di atas sebab-sebab yang konkrit...Kita pun tak tahu bila kita nak kena lelah, anak selalu sakit, ada masalah kewangan dan bermacam-macam lagi dugaan...Hanya orang yang sudah berumahtangga sahaja yang akan memahami permasalahan ini...Kalau sang suami tak suka bela kucing, bukankah isu ini boleh dibincangkan sebelum berkahwin...? Bukanlah PH nak masuk campur hal rumah tangga orang...Benarlah kata pepatah Melayu, 'Kalau takut dilanda ombak, jangalah berumah di tepi pantai...'..Kena faham selok belok maksud ayat tu...Mendalam mesejnya....Waima sang suami tidak suka kucing pun, janganlah diapa-apakan si somel yang tak bersalah tu...Apa yang kita buat, kita akan dapat balik ( karma )...Carilah jalan penyelesaian yang tidak melukakan hati sang isteri dan si comel...
Sebagai ketua keluarga, kita wajib membuat keputusan yang tidak melanggar norma-norma hak asasi manusia, haiwan dan alam sekitar...Si Snowy ni PH akan buka untuk adoption...Sesiapa yang nak, silalah pm inbox Facebook PH...Kalau tak jumpa profile FB PH, pandai-pandailah yer...PH hanya nak orang yang serius sahaja....Syarat utama untuk memelihara Si Snowy ni ialah dilarang sama sekali untuk "Breed".
Beberapa hari selepas terjumpa Si Snowy, mata PH tertancap ke arah seekor kucing betina yang herot badannya...Lokasinya sama di tempat PH jumpa Si Snowy...Kakinya tempang berjalan seperti kesakitan...Perlahan ajer dia melabuhkan tubuhnya di bawah meja makan Restoran Sri Leena...Kesian betul...Apa kena agaknya dengan kucing ni yerr..???
Kalau nak tengok macamana kucing ni berjalan, sila saksikan sendiri....Allignment badan pun dah tak betul dah..PH rasa, kemungkinan besar kucing ini pernah disepak....Kakinya ada luka yang dalam...
Struktur badan dia pun dah senget....Bila PH pegang rusuk dia perlahan-lahan, terasa ada benjolan pada bahagian tulang rusuknya...
Yang lebih meruntun hati PH, kucing betina ini terus melabuhkan badannya ke pangkuan PH..Agaknya, dia dah tak larat nak menghadapi dunia luar yang ganas ini....Dia kelihatan pasrah....
"Oklah, Papa bawak kamu balik..." kata PH kat si meow ni....Lepas letak kat dalam kereta, PH berpatah balik semula ke meja makan untuk menyambung selera yang terencat...Lepas selesai makan, bukak jer pintu kereta si meow ni elok jer baring kat alas kaki getah kereta PH...Dia rasa tenang barangkali....
Sampai sahaja di rumah, PH letakkan dia ke dalam bilik PH, kucing lain semuanya kat luar...Dia terus melabuhkan pipinya ke lantai sebagai tanda lega...Kesian PH tengok nasib kucing ni....Nanti bila kucing ni dah pulih, PH nak buka untuk adoption...Ade ke orang yang nak adopt ni....? huhuhuhu...Beruntunglah sesiapa yang adopt kucing ni sebab ianya bakal membawa tuah..Bukan senang nak bela kucing cacat ni tau...
Bila PH bukak jer pintu, semuanya beratur kat luar pintu...Nak berkenalan la tu....
Buat sementara waktu, PH terpaksa kuarantinkan kucing ini...Bukannya apa, manalah tahu kot-kot berpenyakit...PH cadang nak bawa kucing ini ke klinik Dr Zul untuk rawatan....Sehingga kini, kucing ini belum diberi nama lagi...Ada apa-apa nama cadangan?
Nota PH :
Tak kisahlah apa jua kata orang kalau kita buat perkara-perkara sebegini, janji kita tahu niat kita...Kita yang kenal diri kita sendiri, bukannya orang lain...Steady Semua..!!!!
papa hero..bagi ler skit petua, camne nak elakkan kucing gaduh sesama diaorang.
ReplyDeletesaya ada bela 17 ekor kucin, tp kena asing2kan sbb gaduh.
terharu sangat... Ingin sama memperjuangkan nasib stray cat yg kebanyakan dibuang kerana tak sanggup or tak mampu... Kesian....
ReplyDeleteSemoga Allah selamatkan PH sekeluarga... Dan kucing2 yg chomel ini... Amin
betul tu PH...kita je yg kenal diri kita...bukan org len yg tentukan niat baik kita tu...trskan usaha murni tu
ReplyDelete